Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Posts Tagged ‘ buat duit dengan affiliate ’

Assalammu’alaikum wbth & Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah akhirnya hari ni aku berkesempatan update blog setelah beberapa hari tertangguh. Tak lama lagi aku & famili akan berpindah ke rumah sendiri..lagi ler mati akal aku pasal kat sana takdek line internet! Dah ler streamyx tak dapat..broadband pon 2×5=10..adusssssssssssssssss!!!

Sebenarnya 08 April yang lepas aku nak update blog ni seiringan pelancaran produk terbaru & tengah panas sekarang ni iaitu ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional – Cara mula ebiz dengan pantas!’. Pakej ekslusif khas untuk newbie ini telah diterbitkan rakan IM aku yang memang tak asing lagi di kalangan usahawan internet Malaysia terutamanya peminat-peminat produk digital iaitu bro Mohd Fazdlie aka En Dlie.

Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional

Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional

Aku sangat berterima kasih kat En Dlie ni coz ebook beliau “Rahsia Jutawan Reseller Terbongar – Cara paling cepat dapat duit di internet!” yang aku beli pada 2008 hanya dengan harga RM20 (sekarang versi 2 RM37) banyak membantu aku dalam memahami konsep buat duit di internet dengan produk-produk yang mempunyai lesen PLR, MRR & RR. Sejak itu aku mula mengumpul produk-produk tersebut sama ada yang free atau berbayar dan dijadikan pula sebagai produk untuk aku jual kembali atau sekurang-kurangnya dijadikan bonus tambahan produk aku yang lain & produk affiliate. Senang cakap..walaupun kamu takdek produk sendiri tetapi dengan menjadi reseller atau agen affiliate produk yang telah sedia ada dipasaran kamu juga mampu buat duit di internet. Sekarang ini pula aku lebih berminat dengan produk yang berlesenkan PLR – Private Label Right iaitu kamu diberi hak sepenuh mengawal produk tersebut & paling best tu boleh letak nama kamu sebagai penulis & penerbit..

Pssst! Aku sekarang dalam proses mengemaskini koleksi ebook yang ada dalam simpanan aku selama ini yang mana aku ada kongsikan dengan kamu di laman ‘Ebuku Percuma’ yang mana kamu boleh download free jer! Rajin-rajin ler singgah di situ kerana aku akan sentiasa update nanti. Semoga perkongsian aku tu memberi manfaat kepada kamu..

Okey ler kita kembali ke topik asal ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional’..aku sangat rekomenkan kamu memiliki pakej ini kerana ianya sangat lengkap untuk kamu berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Panduan ini bukan teori semata-mata tetapi ianya adalah berdasarkan pengalaman sebenar & kajian beliau 100% dalam bidang perniagaan internet sejak tahun 2006. Cuma aku rasa sebagai newbie dah tentu agak berat untuk kamu laburkan RM60 semata-mata untuk memiliki produk digital ini kan? Ho ho ho..sebab aku dulu pon sama gak. Baik beli buku fizikal boleh pegang & lebih meyakinkan. Sebenarnya pada masa tu aku kurang paham konsep produk fizikal (buku) vs produk digital (ebuku).

Kebiasaannya produk fizikal atau buku yang dibeli di kedai tu selepas kita beli, tiada apa-apa perkhidmatan susulan daripada penulis atau penerbit untuk pembeli. Sebaliknya produk digital atau ebuku, selepas memilikinya pihak penulis atau penerbit akan menyediakan khidmat nasihat, sokongan, pelbagai bonus sampingan yang sangat bernilai & disertakan jaminan wang dikembalikan jika pembeli tidak berpuas hati. Jika ada versi kemaskini kesemua pembeli akan mendapatkannya secara percuma daripada penulis tanpa dikenakan sebarang kos!!! Nah..di situ ler kelebihannya ebuku berbanding buku. Malah sesetengan penulis tu bermurah hati menyediakan ‘personal coaching’ percuma kepada mereka yang terpilih. Sebab tu ler harganya kadang-kadang lebih tinggi daripada buku kat kedai tu!

‘Panduan Bisnes Internet Profesional (PBIP)’ ini yang mempunyai 48 muka surat tidak terhad untuk newbie semata-mata tetapi juga sangat sesuai untuk semua peringkat. Malah ebook ini tidak mengajar bagaimana nak bermula semata-mata, tetapi ianya merupakan teknik, strategi dan rahsia yang beliau sendiri gunakan untuk menjadi usahawan internet yang telah berjaya menjana income sehingga 5 angka setahun. Walaupun masih berkerja makan gaji & perniagaan internet hanya dibuat part-time, pendapatan En Dlie di internet sentiasa maintain 4 angka sebulan! Malah kebanyakan cabaran affiliate yang disertai berjaya menempatkan diri top 5 – top 10!!! Kamu boleh lihat sendiri bukti screenshot pendapatan beliau di sini…

Zolkie..apa yang aku dapat dengan pelaburan RM60 ni??? Sure tu ler soalan kamu kan? Heee…

Modal RM60 yang kamu belanjakan untuk PBIP ini dah tentu sangat-sangat berbaloi kerana ia bukan sahaja sebuah ebook yang akan mengajar kamu langkah demi langkah  membina online bisnes dengan pantas, tetapi ianya dipakejkan sekali dengan 4 nota sampingan yang akan membantu kamu menjayakan perniagaan internet yang bakal kamu usahakan kelak. Di dalam ebook utama kamu akan didedahkan rahsia 4 sumber ‘lubuk emas’ di internet yang sebenar yang mana ia adalah lubuk duit En Dlie & semua usahawan internet di dunia. Keistimewaan ebook ini ia tidak menggunakan sistem bab tetapi lebih praktikal iaitu langkah demi langkah seperti mana yang boleh kamu lihat seperti kandungannya di bawah:

Pendahuluan…
Step 1: ‘Mindset’ Usahawan Internet..
Step 2: Jadikan Hobi, Minat atau Kemahiran Anda Satu Bisnes..
Step 3: Sediakan Laporan Percuma (Free Report)
Step 4: Melaggan Sistem Autoresponder (sewa)..
Step 5: Membeli Domain Name dan Hosting (sewa)..
Step 7: Mempromosikan Opt-In Page..
Step 8: Menjual Produk Kepada List..
Step 9: Membina Minisite dan Surat Jualan..
Step 10: Simpan Data dan Maklumat Pembeli..
Step 11: Cipta atau Dapatkan Produk Panas (killer product)..
Step 12: Review atau Testimoni Dari Pakar..
Step 13: JV (joint venture) Bersama Usahawan Internet Lain..
Step 14: Senjata Pemasaran – Sistem Affiliate & Autoresponder..
Step 15: Teknik Pemasaran Berterusan..
Step 16: 4 ‘Lubuk Emas’ Pendapatan Dari Internet..
Kesimpulan..

Aku yakin dengan mengikuti Step-by-Step yang diajar kamu pasti akan berjaya menghasilkan RM1 pertama kamu di internet dan seterusnya akan terus berkembang ke RM10, RM100, RM1,000..atau berapa sahaja yang kamu sasarkan! Yang penting kamu berusaha & mempraktikkan segala ilmu yang En Dlie curahkan..

Manakala 4 nota lagi yang turut membantu kamu dalam melancarkan bisnes internet kamu nanti adalah:

Nota #1 : Panduan Maybank2u dan PayPal.
Didalam panduan ini akan ditunjukkan cara-cara bagaimana membuka akaun PayPal seterusnya mengintegerasikan (hubungkan) Kad Debit Maybank (Visa) anda dengan akaun PayPal anda. Langkah demi langkah akan ditunjukkan satu persatu.

Nota #2 : Panduan Autoresponder
Anda pasti tahu, sistem Autoresponder merupakan nadi penting dalam perniagaan internet. Panduan ini akan mengajar anda cara-cara menggunakan sistem Autoresponder yang murah tetapi profesional (bukan GetResponse atau Aweber). Setiap langkah ditunjukkan dengan jelas.

Nota #3 : Panduan Minisite & Opt-In Page
Anda akan diajar cara-cara membina Minisite dan Opt-In Page dengan cara yang mudah dan pantas. Juga terdapat 2 jenis Squeeze Page yang akan saya tunjukkan di dalam panduan ini. Format membina surat jualan dan script membina Order Form (Borang Tempahan) juga disertakan.

Nota #4 : Panduan Blog Wordpress
Blog merupakan salah satu teknik pemasaran yang paling ramai menggunakannya. Saya akan ajar cara membina blog sendiri, bukan blog percuma seperti Blogspot.com, tetapi blog anda sendiri atas nama domain anda!

Bukan itu jer..kamu juga akan dihadiahkan 5 BONUS PERCUMA berikut:

BONUS 1# Ebook “Killer Sales Letter” dan “A-Z of Super Effective Sales Page” – panduan bagaimana menghasilkan surat jualan yang mampu membunuh!

BONUS 2# Ebook Panduan “Sistem e-Protect” – script yang akan melindungi halaman download bagi produk digital anda.

BONUS 3# Perisian NVU Open Source – Open Source dan ianya khas untuk membina laman web, minisite, Opt-In Page atau Squeeze Page.

BONUS 4# Bimbingan Personal Melalui Email dan YM

BONUS 5# Hadiah Misteri! – Anda hanya akan ketahui setelah mendapatkan pakej PBIP.

Kalau kamu tanya aku bagus sangat ke pakej PBIP ini Zolkie? Jawapan aku dari kacamata seorang newbie sukar untuk aku mencari kekurangan dalam pakej ini kerana ianya begitu lengkap & praktikal terutamanya ia dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis sejak tahun 2006 sehingga sekarang di dalam menjalani perniagaan internet atau menghasilkan pendapatan di internet.

Walaubagaimana pun takdek benda yang 100% perfect kan..dah tentu masih ada sedikit kekurangan atau kelemahan di dalam panduan ini. Kalau boleh harap En Dlie akan huraikan dengan lebih details lagi 4 lubuk emas menghasilkan pendapatan di internet untuk versi update nanti atau ditambah lagi sumber-sumber lain selain apa yang dah didedahkan di dalam ebook utama PBIP. Tetapi jika kamu masih lagi bersikap bertangguh untuk memiliki PBIP ini..alangkah ruginya kamu kerana tidak akan mengetahui 4 lubuk emas di internet yang telah digunakan pakai oleh semua internet marketer seluruh dunia dalam menghasilkan pendapatan lumayan di internet!

Huiskkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..hu la la la!!! Tak perasan lak dah panjang bebenor aku menaip kan? Patutpon terasa lenguh jari-jemari aku nih!!! Semoga review ikhlas dari aku yang dah membaca keseluruhan isi-perut ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional – Langkah demi langkah  membina online bisnes dengan pantas’ dapat membantu kamu dalam membuat keputusan sama ada nak memiliki panduan ekslusif yang hebat ini atau hanya sekadar tunggu dan lihat.

JANGAN lupa..aku juga dipahamkan oleh En Dlie yang pakej ini hanya untuk 500 orang bertuah sahaja! Dan kemungkinan besar akan dinaikkan harga dari RM60 kepada RM70-RM80 dalam Mei 2010 kelak!!!

Aku rasa RM60 kalau kamu belanjakan untuk enjoy 1 minit pon habis..tetapi jika kamu bertindak bijak pada hari dan laburkan RM60 tu untuk ilmu yang sangat bernilai ini dah pasti suatu hari nanti kamu akan berterima kasih kepada En Dlie kerana telah membuka jalan dan membantu kamu melipat-gandakan pendapatan kamu! Tak mustahil dengan langkah pertama ini..kamu akan berjaya menyelesaikan segala masalah bebanan kewangan yang sedang kamu hadapi pada hari ini dengan sumber pendapatan dari internet yang kamu perolehi kelak. Ketahuilah rezeki di internet ini sungguh luas jika kamu memanfaatkan kelebihan internet sebaik-baiknya. Bertindak ler bijak hari ini untuk kegemilangan kamu nanti!

Sebagai menghargai kamu membaca review aku ni sehingga perenggan terakhir ini..aku juga ada hadiah istimewa untuk kamu jika mendapatkan PBIP daripada link aku di bawah iaitu ebook yang akan membantu kamu dalam mendapatkan list yang berkualiti iaitu “Panduan Bina List Responsif” dan kesemua bonusnya yang kamu boleh lihat di dalam sales letter di sini. Istimewanya ebook ini juga disertakan lesen MRR yang mana kamu diberi hak menjualnya kembali & 100% keuntungan masuk poket kamu! Ia boleh dijadikan produk pertama kamu..

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

banner5 Pelancaran Panduan Bisnes Internet Profesional

Popularity: 4% [?]

  • Share/Bookmark
Panduan Autoresponder

Panduan Autoresponder

Salam suksess buat rakan-rakan pembaca,

Lama rasanya aku tak buat review ebuku & hari ni aku nak kongsi sebuah ebuku yang sangat berfaedah untuk kamu khususnya yang terlibat dengan ‘pemasaran email’.

Sebelum itu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Rahman Basri penulis ebuku ini kerana telah bermurah hati memberi panduan yang sangat bernilai ini percuma kepada semua pembaca. Beliau telah berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan beliau dalam menjana pendapatan lumayan di internet di dalam ebuku ini yang mana beliau telah mengupas strategi/skill dalam pemasaran email.

Ebuku Panduan Autoresponder ini mengandungi 37 muka surat termasuk cover. Rahman Basri mula dikenali dipersada internet marketing sekitar bulan Ogos 2009 yang mana beliau telah melancarkan ebuku berbayar pertama beliau “Pakej Kit Photoshop” dan November 2009 pula ebuku kedua iaitu “Rahsia Mahir Excel”.

Terdapat 6 bab yang akan kamu pelajari & ianya sangat-sangat memuaskan. Terlalu banyak skill & strategi penggunaan autoresponder yang akan didedahkan. Malah penulis juga telah membuat perbandingan setiap autoresponder berbayar seperti AWeber, GetResponse & Norabots. Berikut adalah bab yang akan kamu pelajari:

  • Mukadimah Ringkas
  • Tentang Penulis
  • Bab 1: Mengenali Autoresponder
    • Kenali apa itu mailing list?
    • Bagaimana mengumpul senarai email?
    • Mengapa mengumpul email melalui autoresponder dianggap sah?
    • Apakah sistem autoresponder?
    • Mengapa kita perlukan sistem autoresponder?
    • Jenis-jenis autoresponder
  • Bab 2:  Perbezaan AWber, GetResponse & Norabots
  • Bab 3: Cara Melanggan Autoresponder Berbayar
  • Bab 4: Menjana Pendapatan Melalui Autoresponder
    • Kita bakal kerugian RM20,000 setahun!
    • Menjana pendapatan melalui produk sendiri
    • Menjana pendapatan melalui produk affiliate
  • Bab 5: Beralih Autoresponder
    • Bagaimana mengekalkan subscriber anda
  • Penutup

Nah! Berbaloi tak download ebuku ini? Aku rasa kalau penulis menjualnya dengan harga RM30 pon berbaloi-baloi..! Selama ini aku menggunakan sistem autoresponder percuma yang dipasang di hosting, tetapi setelah aku membaca ebuku ini aku rasa dah tiba masanya untuk aku beralih kepada autoresponder berbayar. Persoalannya, nak ambik yang mana satu ya?

Mungkin semasa kamu membaca review ini program PPL untuk ebuku ini telah tamat. Sebab itu aku berikan link untuk kamu download  Panduan Autoresponder ini terus daripada sini tanpa mengisi borang opt-in. Klik di sini untuk download sekarang!

Casestudy Rahsia Kejayaan Newbie Affiliate

Casestudy Rahsia Kejayaan Newbie Affiliate

Malah sebuah lagi ebuku perkongsian kejayaan Rahman Basri dalam menjana pendapatan tanpa modal ialah “Casestudy Rahsia Kejayaan Newbie Affiliate” (ebuku berbayar) yang mana dalam ebuku ini beliau telah mendedahkan rahsia ekslusif bagaimana dalam setiap pertandingan affiliate telah menjana menjadi top 2. Paling aku respek tu bagaimana Rahman berjaya menyertai cabaran affiliate tertutup “Tips Penjimatan” yang syaratnya sekurang-kurangnya mesti memiliki  4000 list subscriber. Sebagai newbie dah tentu list subscriber beliau tidak sebanyak tu!  Yang dahsyatnya Rahman berjaya menduduki tempat ke-2 dalam cabaran Affiliate Tips Penjimatan selain mendapat komisyen beliau telah dihadiahkan RM500 daripada penganjur..tahniah bro! Heee..terliur aku!!!

Dalam ebuku ini yang mahalnya Rahman telah mendedahkan rahsia email marketing beliau dan setiap screenshot email broadcast yang beliau gunakan disertakan. Ianya sangat praktikal..skill dan strategi beliau dalam menghantar email kepada list subscriber telah terbukti membuahkan kejayaan. Senang cakap rahsia beliau “sambil menyelam, minum air”..nak tau maknanya kena ler dapatkan ebuku ini daripada Rahman sendiri. Sila ler berkungjung di blog beliau untuk info lanjut. Selain strategi email marketing..dalam ebuku ini beliau juga berkongsi triks & keberkesanan forum marketing. Ini turut membantu kejayaan Rahman dalam menjana pendapatan lumayan hanya sebagai agen affiliate. Screenshot bagaimana beliau menjalankan promosi di forum WangCyber.com juga disertakan di dalam ebuku ini.

Kesimpulan yang boleh aku buat..dengan mempraktikkan email marketing & forum marketing semaksimanya semua orang mampu menjana pendapatan lumayan di internet meskipun jika tidak memiliki produk sendiri. Cukup sekadar mempromosikan produk orang lain iaitu sebagai agen affiliate..kamu & aku boleh menjadi Rahman & IM yang lain menjana pendapatan lumayan di internet hanya dari keselesaan di rumah! Dan jangan lupa..memilih sistem autoresponder yang berkaliber & meyakinkan juga adalah faktor terpenting dalam kejayaan email marketing.

“Kalau Berminat Nak Jadi Agen Affiliate Klik Di Sini Untuk Lubuk Duit Di Internet”

Sekarang aku tengah memilih mana satu sistem autoresponder berbayar yang akan aku langgan. Jika sebelum ini hanya dengan sistem autoresponder percuma aku masih mampu merasai pendapatan di internet..sudah tentu dengan melanggan sistem autoresponder berbayar kelak lebih luas rezeki aku dalam menjana pendapatan di persada internet.

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 47% [?]

  • Share/Bookmark

mari buat duit dengan ebook REVIEW: Mari Buat Duit Dengan EbookTajuk Ebook: Mari Buat Duit Dengan Ebook “Rahsia Jamal Menjana RM125K Dalam Masa 40 Hari Sahaja!”
Muka Surat: 83
Harga: PERCUMA!
Tarikh Dilancarkan: 6 Oktober 2009
Pay Per Lead: RM0.50
Tarikh Tamat: Sehingga 8000 leads
Penulis:
Jamaluddin Bahari aka Jamal
Umur: 28 tahun
Pendapatan Dari Interenet: RM8K – RM30K sebulan
Kerjaya: Penolong Pengarah di sektor Awam dan perniagaan internet hanya part-time

Laman web & blog:
www.kerja-kerajaan.com
www.rahsiaemas.com
www.rahsiablog.com
www.buatebook.com
www.blogjamal.com

Jamal adalah nama baru dalam arena Usahawan Internet di Malaysia (masih lagi memegang jawatan sebagai kakitangan awam). Beliau telah melibatkan diri dalam perniagaan internet bermula Disember 2008 dan sehingga ke hari ini telah menghasilkan 7 buah ebook. Kesemua produk beliau berjaya menghasilkan jualan melebihi RM10k setiap kali dilancarkan & salah sebuah ebook beliau pernah mencapai jualan sehingga RM125K hanya dalam masa 40 hari.

..Mantap Sungguh dan Kalau Saya, Saya Jual Dengan Harga RM 80! Ya, itulah nilai yang saya berikan pada ebook ini. Case study, motivasi, strategi sebenar.. Apa lagi? Semuanya telah dikongsikan oleh Jamal dalam ebook ini.. (Ammar Zahar, Pakar Affiliate)

Sehingga ke hari ini rekod terbaik beliau telah berjaya menghasilkan jualan lebih 5000 unit iaitu melebihi RM200K dalam masa tidak sampai setahun! Kehebatan beliau juga terserlah dalam pemasaran affiliate yang mana telah berjaya menjana komisyen sebanyak RM15K sejak April 2009!

Bab yang akan anda baca dalam ebook ini adalah:

Siapa Jamal Yang Menulis Ebook Ini Untuk Anda ?
Isi Kandungan
01. Pengenalan Ebook
02. Bagaimana Mencari Idea Menulis Ebook
03. Niche – Niche Ebook Popular Yang Mudah Dijual
04. Bagaimana Mengkaji Permintaan Terhadap Ebook
05. Langkah – Langkah Menulis Ebook
06. Membina Laman Web Jualan Ebook
07. Promosi Ebook
08. Penutup Kata
09. Kronologi Jualan Ebook Emas – Emas Yang Hilang
10. Pendedahan Tips Menulis Ebook Esklusif Dari Sifu Ebook Saya

Kalau kamu bercita-cita nak jadi penulis ebook & merasai nikmat menjana pendapatan selumayan Jamal, aku 500% sangat merekomenkan kamu download “Mari Buat Duit Dengan Ebook”. Susah ler Zol nak cari idea! Yup..sebagai pereka grafik aku memang akui sangat sukar mencari idea sebenarnya. Tetapi bak kata pepatah “alah bisa tegal biasa” kadang-kadang hanya dengan melihat, mendengar, menghidu & kadang-kadang bermimpi pon idea boleh datang mencurah-curah :)

Demikian juga dalam penulisan ebook..aku juga mengalami kesukaran yang sama tak tau nak tulis topik apa pasal dah banyak sangat ebook di pasaran. Tetapi Alhamdulillah & sejuta terima kasih kepada Jamal kerana telah berkongsi tips & strategi bagaimana beliau senang-senang jerk dapat idea untuk menulis. Kamu juga akan  mendapat 1001 idea apabila telah membaca bab 2: Bagaimana Mencari Idea Menulis Ebook yang mana Jamal juga telah menggariskan pebagai idea tajuk ebook yang boleh kami persembahkan atau terbitkan nanti mengikut niche yang kamu pilih sendiri.

Ramai orang berkata “kenapa bagi free je ebook berkualiti ini? padahal boleh jual atas RM50! Jawapan saya mudah saja..Saya ingin berkongsikan ilmu dan pengalaman saya! Dalam kesibukan kita menjual atau membuat promosi, sumbangan pada masyarakat yang boleh dimanfaatkan itu adalah satu amal jariah juga..

Tak perlu ler aku huraikan panjang lebar isi perut hati jantung ebook ini kerana kamu tak perlu membayar pon untuk mendapatkannya walaupun Jamal senang-senang jer boleh letakkan harga RM50 – RM80 & sudah pasti Jamal akan berjaya menjana ratusan ribu ringgit lagi kerana beliau telah membuktikannya sebelum ini. Usaha murni Jamal menerbitkan ebook ini semata-mata untuk membantu sesiapa sahaja agar sama-sama suksess dalam penerbitan & penjualan ebook patut mendapat pujian serta penghargaan..sejuta terima kasih jamal & semoga saudara diberkati Allah SWT dunia & akhirat :) amiin. Jom ler sama-sama kita memanfaati ilmu yang Jamal kongsikan ini untuk menjana rezeki halal di internet dunia tanpa sempadan.

Bukan itu jer..dah ler ebook ni FREE & Jamal buka pula peluang kepada sesiapa sahaja untuk buat duit jika sudi membantu beliau menyebarkan ebook “Mari Buat Duit Dengan Ebook” yang mana kamu akan dibayar RM0.50 setiap orang yang mendownload ebook ini daripada link affiliate kamu. So, jangan ler lepaskan peluang & anugerah ini..download ebook ini sekarang & selepas itu daftar ler sebagai agen affiliate Jamal. Laman pendaftaran affilaite hanya akan diberi setelah kamu mendownload ebook ini. Selepas itu sebarkan link affiliate kamu kepada rakan taulan & sesiapa sahaja agar mereka juga boleh download ebook ini percuma. AWAS! Jangan pula kamu melakukan spam ya..hanya hantar email promosi kepada mereka yang kamu kenali sahaja atau jika dah ada ‘mailing-list’ sendiri tu lagi ler bagus :)

DI BAWAH ADALAH PRODUK TERLARIS JAMAL SEHINGGA KE HARI INI:combine REVIEW: Mari Buat Duit Dengan Ebook

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 67% [?]

  • Share/Bookmark

Hmm, dah lama bebenor aku tak update post kat blog ni. Themes jerk dah beberapa kali bertukar kulit :D ! Bukannya apa.. aku sajer suka cuba-try-test themes terbaru yang aku jumpa. Harap-harap kali ini aku kekal dengan theme terbaru ni ler..ho! ho! ho!

Kamu apa khabar hari ni? Aku baru jer sehat dari selesema. Laptop aku pon baru jer sembuh dari jangkitan virus! Nasib baik ler sebelum itu gerak hati aku kuat untuk buat backup kesemua fail & projek aku ke dalam dvd. Moralnya..jangan leka untuk membuat backup kerja-kerja yang kita buat coz menatang virus tu bukan jer nak bagi salam kalau nak singgah kat pc atau laptop kita!

Okey ler kali ni aku nak berkongsi beberapa produk pay-per-lead yang terbaru daripada rakan IM kita kat Malaysia ni. Ada sebahagiannya program affiliate PPL telah ditamatkan kerana dah mencapai sasaran pemiliknya. Ada gak yang masih berjalan & kamu boleh ler semak kat tarikh tamat PPL yang aku tulis kat sebelah produk tu nanti. Walaupun ada yang dah ditamatkan program PPL nya..tapi kamu masih boleh mendownload produk tersebut percuma. Pilih ler mana-mana yang kamu berkenan di hati untuk dijadikan bahan rujukan..

eco Produk Pay Per Lead Bahasa Melayu Terkini

PPL: Interview Ekslusif Dari Zero Ke Hero IM

Penganjur: MazliNadzrie.com
Komisyen: RM0.20
Tarikh Tamat: Setelah komisyen mencecah RM400
Minimum Payout: RM3.00

1000 orang = RM100
500 orang = RM50
250 orang = RM30

Bonus Tambahan:
1000 orang = RM100
500 orang = RM50
250 orang = RM30

Kandungan ebuku ini sungguh mengujakan sesiapa sahaja yang membacanya. Masakan tidak, salah seorang IM yang diinterview oleh bro Mazlie telah berjaya mencapai pendapatan sehingga RM100k hanya dalam masa 22 hari hanya melalui produk digital!!! Demikian juga seorang lagi nama baru yang juga telah berjaya mendapat jualan sehingga RM70k pun sama hanya dengan produk digital. Kedua-dua mereka ini masih lagi berkerja sebagai kakitangan kerajaan & melakukan perniagaan internet ini hanya separuh masa.

Siapa kah mereka? Apakah rahsia mereka? Kamu kena download ebuku itu sekarang untuk mengetahuinya!

—————————————————————————————————————

banner1 Produk Pay Per Lead Bahasa Melayu Terkini

PPL: Panduan Pay Per Lead

Penganjur: Mohd Fazdlie aka En Dlie
Komisyen: RM0.30
Tarikh Tamat: 4 Sept 2009 –  15 Okt 2009
Minimum Payout: RM15.00

Bonus Tambahan:
Tempat Pertama: Hadiah wang tunai sebanyak RM100
Tempat Kedua: Hadiah wang tunai sebanyak RM70
Tempat Ketiga: Hadiah wang tunai sebanyak RM40

Dalam ebuku ini En Dlie telah mendedahkan 4 teknik TERPANTAS beliau menjana pendapatan melalui program PPL & tipd berjaya menjadi TOP AFFILIATE. Jika kamu juga ingin buat duit hanya dengan produk percuma PPL..download laporan ini sekarang juga!

—————————————————————————————————————

koleksi rahsia mencipta pelan bisnes Produk Pay Per Lead Bahasa Melayu Terkini

PPL: Membongkar Rahsia Mencipta Pelan Bisnes

Penganjur: PerniagaanMalaysia.com
Komisyen: RM0.25
Tarikh Tamat: Sept 2009 –  Des 2009
Minimum Payout: RM10.00

Di dalam Koleksi ini mengandungi 20 Rahsia Contoh Rancangan Perniagaan Yang Berjaya! Jika anda bercita-cita nak membina perniagaan konvensional inilah koleksi yang sangat hebat perlu anda miliki. Koleksi ini telah dihasilkan bagi tujuan pembacaan dan rujukan pelan bisnes usahawan yang telah berjaya memulakan perniagaan!!

01. Rahsia 7 Pelan Bisnes Cendawan

02. 17 Rahsia Pelan Bisnes Penternak Burung Puyuh

03. 17 Rahsia Pelan Bisnes Salon Kecantikan

04. Rahsia Pelan Bisnes Percetakan

05. Penternakan Kambing Malaysia

06. 5 Golden Secrets of Bisnes Kedai Dobi Revealed

07. Pelan Bisnes Makanan Ringan Terbongkar

08. Mempelajari Pelan Bisnes Ikan Keli

09. Pelan Bisnes Restoran

10. Pelan Bisnes Ladang Sayuran

11. Rancangan Perniagaan Bakeri

12. Rancangan Perniagaan Baja Organik

13. Rancangan Perniagaan Catering

14. Rancangan Perniagaan Cyber Cafe

15. Rancangan Perniagaan Buah Naga

16. Rancangan Perniagaan Frozen Food

17. Rancangan Perniagaan Jahitan

18. Rancangan Perniagaan Koperasi

19. Rancangan Perniagaan Lembu

20. Rancangan Perniagaan Telekomunikasi

Dapatkan Segera Koleksi ini dengan Percuma!!

—————————————————————————————————————

laporan10formula Produk Pay Per Lead Bahasa Melayu TerkiniPPL: 10 Formula Click Bank

Penganjur: Ahmad Mawardee
Komisyen: RM1 – RM2
Tarikh Tamat: 29 Sept 2009 –  1 Okt 2009
Minimum Payout: 100 leads

Laporan ini mendedahkan pelbagai perkara ‘kritikal’ dalam membuat duit di ClickBank:

1. Kesilapan besar usahawan internet Malaysia memahami ClickBank.

2. Kesilapan mereka dalam memilih cara promosi.

3. 3 Kaedah & teknik terbaru mengurangkan kos pengiklanan dan menyasarkan kepada prospek yang tepat & mempunyai kuasa membeli yang tinggi (selain faktor kawasan).

4. Punca-punca utama sehingga kini mereka masih gagal membuat duit di ClickBank.

5. Alternatif penting untuk ClickBank.

6. Tidak memaksimumkan ___ & ___ menyebabkan ramai usahawan buntu & tiada hasil.

7. Bagaimana bermula dengan pantas (dan kos rendah atau percuma) – pstt… tak ramai guna cara ni.

8. Pembongkaran 10 FORMULA hebat!

Klik Di Sini Sekarang Untuk Download 10 Formula ClickBank!!

—————————————————————————————————————

ceritaim Produk Pay Per Lead Bahasa Melayu TerkiniPPL: Cerita IM

Penganjur: Zamrin
Komisyen: RM0.25
Tarikh Tamat: Telah tamat!
Minimum Payout: 100 leads

Rahsia di sebalik kejayaan IM di selongkar! Selepas membaca pengalaman manis & pahit mereka pasti kamu akan lebih bersemangat untuk mentauladani kejayaan mereka.

Antara nama besar IM yang telah sudi berkongsi pengalaman mereka adalah Zamri Nanyan, Catzer, Team FlareBiz, Ihsan aka Deen, Sham Raja AdSense, Zul SmartUsaha, Sukeri, Abooain, Alang, Yusri, Luvlee, Galadriel aka Kak G dan Syed Ikhwan.

Sangat rugi rasanya kalau kamu tidak membaca ebook ini kerana bukannya senang otai IM ni nak dedahkan perjalanan kejayaan mereka dalam membina empayar perniagaan internet yang telah memberi pendapatan lumayan kepada mereka sehingga ke hari ini. Memandangkan laman Squeeze Page untuk download produk ini telah ditamatkan..kamu boleh terus download Cerita IM di sini sekarang!

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 52% [?]

  • Share/Bookmark

asas affiliate zarulumbrella REVIEW: Asas Affiliate (ZarulUmbrella)“Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma..”

Demikianlah siulan para remaja pada awal 90-an betapa mendayunya dendangan Zarul Umbrella. Kamu pun sure sedang hangat dilanda asmaradana kan pada masa tu :D ho..ho..ho..

Siapa sangka..aku lagi ler tak sangka sekarang bro Zarul telah menerbitkan sebuah panduan yang akan membantu khususnya di kalangan newbie untuk suksess dalam pemasaran affiliate. Pergh! Sekarang beliau telah menjadi IM la pulak..

Aku yakin bro Zarul bakal mencipta nama di persada IM di Malaysia!

Pertamanya aku nak mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah berjaya menerbitkan ebook setebal 55 muka surat ini iaitu “Asas Affiliate” sebuah panduan asas untuk menjadi affiliater yang berjaya. Aku dipahamkan bro Zarul mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan ebook pertamanya ini. Kedua, dah tentu terima kasih kerana sudi memberikan ebook ini percuma..walaupun beliau boleh menjual sekurang-kurangnya RM30!

Aku rasa kamu pon dah sedia maklum, pemasaran affiliate adalah platform terbaik untuk membuat duit di internet tanpa modal atau tanpa bersusah payah mencipta produk sendiri. Tafsiran paling simple, kamu menjadi agen mempromosikan produk orang lain & setiap jualan yang terhasil kamu akan dibayar komisyen. Biasanya produk digital komisyen memang sangat tinggi dari 30% sehingga 75%..sungguh lumayan kan?

Paling menarik tu sesiapa pun boleh menyertai pemasaran affiliate kerana tiada sebarang bayaran atau yuran dikenakan..percuma jer! Walau bagaimanapun ada juga sesetengah tu tokeynya mengenakan syarat seperti..mesti beli produk mereka dulu baru kamu boleh menyertai program affiliate ATAU disyaratkan kamu mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1000 mailing-list. Ada sesetengah tu hanya layak melalui jemputan khas jerk..

Dalam ebook “Asas Affiliate” ini hanya sedikit rasa terkilan aku kerana Zarul tidak menyertakan screenshot income beliau daripada menyertai program affiliate atau screenshot income daripada beberapa orang IM yang telah terbukti kejayaan mereka. Aku rasa dengan adanya bukti screenshot ini akan menyemarakkan lagi semangat dan keyakinan pembaca..betul tak? Harap versi 2.0 ebook nanti bro Zarul akan masukkan screenshot tersebut.

Walaubagaimana pun aku sangat merekomenkan kamu untuk download ebook percuma ni (bukan PPL ya) 100% F.O.C dan aku tidak mendapat keuntungan pon daripada review ini. Niat aku semata-mata untuk berkongsi sumber informasi yang berguna & bermanfaat untuk rakan pembaca blog aku nih ;) .  Tak caya..cuba tengok isi kandung ebook ini:

Prakata Penulis
Bab 1: Definisi & Pengenalan
Bab 2: Bagaimana Nak Mula?
Bab 3: Cari Produk & Pendaftaran
Bab 4: Promosi
Bab 5: Ke Arah Affiliater Yang Berdaya Saing
Bab 6: Kaunter Pertanyaan
Bab 7: Penutup

Untuk berjaya dalam pemasaran affiliate kamu kena ler sentiasa peka & kreatif serta tekun dalam melakukan promosi. Selain itu pastikan juga produk berkualiti & reputasi pemilik yang bagus. Kamu boleh mengesahkan perkara ini dengan bertanyakan di forum-forum IM dan sure ramai yang akan memberi pandangan.

Bro Zarul juga menerangkan dengan penyediaan tools atau alat sokongan tertentu akan melancarkan lagi usaha promosi (huraian lanjut anda perlu download ebook ini..). Paling best tu dia juga telah menyediakan tutorial (disertakan screenshot step-by-step) bagaimana nak membeli hosting & domain name, mendaftar sistem autoresponder AWeber..kemudian sedikit penerangan berkenaan squeezepage.

Kepada yang tak pernah mendaftar program affiliate, di sini Zarul telah memberikan satu contoh langkah-langkah (disertakan juga screenshot) mendaftar sebagai affiliater untuk salah satu produk affiliate yang terhangat di pasaran Malaysia. Aku yakin selepas ini kamu akan lebih paham bagaimana nak mendaftar menjadi agen pemasaran affiliate mana-mana produk pun terutamanya produk IM tempatan.

Terdapat 4 teknik paling effektif yang dihuraikan untuk mempromosikan program affilaite sehingga ramai yang telah berjaya menjana ribuan ringgit iaitu..

  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________

Antara topik yang sangat bagus untuk newbie adalah bagaimana nak membina kredibiliti yang akan meyakinkan bakal pembeli. Selain itu memberi bonus juga adalah teknik yang berkesan, tetapi Zarul tidak bersetuju jika memberikan bonus yang terlampau banyak khususnya ebook yang berbahasa inggeris untuk pasaran Malaysia kerana ini hanya akan menyesakkan hardisk pembeli sahaja & mereka tidak akan membaca semuanya! Sebagai alternatifnya Zarul telah mengesyorkan beberapa bentuk bonus yang unik & mampu mengatasi pesaing..???? Nak tau..kamu kena ler download ebook ini sekarang!

Untuk Bab ke 6 pada mulanya aku ingan amende ler “Kaunter Pertanyaan” hehehe..rupa-rupanya ia adalah FAQ dan ini juga amat menarik untuk memahamkan lagi jika kamu memang masih kabur akan program affiliate. Ramalan aku ler..Zarul sure akan menerbitkan buku bernichekan muzik selepas ni :) meletu-letup ler ebook tu kalau disertakan dengan program affiliate beliau sendiri nanti. Selamat berjaya untuk bro Zarul Umbrella & kalau dah ada produk affiliate sendiri nanti jangan lupa jemput aku ya :)

Soalan untuk bro Zarul..

Betul ke firasat aku bro akan terbit ebook Panduan Affiliate versi premium pulak?

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

P.S - Kamu nak buat duit dengan program affiliate? Tak tau bagaimana? Langkah pertama kamu adalah Klik Di Sini Sekarang Untuk Lubuk Duit Affiliate!!!

Popularity: 37% [?]

  • Share/Bookmark