BEST SANGAT KE MAJALAH IM NI??? Anda dah baca ke Majalah IM? Apa? tak pernah jumpa kat bookstore atau kedai mamak? Heeee..memang ler pasal majalah ni tak pernahnya dijual kat mana-mana kedai pun! Majalah IM 100% FREE! Itu ler specialnya majalah yang kian mendapat sambutan hangat & sentiasa ditunggu-tunggu penerbitannya setiap bulan oleh para peminat perniagaan internet di Malaysia. Total pembaca berdaftar jer dah mencecah 5,000 orang & kalau dicampur yang tidak berdaftar mungkin 2 kali ganda dari jumlah ini.
Saya sendiri pun hairan kenapa ler Team FlareBiz bagi percuma jer majalah yang sangat hebat ni..! Saya telah memiliki koleksi majalah ini dari edisi 1 -13 & saya yakin kalau diletakkan harga RM10.00 pun untuk langganan setiap bulan sambutannya tetap hangat! Bukan jer disebabkan kualiti konsep layout & design yang power..penuh dengan grafik berwarna warni..tetapi yang paling penting & paling bernilai ialah sumber informasi tentang perkembangan dunia perniagaan internet yang dikongsikan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing.
Baiklah, kalau anda baru je terjumpa majalah ni..sebenarnya Majalah IM adalah dalam format digital atau konsep E-Zine atau E-Majalah iaitu anda cuma boleh membaca di screen PC sahaja! (Lerrr..patut pun takdek jual kat kedai kui..kui..!) Sebaik sahaja anda muat-turun fail format zip majalah ini (majalahim13.zip) ke komputer anda, apa yang perlu anda buat seterusnya adalah extract fail tersebut (boleh guna WinZip atau WinRar) & anda akan mendapat 2 fail iaitu majalahim13.pdf & majalahim13-audio.mp3 Haa..ini lagi satu specialnya majalah IM turut disertakan format audio Mp3 & kalau anda malas membaca, on kan jer speaker PC tu & baca guna telinga!
Seperkara lagi untuk pengetahuan anda..Majalah IM telah diasaskan pada Februari 2008 dengan bermatlamatkan untuk “menyedarkan rakyat Malaysia khususnya pengguna Internet tentang potensi untuk menjana wang di Internet” & agar mereka tidak tertipu lagi dengan pelbagai topeng skim-skim cepat kaya yang menipu jer kerjanya! Atas dasar keikhlasan inilah..kru majalah IM telah sangat bermurah hati memberikan majalah ini PERCUMA jer kepada sesiapa sahaja yang nak mendalami ilmu perniagaan internet sebenar! So, harap anda akan menghargai penat-lelah atas usaha murni mereka ini dengan mendownload Majalah IM & mempraktikkan ilmu yang dikongsikan. Seterusnya menyebarkan kepada rakan-rakan, keluarga & rangkaian network anda akan kewujudan Majalah IM “Sumber Inspirasi Perniagaan Internet Malaysia”
Berbalik kepada tujuan asal post ini, Majalah IM Edisi 13/Mei 2009 adalah isu yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat-pemintanya iaitu kupasan “Buat Duit Dengan Blog & Pro Blogging”. Fenomena yang melanda rakyat Malaysia kebelakangan ini adalah kegilaan membina blog sama ada yang berbayar dot com atau yang free seperti blogspot. Tak kesah ler sama ada blog personal, blog hiburan, blog politik, blog khusus untuk bisnes atau apa sahaja konsepnya..yang nyata dunia blog semakin meriah di persada internet Malaysia. Malah bukan jer di kalangan rakyat biasa, golongan artis..pak-pak menteri pun dah ada blog sediri untuk menyampaikan mesej kepada rakyat. Nah..hebat kan penangan ‘kuasa blog’ sekarang! Jangan terkejut di Malaysia pun dah ramai memilih ‘Full Time Blogger’ sebagai kerjaya tetap & mereka ini menjana pendapatan yang sangat lumayan hanya dengan berblogging! So, kalau nak tau rahsia ekslusif mereka..download Majalah IM sekarang!
Salah seorang full time blogger yang tidak asing lagi di Malaysia adalah saudara Rohaizad Jumat, 29 & blog personal beliau Rohaizad dot Com sangat popular & disegani di kalangan pembaca setia beliau. Beliau yang pada mula-mulanya bercita-cita nak jadi MacGyver (Hehehehe..) akhirnya terjebak di lembah dunia blogging yang mana hasil aktiviti berblog beliau berjaya menjana pendapatan tetap sehingga 5 angka sebulan! Rohaizad telah memblogging sejak tahun 2005 lagi..malah aktiviti blogging ini telah mampu menyara hidup beliau. Wow! Hebat kan? Bak kata beliau sendiri “Aku tulis apa yang aku suka, aku canang apa yang aku MAHU dan aku membebel pada yang aku TAHU. Sebab ini adalah blog aku dan aku bayar untuk itu..!”
Saya sendiri pun mendapat inspirasi membina blog Zolkie dot Com adalah daripada Rohaizad dot Com & saya sangat meminati Rohaizad gaya beliau menyampaikan mesej yang bersahaja & santai seolah-olah sembang face to face! Sebelum ditemubual ekslusif oleh Majalah IM, beliau juga pernah ditemubual oleh Majalah Kosmo, 12 Mei 2009..glamour ler dia ni kan? Takyah jadi artis..jadi blogger pun boleh glamour seantero dunia!
Dalam Majalah IM Edisi 13/Mei 2009 Rohaizad berkongsikan pengalaman bagaimana beliau bermula dalam bidang blogging sehingga berjaya mencapai pendapatan sehingga 5 angka & mendedahkan 3 blogger tempatan yang telah menjadi inspirasi beliau. Dalam sessi temubual ini Rohaizad juga menceritakan bagaimana beliau mencari ilmu tentang blogging sehingga Rohaizad.com sehebat sekarang! Rahsia ekslusif beliau berjaya dengan cemerlang adalah ‘disiplin’ & kali ini beliau berkongsi dengan pembaca bagaimana caranya mendisiplinkan diri untuk terus kekal berjaya menjana pendapatan yang lumayan daripada blog.
Anda nak tahu apa jenis blog kegemaran Rohaizad? Ya, beliau juga telah sudi berkongsi dengan pembaca setia Majalah IM 2 jenis blog kegemaran beliau & mengapa ia menjadi kegemarannya! Malah 3 niche blog yang mempunyai permintaan yang tinggi tidak kira sama ada ekonomi naik turun, niche yang sentiasa panas & memberikan sumber pendapatan yang lumayan telah didedahkan oleh Rohaizad. Pergh! Rugi woooooooooo..kalau anda tidak mendapatkan Majalah IM Edisi 13/Mei 2009!!
Rahsia untuk menjana pendapatan yang konsisten daripada blog adalah jumlah pelawat yang banyak & ini telah diakui sendiri oleh Rohaizad, malah mana-mana blogger pun tidak boleh lari daripada hakikat ini. Bertuahnya anda kerana Rohaizad juga telah sudi berkongsi strategi bagaimana beliau mendapat pelawat secara konsisten ke blog-blog milik beliau & mendapat PageRank yang cemerlang dalam SEO. Perkongsian beliau juga meliputi teknik pemasaran yang efektif untuk mempromosikan sesebuah blog agar pelawat sentiasa banyak melawat blog anda! Teknik ini juga akan menarik minat para pengiklan untuk meletakkan iklan mereka pada blog anda..BUAT DUIT beb!
Sebenarnya terlalu banyak ilmu blogging yang dikongsikan oleh Rohaizad dalam temubual ini yang mana beliau sendiri mengakui sebelum ini hanyalah budak kampung yang buta IT. Tetapi kini, beliau berjaya menjana pendapatan sehingga 5 angka di internet hanya dengan berblogging. Malah beliau juga bukan sahaja dikenali di Malaysia, tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa! Beliau juga telah berjaya mendidik ramai ‘pro blogger’ hasil daripada ‘Personal Coaching’ yang beliau jalankan. Jika anda tidak sabar-sabar untuk mempelajari & mengetahui rahsia ekslusif beliau..cepat download ler sekarang Majalah IM Edisi 13/Mei 2009!!
Antara topik utama & khususnya kupasan dunia blogging yang menghiasi isu Majalah IM kali ini adalah:
- Berita IM: Bengkel minisite 4hb April
- 10 Tips Blog Untuk Anda
- Jenis-jenis blog
- Menjana Wang Dari Blog
- 5 Sumber Idea Kemaskini Blog !
- Pro Blogging Untuk Pelbagai Niche
- Polisi Pengambilan Semula Wang Pelanggan Di ClickBank Merugikan Pelanggan
- Traskrip Interview
- Soal-jawap IM
- Review Produk
Sebagai penutup post saya kali ini, suka saya untuk berkongsi dengan anda kata-kata semangat daripada Rohaizad:
“Pertamanya, seorang bakal blogger mesti mengetahui & memahami dunia blogging yang sebenar. Dia mesti bersedia untuk sabar & belajar selok belok dunia pengiklanan Internet untuk menjana pendapatan. Buang pemikiran tentang wajib tahu bahasa Inggeris untuk berurusan di peringkat antarabangsa. Minda sebeginilah yang membantutkan kemajuan diri kita. Apa yang penting, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih..”
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 16% [?]
Related posts:





















Wah… thanks di atas review yang menarik ni… jangan lupa emel kepada pihak kami untuk claim RM5
Pergh! Tu dia tokey dah muncul
terima kasih sifu sudi komen kat blog saya yang masih baby lagi ni..belum tumbuh gigi lagi. Saya dah hantar ke review [@] flarebiz.com Selama ni saya memang mengikuti perkembangan Labanon..bermula di WC dengan produk 40 Panduan Buat Duit
dan sekarang dah jadik tokey
balakbesar tu! Syabas dari saya..dan terima kasih di atas produk2 percuma yg Labanon bagi selama ni menjadi sumber rujukan & inspirasi saya untuk turut sama berjaya dalam perniagaan internet.waah…dasat la bro…tokey besar turun padang….bestnyeee
pergh….dah confirm dapat rm5 tu…. jeless
Adehhh… kembang se-taman aku dibuatnya oleh bro Zol ni. Power giler review yang dibuat untuk MajalahIM ni.
Saper-saper yang nak mendapatkan khidmat review dari bro Zol ni, aku memang cukup rekomen!
Sifu Ijad..
Sayangnya saya jauh di bumi kenyalang..kalau dekat sure saya dah sertai ‘Personal Coaching’ tu. Saya sangat rekomenkan sesiapa yang berdekatan dengan bro Ijad..kalau nak suksess & serius buat duit dengan blog sertai ‘Personal Coaching’ yang bro Ijad sedang jalankan..sure jadi ‘Pro Blogger’ beb!
Uisk saya lagi ler kembang-kuncup bila sifu Ijad..sudi meninggalkan komen di blog yang masih bayi lagi ni. Mana taknya..sumber inspirasi saya sehingga lahirnya blog Zolkie dot Com. Terima kasih di atas ‘rekomen’ bro Ijad tu..mohon tunjuk ajar mu sifu
kisahsensasi..
walau pun RM5 tapi rasa macam RM5K tu..kui..kui..bangga beb! Walau pun Labanon tu jauh lebih muda dari saya..tapi saya respek giler dengan kejayaan demi kejayaan yang beliau kecapi..memang dia mula dari bawah untuk terus ke puncak kejayaan!
Alhamdulillah memang dah dapat
hazman aka species1980..
memang best sesangat ler..lebih-lebih lagi mereka sumber inspirasi saya!
Hehehe