Pelancaran Panduan Bisnes Internet Profesional
April 10, 2010 | Comments | Buat Duit Online, Perniagaan Internet, Review Produk
Assalammu’alaikum wbth & Salam 1Malaysia,
Alhamdulillah akhirnya hari ni aku berkesempatan update blog setelah beberapa hari tertangguh. Tak lama lagi aku & famili akan berpindah ke rumah sendiri..lagi ler mati akal aku pasal kat sana takdek line internet! Dah ler streamyx tak dapat..broadband pon 2×5=10..adusssssssssssssssss!!!
Sebenarnya 08 April yang lepas aku nak update blog ni seiringan pelancaran produk terbaru & tengah panas sekarang ni iaitu ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional – Cara mula ebiz dengan pantas!’. Pakej ekslusif khas untuk newbie ini telah diterbitkan rakan IM aku yang memang tak asing lagi di kalangan usahawan internet Malaysia terutamanya peminat-peminat produk digital iaitu bro Mohd Fazdlie aka En Dlie.
Aku sangat berterima kasih kat En Dlie ni coz ebook beliau “Rahsia Jutawan Reseller Terbongar – Cara paling cepat dapat duit di internet!” yang aku beli pada 2008 hanya dengan harga RM20 (sekarang versi 2 RM37) banyak membantu aku dalam memahami konsep buat duit di internet dengan produk-produk yang mempunyai lesen PLR, MRR & RR. Sejak itu aku mula mengumpul produk-produk tersebut sama ada yang free atau berbayar dan dijadikan pula sebagai produk untuk aku jual kembali atau sekurang-kurangnya dijadikan bonus tambahan produk aku yang lain & produk affiliate. Senang cakap..walaupun kamu takdek produk sendiri tetapi dengan menjadi reseller atau agen affiliate produk yang telah sedia ada dipasaran kamu juga mampu buat duit di internet. Sekarang ini pula aku lebih berminat dengan produk yang berlesenkan PLR – Private Label Right iaitu kamu diberi hak sepenuh mengawal produk tersebut & paling best tu boleh letak nama kamu sebagai penulis & penerbit..
Pssst! Aku sekarang dalam proses mengemaskini koleksi ebook yang ada dalam simpanan aku selama ini yang mana aku ada kongsikan dengan kamu di laman ‘Ebuku Percuma’ yang mana kamu boleh download free jer! Rajin-rajin ler singgah di situ kerana aku akan sentiasa update nanti. Semoga perkongsian aku tu memberi manfaat kepada kamu..
Okey ler kita kembali ke topik asal ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional’..aku sangat rekomenkan kamu memiliki pakej ini kerana ianya sangat lengkap untuk kamu berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Panduan ini bukan teori semata-mata tetapi ianya adalah berdasarkan pengalaman sebenar & kajian beliau 100% dalam bidang perniagaan internet sejak tahun 2006. Cuma aku rasa sebagai newbie dah tentu agak berat untuk kamu laburkan RM60 semata-mata untuk memiliki produk digital ini kan? Ho ho ho..sebab aku dulu pon sama gak. Baik beli buku fizikal boleh pegang & lebih meyakinkan. Sebenarnya pada masa tu aku kurang paham konsep produk fizikal (buku) vs produk digital (ebuku).
Kebiasaannya produk fizikal atau buku yang dibeli di kedai tu selepas kita beli, tiada apa-apa perkhidmatan susulan daripada penulis atau penerbit untuk pembeli. Sebaliknya produk digital atau ebuku, selepas memilikinya pihak penulis atau penerbit akan menyediakan khidmat nasihat, sokongan, pelbagai bonus sampingan yang sangat bernilai & disertakan jaminan wang dikembalikan jika pembeli tidak berpuas hati. Jika ada versi kemaskini kesemua pembeli akan mendapatkannya secara percuma daripada penulis tanpa dikenakan sebarang kos!!! Nah..di situ ler kelebihannya ebuku berbanding buku. Malah sesetengan penulis tu bermurah hati menyediakan ‘personal coaching’ percuma kepada mereka yang terpilih. Sebab tu ler harganya kadang-kadang lebih tinggi daripada buku kat kedai tu!
‘Panduan Bisnes Internet Profesional (PBIP)’ ini yang mempunyai 48 muka surat tidak terhad untuk newbie semata-mata tetapi juga sangat sesuai untuk semua peringkat. Malah ebook ini tidak mengajar bagaimana nak bermula semata-mata, tetapi ianya merupakan teknik, strategi dan rahsia yang beliau sendiri gunakan untuk menjadi usahawan internet yang telah berjaya menjana income sehingga 5 angka setahun. Walaupun masih berkerja makan gaji & perniagaan internet hanya dibuat part-time, pendapatan En Dlie di internet sentiasa maintain 4 angka sebulan! Malah kebanyakan cabaran affiliate yang disertai berjaya menempatkan diri top 5 – top 10!!! Kamu boleh lihat sendiri bukti screenshot pendapatan beliau di sini…
Zolkie..apa yang aku dapat dengan pelaburan RM60 ni??? Sure tu ler soalan kamu kan? Heee…
Modal RM60 yang kamu belanjakan untuk PBIP ini dah tentu sangat-sangat berbaloi kerana ia bukan sahaja sebuah ebook yang akan mengajar kamu langkah demi langkah membina online bisnes dengan pantas, tetapi ianya dipakejkan sekali dengan 4 nota sampingan yang akan membantu kamu menjayakan perniagaan internet yang bakal kamu usahakan kelak. Di dalam ebook utama kamu akan didedahkan rahsia 4 sumber ‘lubuk emas’ di internet yang sebenar yang mana ia adalah lubuk duit En Dlie & semua usahawan internet di dunia. Keistimewaan ebook ini ia tidak menggunakan sistem bab tetapi lebih praktikal iaitu langkah demi langkah seperti mana yang boleh kamu lihat seperti kandungannya di bawah:
Pendahuluan…
Step 1: ‘Mindset’ Usahawan Internet..
Step 2: Jadikan Hobi, Minat atau Kemahiran Anda Satu Bisnes..
Step 3: Sediakan Laporan Percuma (Free Report)
Step 4: Melaggan Sistem Autoresponder (sewa)..
Step 5: Membeli Domain Name dan Hosting (sewa)..
Step 7: Mempromosikan Opt-In Page..
Step 8: Menjual Produk Kepada List..
Step 9: Membina Minisite dan Surat Jualan..
Step 10: Simpan Data dan Maklumat Pembeli..
Step 11: Cipta atau Dapatkan Produk Panas (killer product)..
Step 12: Review atau Testimoni Dari Pakar..
Step 13: JV (joint venture) Bersama Usahawan Internet Lain..
Step 14: Senjata Pemasaran – Sistem Affiliate & Autoresponder..
Step 15: Teknik Pemasaran Berterusan..
Step 16: 4 ‘Lubuk Emas’ Pendapatan Dari Internet..
Kesimpulan..
Aku yakin dengan mengikuti Step-by-Step yang diajar kamu pasti akan berjaya menghasilkan RM1 pertama kamu di internet dan seterusnya akan terus berkembang ke RM10, RM100, RM1,000..atau berapa sahaja yang kamu sasarkan! Yang penting kamu berusaha & mempraktikkan segala ilmu yang En Dlie curahkan..
Manakala 4 nota lagi yang turut membantu kamu dalam melancarkan bisnes internet kamu nanti adalah:
Nota #1 : Panduan Maybank2u dan PayPal.
Didalam panduan ini akan ditunjukkan cara-cara bagaimana membuka akaun PayPal seterusnya mengintegerasikan (hubungkan) Kad Debit Maybank (Visa) anda dengan akaun PayPal anda. Langkah demi langkah akan ditunjukkan satu persatu.
Nota #2 : Panduan Autoresponder
Anda pasti tahu, sistem Autoresponder merupakan nadi penting dalam perniagaan internet. Panduan ini akan mengajar anda cara-cara menggunakan sistem Autoresponder yang murah tetapi profesional (bukan GetResponse atau Aweber). Setiap langkah ditunjukkan dengan jelas.
Nota #3 : Panduan Minisite & Opt-In Page
Anda akan diajar cara-cara membina Minisite dan Opt-In Page dengan cara yang mudah dan pantas. Juga terdapat 2 jenis Squeeze Page yang akan saya tunjukkan di dalam panduan ini. Format membina surat jualan dan script membina Order Form (Borang Tempahan) juga disertakan.
Nota #4 : Panduan Blog WordPress
Blog merupakan salah satu teknik pemasaran yang paling ramai menggunakannya. Saya akan ajar cara membina blog sendiri, bukan blog percuma seperti Blogspot.com, tetapi blog anda sendiri atas nama domain anda!
Bukan itu jer..kamu juga akan dihadiahkan 5 BONUS PERCUMA berikut:
BONUS 1# Ebook “Killer Sales Letter” dan “A-Z of Super Effective Sales Page” – panduan bagaimana menghasilkan surat jualan yang mampu membunuh!
BONUS 2# Ebook Panduan “Sistem e-Protect” – script yang akan melindungi halaman download bagi produk digital anda.
BONUS 3# Perisian NVU Open Source – Open Source dan ianya khas untuk membina laman web, minisite, Opt-In Page atau Squeeze Page.
BONUS 4# Bimbingan Personal Melalui Email dan YM
BONUS 5# Hadiah Misteri! – Anda hanya akan ketahui setelah mendapatkan pakej PBIP.
Kalau kamu tanya aku bagus sangat ke pakej PBIP ini Zolkie? Jawapan aku dari kacamata seorang newbie sukar untuk aku mencari kekurangan dalam pakej ini kerana ianya begitu lengkap & praktikal terutamanya ia dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis sejak tahun 2006 sehingga sekarang di dalam menjalani perniagaan internet atau menghasilkan pendapatan di internet.
Walaubagaimana pun takdek benda yang 100% perfect kan..dah tentu masih ada sedikit kekurangan atau kelemahan di dalam panduan ini. Kalau boleh harap En Dlie akan huraikan dengan lebih details lagi 4 lubuk emas menghasilkan pendapatan di internet untuk versi update nanti atau ditambah lagi sumber-sumber lain selain apa yang dah didedahkan di dalam ebook utama PBIP. Tetapi jika kamu masih lagi bersikap bertangguh untuk memiliki PBIP ini..alangkah ruginya kamu kerana tidak akan mengetahui 4 lubuk emas di internet yang telah digunakan pakai oleh semua internet marketer seluruh dunia dalam menghasilkan pendapatan lumayan di internet!
Huiskkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..hu la la la!!! Tak perasan lak dah panjang bebenor aku menaip kan? Patutpon terasa lenguh jari-jemari aku nih!!! Semoga review ikhlas dari aku yang dah membaca keseluruhan isi-perut ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional – Langkah demi langkah membina online bisnes dengan pantas’ dapat membantu kamu dalam membuat keputusan sama ada nak memiliki panduan ekslusif yang hebat ini atau hanya sekadar tunggu dan lihat.
JANGAN lupa..aku juga dipahamkan oleh En Dlie yang pakej ini hanya untuk 500 orang bertuah sahaja! Dan kemungkinan besar akan dinaikkan harga dari RM60 kepada RM70-RM80 dalam Mei 2010 kelak!!!
Aku rasa RM60 kalau kamu belanjakan untuk enjoy 1 minit pon habis..tetapi jika kamu bertindak bijak pada hari dan laburkan RM60 tu untuk ilmu yang sangat bernilai ini dah pasti suatu hari nanti kamu akan berterima kasih kepada En Dlie kerana telah membuka jalan dan membantu kamu melipat-gandakan pendapatan kamu! Tak mustahil dengan langkah pertama ini..kamu akan berjaya menyelesaikan segala masalah bebanan kewangan yang sedang kamu hadapi pada hari ini dengan sumber pendapatan dari internet yang kamu perolehi kelak. Ketahuilah rezeki di internet ini sungguh luas jika kamu memanfaatkan kelebihan internet sebaik-baiknya. Bertindak ler bijak hari ini untuk kegemilangan kamu nanti!
Sebagai menghargai kamu membaca review aku ni sehingga perenggan terakhir ini..aku juga ada hadiah istimewa untuk kamu jika mendapatkan PBIP daripada link aku di bawah iaitu ebook yang akan membantu kamu dalam mendapatkan list yang berkualiti iaitu “Panduan Bina List Responsif” dan kesemua bonusnya yang kamu boleh lihat di dalam sales letter di sini. Istimewanya ebook ini juga disertakan lesen MRR yang mana kamu diberi hak menjualnya kembali & 100% keuntungan masuk poket kamu! Ia boleh dijadikan produk pertama kamu..
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 18% [?]























