Bongkar Rahsia Pakar Ebook Menjana Ratusan Ribu Di Internet!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Posts Tagged ‘ buat duit dengan forum ’

Boleh ke buat duit dengan forum? Jawapannya memang ler boleh kalau kena dengan teknik dan taktiknya. Kebanyakan jualan yang saya dapat pun hasil daripada berforum. Soalannya pula, bagaimana?

Forum yang dimaksudkan di sini ‘Internet Forum’ & bukannya sidang forum kat dewan-dewan besar tu! Kalau nak tau lebih details maksud ‘Internet Forum’ anda boleh rujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_forum

Dalam perniagaan internet, kaedah mempromosikan produk melalui forum adalah strategi yang sangat berkesan & diamalkan oleh setiap IM baik di Malaysia mahupun seantero dunia. Jangan terkejut kalau ada di kalangan mereka berjaya menjana ribuan ringgit dalam tempoh 24 jam tanpa menggunakan laman web jualan, tanpa kos promosi & hanya dengan berforum!

So, berita gembiranya tak pandai bina web jualan pun anda mampu buat duit di internet..yang penting anda mestilah aktif bersukan joint forum-forum yang terbukti berkualiti.  Maksudnya anda kena pastikan forum tersebut aktif..setiap hari sentiasa ada perbincangan atau post-post baru di situ. Malah sentiasa ada ahli-ahli baru yang mendaftarkan diri untuk sertai komuniti. Antara contoh forum tempatan yang sentiasa aktif dan ‘berkaliber’ adalah WangCyber.com, TanyaSifu.com, NoGold.com, JomBincang.com, BicaraJutawan.com, Bincang.Net, TokeiKedai.Net, Mesra.Net..dan banyak lagi yang anda boleh search sendiri. Manakala forum international yang popular adalah seperti WarriorForums.com, DigitalPoint.com..etc.

Ingat lagi..semasa saya mula-mula kenal dengan ‘Internet Forum’ masa tu memang blur tak tau apa-apa. Tujuan saya daftar forum-forum tu semata-mata nak cari awek buat promosi produk & program-program buat duit yang saya sertai..alah program yang sistem derma-menderma tu ler, matriks, bayar RM50 boleh dapat juta-juta..dan yang seketurunannya ler!! Main hentam keromo jerk post..buat promosi gila-gila..buka thread ‘nak jadi jutawan cara mudah’, buat bumping, buat hijacking, letakkan link affiliate dalam post..dan senang cakap aktiviti SPAMMING ler!! Kui..kui..kui…memang kena kutuk ler dengan komuniti forum kat situ pasal menggangu kedaulatan negara ketenteraman warga forum! Itu ler masalahnya kalau daftar tak baca dulu ‘undang-undang’ berforum & tak menghormati ‘etika IM’..salah tu beb!! Boleh masuk ISA tu..paling tak pun kena buang daerah! Har..har..har..!

Ok, apa paling penting sebelum anda joint mana-mana forum kena baca dulu etika berforum atau undang-undang berforum yang disediakan oleh admin. Cari forum yang sesuai dengan niche atau selari dengan perniagaan internet yang anda sedang buat atau produk yang anda hendak promosi. Jangan pulak anda jual bunga tapi joint pula forum yang perbincangan isu kambing! Memang susah ler nak dapat jualan..ada tu mungkin ada tapi sikit tak berbaloi, melainkan anda jual bunga untuk dimakan kambing mungkin ok :)   Setelah anda joint.. perkara yang perlu anda ambik perhatian adalah ‘Membina Kredibiliti’ atau ‘Membina Reputasi’ diri anda untuk menarik kepercayaan & keyakinan di kalangan komuniti forum agar lebih mudah anda mendapat jualan atau buat duit di forum. Apabila anda dipercayai..buat duit di forum bukan lagi masalah besar! Anda tidak perlu cari pelanggan, tetapi pelangan yang akan cari anda..

Perkara-perkara yang perlu anda titik beratkan adalah:

  • Nickname -  Pilih nama samaran anda yang simple & mudah diingati. Ini sama ler seperti kehidupan harian anda ada nama panggilan atau nama mesra tersendiri. So, dengan nickname ni anda akan dapat menjalin kemesraan di kalangan ahli-ahli forum yang lain. Contohnya, saya sendiri menggunakan nickname ‘abgzol’..sejarahnya masa kerja dulu di kalangan rakan-rakan ofis yang lebih muda dari saya panggil abgzol & dari situ ler saya pun mendaftar email personal dengan nickname abgzol sehingga kini..seterusnya digunakan pula di forum-forum yang saya sertai. Pastikan nickname anda tidak ‘berserabut’ contohnya ‘aku_budak_18SX_jutawan_cyber’ Pergh!  Susah bebenor nak ingatnya..cukup ler kalau sekadar ‘jutawancyber’ kan simple & senang nak ingat. Ia juga menggambarkan personaliti anda. Selain itu anda boleh juga menggunakan nama syarikat atau laman web anda seperti  nickname usahawan internet..SaifulSham (www.SaifulSham.com) atau SmartUsaha (www.SmartUsaha.com)
  • Avatar – Anda boleh menggunakan logo syarikat anda sebagai avatar, gambar hensem anda sendiri..atau juga gambar produk. Saya menggunakan gambar sendiri & gambar ini juga saya gunakan di laman-laman web jualan saya..malah digunakan juga sebagai favico.ico (yang anda boleh nampak dalam browser sebelum http://…). Jangan pandang remeh pada avatar ni..sebab ia akan menggambarkan imej & identiti anda. Malah anda boleh buat duit dengan avatar..di forum-forum luar negara mereka buat duit dengan avatar disewakan kepada orang lain yang mana avatar mereka mempunyai nilai komersial yang tinggi. Forum-forum tempatan saya kurang pasti ler sama ada kaedah sewa avatar ni sudah diguna pakai atau belum. Nilai klik anda juga meningkat kalau avatar anda berjaya menarik perhatian ahli-ahli lain untuk klik avatar untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri atau produk anda.
  • Signature (Siggy) – Ini adalah elemen yang paling penting dalam forum. Saya sendiri, malah majority IM mendapat jualan yang tinggi daripada signature! Seperti avatar..anda juga boleh buat duit dengan menyewakan siggy anda kepada orang lain. Siggy adalah teknik & strategi paling berkesan dalam forum untuk mendapat jualan yang tinggi. Paling mustahak siggy anda kenalah unik & berjaya menarik perhatian pengunjung forum untuk klik bagi mendapat info lanjut apa yang anda promosikan. Contoh siggy yang biasa dibuat: http://www.WebAnda.com/produk ATAU “Produk 18SX Paling Hebat Yang Akan Membuatkan Isteri Anda Tersenyum Sepanjang Hari Kepuasan!”. Rasa-rasanya..siggy yang mana akan lebih menarik perhatian anda untuk klik? Anda sendiri tau jawapannya..dan itulah ‘kuasa siggy’ yang akan menjana keuntungan kepada anda! (sesetangah forum selepas daftar anda terus boleh buat siggy, tetapi ada juga dengan syarat anda perlu aktif dengan buat post sekian banyak..baru ler boleh aktifkan siggy anda)

  • Perkenalkan Diri – Bahagian ini yang sering dilupakan oleh kebanyakan ahli forum. Jangan pandang ringan perkara ini kerana dengan memperkenalkan diri anda akan meningkatkan lagi reputasi & keyakinan prospek atau ahli komuniti yang lain terhadap servis anda. Setiap forum biasanya ada ruangan khas untuk anda memperkenalkan diri..dan gunakan sebaik-baiknya perkenalkan biodata yang dengan jujur & jangan sekali-kali menipu!

Baiklah, itu adalah 4 perkara penting yang mesti anda utamakan kalau hendak buat duit di forum! Dan bahagian terakhir ini..juga sangat penting kalau anda nak kekal dikenali sebagai ahli yang berkaliber & supaya tidak dipulau oleh ahli-ahli aktif yang lain. JANGAN sekali-kali melakukan perkara ini:

  • Sengaja membuka banyak akaun dengan nickname yang berbeza-beza semata-mata nak buat promosi produk berbeza atau sengaja nak buat kacau di forum. Jangan nak menipu coz admin dan para moderator boleh mengenali anda & mendedahkan personaliti anda yang sebenar. Malah anda juga akan disenarai hitamkan..ini sangatlah merugikan & sukar untuk anda dipercayai lain kali.
  • Ramai di kalangan newbie..tidak membuat ‘search’ dahulu akan topik-topik atau post yang nak dibuka. Ini mengundang ‘post duplikasi’ & menimbulkan kemarahan kepada ahli komuniti yang lain. Ye la, sama juga dalam kehidupan anda seharian..kalau anda bertanyakan soalan yang sama sehingga 10 kali tidak kah orang yang anda tanya tu akan marah? So, pastikan sebelum anda bertanya soalan atau buat post..search dulu di forum tu sama ada topik tersebut dah ada atau belum. Kalau dah ada..anda hanya perlu post/reply pertanyaan anda dalam thread yang sama.
  • Kesalahan yang sering dilakukan oleh orang baru adalah..memasukkan ‘link affiliate’ dalam post yang dihantar. Itu adalah kesalahan besar dalam etika berforum..melainkan anda memang masuk ke dalam thread khas contohnya bahagian Pengiklanan atau Promosi Produk Anda.
  • SPAMMING! Jangan sekali-kali lakukan aktiviti ini kerana anda akan di black-list kan selama-lamanya! Rugi wooo untuk masa depan anda..
  • ‘Hijacking’ iaitu anda sengaja membuat post lari daripada topik asal pada thread orang lain semata-mata untuk menarik perhatian pengunjung klik pada thread anda!
  • ‘Bumping’ atau sengaja mengulangi tawaran hebat anda sama ada pada thread orang lain atau thread yang anda buka sendiri..jangan ‘bump’ ok kalau anda nak kekal dipecayai di forum tersebut.

OK! Panjang perkongsian saya pada hari ini..kalau nak diikut lagi besar topik buat duit dengan forum ini boleh dihuraikan..tapi cukup ler setakat ini dulu perkara yang penting harus anda fahami dalam menjana WANG BESAR di forum.

(Anda boleh menggunakan artikel ini & letakkan di blog anda dengan syarat anda mengekalkan kandungan asal & masukkan kredit link berikut: http://www.zolkie.com/blog )

Jika anda benar-benar serius nak BUAT DUIT dengan forum saya sangat menyarankan anda mendapatkan produk terbaru otai IM Malaysia iaitu SmartZul yang khusus mengajar anda langkah-langkah & strategi yang betul dalam memaksimakan kelebihan ‘KUASA FORUM’ dalam melariskan produk anda:

kuasaforum 1 Buat Duit Dengan Forum!

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 12% [?]

  • Share/Bookmark