Bongkar Rahsia Pakar Ebook Menjana Ratusan Ribu Di Internet!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Posts Tagged ‘ new born ’

Muhammad Kasyful Azhim

Maaf dalam beberapa hari ini aku offline tak sempat nak online kerana ada hal kecemasan. Aku menemani isteri melahirkan anak kedua kami di Hospital Besar bandar Sibu. Dapat online sekejap ni pun sebab kebetulan aku terpaksa balik sekejap ke rumah untuk mengambil dokumen bagi urusan pendaftaran anakku yang baru dilahirkan. Minta maaf kepada rakan pembaca blog ini & juga pelanggan Zolkie dot Com kerana kelewatan hantar produk pesanan kamu. Mungkin dalam sehari dua ini aku masih offline kerana masih menemani isteriku & anaku di hospital. Banyak entri & review produk yang dirancangkan terpaksa aku tangguhkan buat sementara waktu ini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Yang Maha Agung, pada 14 April 2009, jam 3:44am permata hatiku dan isteri, Muhammad Kasyful Azhim 3.87kg (Yang Terpuji Pembukaan pintu hati dari Allah Yang Maha Besar) telah selamat dilahirkan dengan kaedah cesarean. Ini kali kedua isteriku melalui saat-saat genting & mendebarkan kerana anak pertama kami Nur Qurratu’aini (Cahaya penyejuk hatiku) juga dilahirkan dengan kaedah yang sama.

Sebenarnya anak yang kedua ini isteriku mahu melahirkan cara normal kerana ingin melalui pengalaman tersebut. Pada hari Sabtu 13 JunĀ  2009 isteriku telah merasai tanda-tanda akan melahirkan anak. Pada sebelah malamnya kesakitan bahagian pinggang & perut semakin terasa lantas terus kami pergi ke Hospital daerah Saratok. Setibanya di hospital setelah pemeriksaan dibuat oleh doktor, isteriku harus di hantar ke Hospital Besar bandar Sibu (2 jam perjalanan dari kampungku) kerana masalah ketiadaan doktor pakar di hospital Saratok & kekurangan bank darah.

Pada malam itu juga isteriku ditemani adikku Mislia dibawah oleh ambulan dan aku pula follow dengan kereta sendiri bersama seorang lagi adikku perempuanku Madinah. Setibanya di hospital Sibu, doktor juga mengesahkan yang isteri tidak dapat melahirkan cara biasa kerana katanya ‘big baby’ & risiko yang terpaksa isteriku hadapi kerana sebelum ini juga telah melahirkan anak dengan kaedah cesarean. Kami sama-sama setuju demi keselamatan isteriku & anak kami.

Saat-saat menunggu kelahiran anakku sangat mendedabarkan sama seperti yang aku lalui semasa anak pertama dilahirkan. Pengubat kerisauan di hati adalah membaca surah Yassin yang aku bawa..sehingga dalam jam 4 lebih pagi anakku telah di bawah keluar dari bilik pembedahan. Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa bersyukur & gembiranya aku apabila melihat keadaan anakku yang selamat..sehat..comel..saat mendengar tangisannya yang paling mengembirakan bagi sesiapa sahaja yang pernah melalui saat ini.

Kerisauan aku pula kembali kepada isteriku yang belum lagi keluar dari bilik pembedahan..sehingga jam 5 lebih pagi barulah aku lega & bersyukur kerana isteri telah selamat keluar..dia tersenyum memandangkan. Jelas keriangan di wajahnya..berseri & tidak ada langsung tanda-tanda kesakitan yang baru sahaja dia lalui. Mana-mana wanita pun yang pernah melalui saat-saat genting melahirkan anak terutamanya anak pertama faham situasi ini..hilang segala kesakita setelah melihat wajah comel & tangisan si baby!

Baiklah, ikutkan hati banyak lagi yang nak aku kongsikan di sini. Tetapi masa tidak mengizinkan..lantaran aku terpaksa bertolak semula ke Hospital Besar Sibu menguruskan pendaftaran kelahiran anakku dan menemani mereka sementara dibenarkan keluar wad. Berita gembira aku baru jer bercakap dengan isteriku di telefon..doktor mengesahkan anak kami sihat & dibenarkan keluar wad hari ini. Cuma keadaan isteriku je masih dalam pemeriksaan doktor..kalau sehari dua ini ok maka kami akan balik ke rumah. Berdoalah semoga kesihatan isteri & anakku di tahap cemerlang ya :)

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 95% [?]

  • Share/Bookmark