400 Unit Jualan Pada Bulan Pertama Dilancarkan!!!
Wow! Itu luahan pertama saya tentang betapa laris + berkualitinya ebook ini yang ditulis & diterbitkan oleh rakan IM saya saudara Jamaluddin. Harga ebook ini RM30 x 400 = RM12,000 hanya dalam masa 2 bulan & hasil ini adalah 100% jualan di internet! Malah sehingga kini ebook ini masih mendapat permintaan tinggi di kalangan mereka yang sedang tercari-cari panduan untuk menghadapi temuduga di sektor awam. Begitulah hebatnya perniagaan internet yang semakin menjadi “kegilaan” kebelakangan ini.
Tahniah kepada Jamaluddin..itu belum termasuk lagi hasil jualan produk-produk beliau yang lain. Paling hebatnya Jamaluddin masih lagi berkerja dengan kerajaan & perniagaan internet ini hanya dilakukan secara part-time..bukti memang boleh buat duit di internet!
Kebetulan, niche yang dipilih oleh penulis bertepatan dengan kemelut kegawatan ekonomi & ramai di kalangan rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan. Pilihan terbaik pada masa ini adalah mengisi kekosongan jawatan di sektor awam yang telah disediakan oleh kerajaan yang akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan dan sebagai pegawai kontrak dalam pelbagai agensi kerajaan bagi membantu memastikan ketidaktentuan ekonomi global. Demikian juga kerajaan memutuskan membuat pengisian segera 50,000 jawatan kosong pada peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan. (Sumber: “Bajet Mini 2009″)
Di atas semangat ingin membantu mereka yang akan menghadiri temuduga SPA agar lebih mudah untuk lulus dalam setiap sesi temuduga & ujian yang akan ditempuhi, penulis telah berusaha keras menerbitkan ebook “Rahsia Lulus Temuduga SPA” ini. Ebook ini sangat praktikal kerana ianya berdasarkan pengalaman penulis sendiri , melalui temuramah dengan mereka yang telah menjalani temuduga bagi jawatan kerajaan, melalui kursus yang dibentangkan oleh penceramah bagi penemuduga-penemuduga (panel temuduga), melalui kajian & tinjauan beliau di internet & juga pelbagai sumber yang berkaitan.
Kalau nak dibandingkan, kerja kerajaan gajinya tidaklah selumayan seperti yang ditawarkan kebanyakan sektor swasta. Tetapi hakikatnya kepada mereka yang telah & sedang bertugas di sektor awam, ianya memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini. Kalau diimbas kembali, pada masa dulu-dulu di kalangan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Senario ini mungkin kerana penjawat awam ini sebenarnya memberikan & menyumbangkan khidmat mereka membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini.
Kenapa pada sekarang ramai yang berpusu-pusu untuk memohon kekosongan di sektor awam ini? Saya sebelum ini pun tidak mengetahui rahsianya, rupa-rupanya terlalu banyak kemudahan & kelebihan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Malah di sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat jawatan awam..contohnya CUEPACs. Dengan erti kata lain, kebajikan mereka diperjuangkan sepenuhnya! Nasib mereka terbela..
Faedah-faedah hebat yang dinikmati oleh mereka dalam sektor awam:
- Elaun Perumahan
- Cost of Living Allowance (Cola)
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Itka)
- Kenaikan Gaji Setiap Tahun
- Kemudahan Pinjaman Komputer & Kenderaan
- Cuti Tahunan Mengikut Kelayakkan
- Cuti Bersalin
- Pinjaman Perumahan
- Caruman KWSP atapun Pencen
- Bersata umur 58 tahun
- Peluang kenaikkan pangkat
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
- Bekerja dalam jangkamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga)
- Lebih mempunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia
Best kan kerja di sektor awam
anda tidak teruja ker? Walaupun gaji basicnya tak ler selumayan berkerja di sektor swasta..tetapi kerana mendapat pelbagai kemudahan & faedah seperti senarai di atas yang menjadi sangat lumayan. Tetapi persoalannya sejauh mana peluang anda berjaya menembusi ujian & sesi temuduga untuk menjawat jawatan ini? Menurut statistik yang dapat dirujuk di lamanweb SPA http://www.spa8.gov.my didapati pemohonan bagi apa-apa jawatan yang diiklankan oleh SPA pada tahun 2007 adalah lebih 700,000 permohonan! Yang dipanggil temuduga adalah 350,000 orang! Wow..Ramainya!!!! Tetapi bilangan jawatan kosong cuma 38,000 sahaja..so, bagaimana peluang anda??? Persaingan yang terlampau sengit bukan?
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, memang diakui bukannya mudah untuk melepasi sessi temuduga SPA terutamanya beberapa tapisan akan dilalui. Pada masa itu pelbagai sumber informasi panduan untuk lulus temuduga saya cari sama ada di internet atau kedai buku. Namun kebanyakkannya hanya asas & terlalu umum.
Syabas kepada saudara Jamaluddin kerana telah menerbitkan ebook “Rahsia Lulus Temuduga SPA” dan tidak pernah saya jumpa panduan untuk lulus temuduga selengkap ini. Jika anda becita-cita untuk menjawat sebarang jawatan di jabatan kerajaan & tidak mahu gagal dalam sessi temuduga tersebut, saya sangat sarankan anda untuk memiliki ebook ini. Kandungannya dipenuhi dengan rahsia ekslusif yang membongkar satu-persatu langkah-langkah yang perlu anda praktikkan untuk ‘menemui jalan mudah’ melepasi ujian getir para penemuduga. Informasi dalam panduan ini sangat bernilai kerana ia adalah berdasarkan pengalaman sebenar & ia juga hasil daripada kajian terperinci yang telah dijalankan oleh penulis.
Tips & teknik yang tak pernah diketahui umum sebelum ini..rahsia untuk mendapat ‘markah bonus’ telah didedahkan saudara Jamaluddin dalam ebook ini. Jika anda mengetahui rahsia ekslusif ini, 1st impression daripada pihak penemuduga terhadap anda adalah..”Wow! Hebatnya calon ini!!”. Jika anda ingin mengetahui rahsianya jangan toleh ke belakang lagi, sila dapatkan ebook ini sekarang juga! Jaminan peribadi saya anda 200% akan berpuas hati tanpa banyak soal.
Ebook ini juga akan menukar persepsi anda yang kurang berminat berkerja di jabatan kerajaan, untuk lebih memahami beberapa kelebihan & keistimewaan yang tidak akan anda dapat di sektor swasta. Anda pasti akan berterima kasih kepada saudara Jamaluddin kerana keikhlasan beliau menerbitkan ebook yang sangat eklsusif ini & anda tidak akan memperolehinya di kedai-kedai buku!
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 7% [?]
Related posts:




















Niche ni pun ada ? Memang pandai brader yg buat ebook ni. Kreatif, mmg nalla.
Ya memang bijak bro Jamal menerbitkan ebook tu terutamanya di saat org ramai nak mintak kerja kerajaan dlm kegawatan ekonomi ni. Tu ler yg dikatakan “Dalam kesempitan, ada kesempatan..”