Kali ini aku nak berkongsi dengan kamu tips yang sangat berguna khususnya jika kamu baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Terus terang aku akui tips ini aku copy & paste 100% daripada email yang dihantar oleh rakan IM aku iaitu Mazli Nadzri yang sekarang sedang suksess dalam niche beliau graphic design.
Aku telah mendapat kebenaran daripada Mazli untuk memuatkan artikel ini di blog aku & dikongsikan dengan kamu. Bak kata omputih “Sharing is Caring”..terima kasih Mazli.
(Psstt..kalau kamu tersenarai dalam mailing-list Mazli Nadzri, kamu juga telah menerima email ini)
—————————————————————————————————————————————————-
from: Mazlie Nadzri
to: Zolkie
date: Wed, Jun 3, 2009 at 11:55 PM
subject: Tips&Panduan : Tiada lagi hasil? Mungkin berikut antara sebabnya…
1. Tidak tahu dimana kekuatan/minat Zolkie
Selalunya kita gagal sebab apa yang kita buat bukanlah datang dari jiwa kita sendiri. Banyak yang GAGAL buat kerana orang lain. Maksudnya, ‘terpengaruh’ dengan kejayaan orang lain.
Saranan saya, jangan mudah terpengaruh. Kalau dapat, cari rakan yang boleh selidik dimana kekuatan Zolkie.
Saya, sebelum ini, macam-macam buat, buat web sewa iklan, buat adsense, semuanya tak menjadi.
Kemudian, sahabat saya sarankan saya buat design, dan kini, alhamdulilah, inilah sumber pendapatan saya sekarang disamping menyertai program affiliate dan produk sendiri.
2. Fokus
Kemudian adalah FOKUS. Jangan ghairah mencuba perkara yang banyak dalam satu-satu masa. Saya pekakkan sahaja telinga mendengar kisah orang yang berjaya dengan Clickbank, eBAY dan sebagainya. Bukan iri hati tetapi saya fikir saya harus tetap dengan apa yang saya sedang buat sekarang.
Saya tak nak benda lain menganggu FOKUS saya. Kalau anda sedang belajar Clickbank berikan komitmen 110% tanpa perlu memandang kiri dan kanan anda. Jangan tamak.
3. Kaedah
Ini salah satu perkara yang penting juga, kalau kaedah anda salah, bagaimana anda hendak berjaya mendapatkan duit di internet.
Kalau mempromosikan produk sendiri/affiliate dengan kaedah SPAM, bagaimana mahu mendapat hasil yang diharapkan. Orang naik menyampah adalah. Salah satu kaedah yang berkesan adalah membina mailing list anda sendiri.
4. Promosi
Ini nadi perniagaan. Promosilah dengan pelbagai cara. Juga, lihat dimana tempat anda ingin promosi sesuatu produk.
Adakah ‘tempat’ berkenaan sesuai untuk produk anda? Saya selalu lihat kadang-kadang sesetengah orang promosi membuta tuli.
Contohnya, saya ahli berdaftar di forum multimedia, saya lihat ada ahli yang baru mendaftar, terus mempromosikan produk yang tiada langsung kaitan dengan forum tersebut. Alih-alih, kena warning dengan ahli forum. Jadi, lihat dimana anda ingin membuat promosi, pastikan ianya adalah tempat yang betul
5. Ingin mudah
Dalam hati bukan main hebat ingin mendapatkan sekian, sekian jumlah, tetapi MALAS atau KEDEKUT mencari ilmu. Malas mengeluarkan modal. Mereka mudah meminta tanpa usaha. Malas nak mencari sebelum bertanya. Jangan bergantung 100% dengan orang lain.
Carilah RM1 dahulu, kemudian barulah target sedikit demi sedikit. Ianya untuk memastikan motivasi anda berterusan.
Itu antara sebab mengapa anda tidak berjaya mendapat hasil di internet. Ianya juga pesanan untuk diri saya sendiri. Sama-sama kita memperbaiki apa yang silap.
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri | http://mazlienadzri.com/
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 55% [?]
No related posts.
















mereka2 yang ada sekarang ni just nak dapat hasil yang cepat jek abg zol…langsung tak nak usaha lebey…
bile hasil tarak terus tinggal atau try to another option…
masalah…masalah…
yuzmir’s last blog post..Bahaya-bahaya ber ‘Link Exchange’
Yup! Betul tu mir..coz aku dolu-dolu pon cam gitu gak! Anggapan masa tu buat duit di internet ni mudah..klik-klik-klik dpt duit..hu hu hu! Rupa2nya tak semudah itu..sekrg impak aku selalu dok singgah di WC baru aku mula paham apa itu perniagaan internet yg sebenar
hehe, sy pon dapat jugak email tu bro..
bahagian yg sedang sy buat sekarang ni adalah FOKUS..
ramai orang xberjaya sebab tiada fokus..
kadang2 sy sendiri hilang fokus..
solehpolysas’s last blog post..Affiliate PPL Dan PPS
Saya suka tips :
carilah RM1 yang pertama dahulu….
kisahsensasi.com’s last blog post..Kendra Wilkinson tinggalkan PLAYBOY
hehehehe..aku pun selalu hilang fokus! akibat paling teruk adalah information overload. so, sekarang jom kita sama2 FOKUS utk sama suksess dlm apa jua yg diusahakan!
Ya..RM1 yg pertama itu ler yg akan meninggalkan impak paling maksima utk kita terus berjaya..
Tumpu dulu satu.. Sampai dah langsung tak nampak jalan baru tukar..
Fokus memang susah.. tapi itu lah jalan untuk berjaya
zool’s last blog post..Kenapa Blog Personal boleh top
Memang betul tu zool..lebih2 lagi perkembangan positif internet marketing di M’sia kebelakangan ini. Macam2 kejayaan IM yg kita dengar..dan kalau boleh semuanya nak cuba. Mereka suksess dlm bidang mereka coz ada FOKUS..dan itu ler yg perlu kita tauladani. Nickname ‘zool’ ni teringat aku masa zaman persekolahan dulu guna nickname nie ler lukis kartun..dulu cita2 aku nak jadi kartunis
Salam. Info yang bagus. Memang tidak ada jalan yang mudah untuk berjaya. Kena usaha dan ikuti perkembangan dari IM yang dah berjaya. Kena rajin membaca, tidak boleh redah aje. Saya pun sedang belajar. Terima Kasih AbgZol kerana share info ini.
Nozi’s last blog post..Jom Bertukar Link
Ya
sama-sama nozi..saya nampak kesungguhan nozi dlm membina brand sendiri. Kekalkan fokus nozi & selamat berjaya..
setuju dengan all of the above
promosi paling penting sekali.
..terima kasih kerana bersetuju!
Yup..betul tu promosi paling penting. Sebab tu otai pun bagi nasihat nak suksess kena promosi..promosi..promosi..