Bongkar Rahsia Pakar Ebook Menjana Ratusan Ribu Di Internet!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Posts Tagged ‘ bina downloadpage ’

Hari ini aku nak kongsi dengan rakan pembaca yang terlibat dengan jualan produk digital langkah-langkah mudah bagaimana kamu boleh membina laman khas untuk pelanggan mendownload produk digital yang dibeli. Sebenarnya ada di kalangan rakan-rakan yang menghantar email kepada aku bertanyakan masalah nak bina download page..

Dalam kes ini aku andaikan kamu dah tahu asas HTML dan membina laman website yang ringkas sama ada menggunakana DreamWeaver, Microsoft Office FrontPage, NVU dan seumpamanya.

Berikut adalah tutorial yang paling ringkas aku kongsikan dengan kamu :)

  • Bina folder baru di dalam folder laman web kamu khas untuk laman download produk kamu. Contohnya “dowloadprodukxyz”
  • Kemudian bina satu laman website untuk memberi arahan ringkas bagaimana pelanggan kamu akan memuat-turun produk tersebut. Contohnya kamu savekan atas nama “index.html”. Maka direktori kamu adalah seperti ini: webjualankamu/downloadprodukxyz/index.html

Contoh laman download yang simple adalah seperti berikut:

=============================================================

“RUANGAN KHAS DOWNLOAD PRODUK XYZ

Terima kasih kerana membeli Produk XYZ & berikut adalah link untuk anda muat-turun:

[ GAMBAR PRODUK XYZ ]

Sila Klik Mouse Kanan Anda Untuk Muat-turun Sekarang!

NOTA:
Fail adalah dalam format zip file. Anda perlukan perisian WinZip yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web berikut: http://www.winzip.com/downwz.htm

Semoga Anda Berjaya dan Selamat Menjana Wang Di Internet!

Nama Anda
www.WebJualanAnda.com
=============================================================

  • Masukkan fail produk yang telah kamu zipkan (produkxyz.zip) ke dalam folder  “dowloadprodukxyz”. (webjualankamu/downloadprodukxyz/produkxyz.zip)

  • Sekarang dah tiba masanya untuk kamu upload kesemua fail tersebut atau folder “dowloadprodukxyz” ke hosting kamu menggunaka perisian FTP. Jika tak tau nak guna perisian FTP sila dapatkan Panduan Mudah FTP di sini..
  • Setelah selesai proses upload tersebut, sila login ke cPanel kamu dan pilih “Password Protect Directories” untuk create “username & password” bagi melindungi downloadpage. Sila ikut segala arahan yang diberi pada ruangan tersebut. Jika tidak tahu bagaimana nak buat kamu boleh menonton video tutorial yang disediakan pada cPanel tu.

Password Protect Directories

  • Langkah seterusnya setelah semuanya beres adalah untuk kamu menghantar email menyatakan link download kepada pelanggan & dalam email tu kamu akan bagi link seperti contohnya di atas tu iaitu http://www.webjualankamu.com/downloadprodukxyz/ yang mana pelanggan akan dibawa terus ke download page yang telah kamu bina tadi. Mereka akan mengikut segala arahan ringkas yang kamu berikan pada laman tersebut untuk mereka memuat-turun produk yang dibeli daripada kamu.

So, camner boleh paham penerangan ringkas aku kat atas tu? Memang sengaja aku bagi seberapa ringkas yang boleh agar lebih mudah untuk kamu paham ATAU mungkin juga makin kamu tak paham LOL..

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah cara biasa membina laman download yang mana kamu masih perlu akses ke cPanel untuk membina “Username & Password” agar laman download tu selamat daripada dicerobohi kerana sesiapa sahaja yang nak aksess ke laman tu perlu tahu “Username & Password” yang kamu berikan!

Walaubagaimana pun jika kamu malas nak melalui langkah-langkah sedemikian, ada pilihan terbaik untuk kamu yang mana keselamatan laman download kamu juga adalalah ditahap maksima. Kamu cuma perlukan simple script download page & di sini kamu cuma perlu masukkan kod keselamatan yang akan melindungi download page daripada docerobohi oleh sesiapa sahaja! Pada bila-bila masa sahaja kamu boleh menukar kod keselamatan ini..

Jika kamu berminat nak tahu script tersebut sila klik sekarang di sini..

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 73% [?]

  • Share/Bookmark