Bongkar Rahsia Pakar Ebook Menjana Ratusan Ribu Di Internet!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Posts Tagged ‘ hari guru 2009 ’

..kui..kui..May yang dimaksudkan bukannya awek ler beb! Tapi bulan May yang sungguh istimewa bagi saya..

Istimewanya 10 May 2009! (betul ke istimewa?)

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk bersama ibu yang tersayang. “Kasih Ibu Membawa Ke Syurga..” Hmm..meremang bulu roma saya semasa menaip setiap patah perkataan di sini. Betapa ‘berkuasanya istilah ibu’. Sebenarnya kita wajib merayai hari ibu pada setiap masa..dan tidak perlu menunggu hari tertentu. Hari-hari adalah hari ibu..setuju? Kerana dalam Islam tiada istilah ‘hari ibu’.

Walau bagaimanapun dek kesibukan dengan tugasan seharian kadangkala kita terlupa berbuat demikian, maka tidak salah jugak ler untuk kita melebihkan hari tertentu bagi merayai ibu kita & gembirakannya sepanjang hari. Kalau boleh ambik ler cuti khas (tak payah ler menunggu sehingga 10 May) membawa anak & isteri untuk bersama-sama ibu di rumah baik di bandar mahupun di kampung. Berilah hadiah paling istimewa untuk beliau..tapi hakikatnya hadiah paling berharga bagi ibu adalah kita berada disampingnya kerana gelak-tawa anak-anak, menantu & kenakalan cucu adalah kebahagiaan untuknya!

Saya masih ingat lagi pertanyaan seorang kawan, saya panggil beliau ‘abang megat’ dan beliau bertanya kepada saya..

“Kau rasa ler Zolkie..berapa lama lagi orang tua kau masih berkesempatan untuk bersama kau? Apa yang telah kau buat untuk membahagiakan & mengembirakan mereka?”

..mari ler kita sama-sama merenung kembali kepada soalan simple di atas. Dek soalan itu ler saya mula tersedar kesilapan saya sendiri yang kadang kala terlupa tanggungjawap kepada kedua ibu & bapa. Ingat ler..apabila Allah SWT memanggil mereka kembali..pada masa itu baru ler kita menyesal tak sudah kerana tidak menjalankan tanggungjawap sebaik-baiknya untuk menggembirakan mereka sementara masih berkesempatan pada masa sekarang!

Saya tidak mahu bercoloteh panjang kerana kita sama-sama ada ibu & tahu tanggungjawap masing-masing. Cuma saya masih ingat lagi nostalgia semasa kecik-kecik dulu pernah disebat ibu dengan tali pinggang & getah hos paip kerana kenakalan saya telah mencabar kesabaran ibu. Betapa saya tidak pernah marah & menyesalinya..kerana sebatan itu ler (uisk..masih meremang bulu roma ku) saya menjadi ‘insan’ seperti hari ini.

“Terima kasih ibu, sebatan mu adalah bukti kasihmu kepada anakmu yang sungguh nakal ini..”

..kalau ler zaman sekarang anak-anak disebat sedemikian, alamatnya berlambak ler laporan polis dibuat dek anak. Hmm, nasib baik ler sekarang dah takdek talian teledera macam dulu! Baiklah, untuk menoktahkan perenggan ini suka saya ingin kongsikan sebuah hadis untuk peringatan kita bersama:

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Nah..sampai begitu sekali kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad SAW meletakkan martabat ibu sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda!

Istimewanya 13 May 2009!

puteriku Istimewanya Kau May..Selamat menyambut ulang tahun ke-2 sayang..permata hati ayah & ibu. Sungguh cepat rasanya masa berlalu..pejam-celik dah masuk 2 tahun umur puteri sulung kami Nur Quratuaini. Insya’Allah pada bulan Jun 2009 ini lahir pula anak kedua kami..dan masa scan hari tu baby boy. Okey ler tu..dapat sepasang. Bersyukur ke hadrat Illahi Yang Maha Pengasih & Penyayang.

Doa ayah & ibu semoga ‘Ain menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat. Dunia semakin mencabar dengan pelbagai dugaan..semoga anakku kuat & tabah menjalani hari-hari muka. Paling penting JANGAN sekali-kali lupa dari mana kita datang & ke mana kita akan kembali. Sesungguhnya anakku, hanya dengan taat kepada perintah Allah SWT, mengagungkan kitab suci panduan ummah Al-Quran & menuruti ajaran serta hadis Rasulullah SAW sahaja adalah panduan untuk kita terus berada di landasan yang benar!

Sebagai tanda kasih ayah & ibu wahai permata hatiku, hayatilah nasihat ini..

PESANAN LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA:

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dan beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuktidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal2 yg tidak benar.Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensiasiakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu.Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Istimewanya 16 May 2009!

“Selamat Hari Guru isteriku yang tercinta, kepadamu tempatku berkongsi kasih & hanya dikau teman hidupku sehingga ke akhirnya. Bersama kita membina mahligai bahagia bersama anak-anak yang dikasihi & disayangi dunia ke akhirat”.

Sebenarnya isteri saya seorang guru..malah saya sendiri pun walaupun bukan guru tetapi sering sahaja dipanggil ‘cikgu’ oleh mereka yang tidak mengetahui kerja hakiki yang sedang saya buat. Kui..kui..agak-agaknya wajah saya ni wajah seorang guru kot!

Kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya baik di peringkat sekolah mahupun di kolej saya seikhlas hati mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Guru, 16 May 2009″ dengan motto pada tahun ini “Guru Pembina Bangsa Negara” Demikian juga kepada semua guru-guru di dunia ini saya mendoakan semoga jasa & usaha murni kalian mendapat ‘Anugerah’ di dunia & akhirat. Bak kata pepatah klasik “..guru seumpama lilin, membakar diri sendiri demi menerangi orang lain….sedia bekorban dengan tulus demi mendidik anak bangsa!”.

Sebagai mengakhiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan saya sertakan l lirik lagu dan lagu beserta minus one lagu tema hari guru pada tahun ini:

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sila download di sini: Muzik & Vokal & versi Minus One

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 10% [?]

  • Share/Bookmark