Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Online ShoppingJika anda pernah membeli-belah online, ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Di Eropah konsep Online Shopping ni adalah rutin bagi mereka untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Mana tidaknya, tak payah keluar rumah..hanya order di depan PC, pilih barang nak beli..klik-klik-klik (huhuhu..mcm iklan bayar cukai tanah kat tv tu pulak)..buat bayaran online & barangan yang dipesan terus dihantar ke rumah. Jimat tenaga, jimat duit minyak kereta, jimat duit tol..dan selamat daripada kena ragut bawa cash! Mudahnya zaman IT ni kan..

Di Malaysia, trend membeli secara online juga telah mula diterima & diyakini. Malah bukan sahaja syarikat-syarikat besar yang memiliki laman web e-shopping ni..industri desa & orang perseorangan juga telah membangunkan ‘kedai maya’ untuk menjual produk-produk mereka. Pendek kata memiliki laman web jualan adalah satu kemestian untuk setiap usahawan pada masa kini. Bagaimana pula anda?

malaysiabuy Review: MalaysianBuy.com | malaysian shopping directorySYABAS! Kepada rakan IM saya Wan Mohd Ikram kerana telah membina MalaysianBuy.com yang sudah pasti akan merancakkan lagi dunia Membeli-belah Online di Malaysia. Website ini berkonsepkan eshop, e-store, internet shop, webshop, webstore, online store, or virtual store iaitu Malaysian Shopping Directory.

Kenapa nak bina lagi web macam ni sedangkan kan dah banyak kat internet? Hmm..saya rasa ini kerana Ikram ada misi & visi beliau tersendiri. Seperti yang saya dipahamkan salah satu matlamat utamanya adalah “untuk mengelakkan daripada pengguna tertipu dan memberi hak kepada pengguna untuk bersuara”. Ya..hak untuk pengguna bersuara adalah sangat penting agar dapat menghapuskan atau sekurang-kurangnya dapat menjadi perisai kepada pengguna agar TIDAK mudah ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawap.

Bagaimana matlamat ini dilaksanakan? Saya cadangkan anda daftar sendiri di sini & ‘test drive’ sistem shopping directory yang Ikram telah bina untuk anda!  Saya juga ada melawati blog beliau..sehingga saya menaip entri ini, laman web MalaysianBuy.com belum siap sepenuhnya. Masih dalam fasa menambah baik fungsi-fungsi yang telah beliau rancangkan.

Saya tabik spring kat Ikram pasal jika sistem laman web ini siap sepenuhnya beberapa fungsi yang canggih boleh pengguna perolehi. Di antaranya..

  • Sebuah direktori yang membenarkan pengunjung memberikan komen dan rating kepada satu website jualan/estore.
  • Direktori ini percuma
  • Mempunyai google map, screenshot yang menarik..
  • Tujuan website ini untuk mengelakkan daripada pengguna tertipu dan memberi hak kepada pengguna untuk bersuara.
  • ..dan banyak lagi rasanya fungsi yang akan ditambah oleh admin

Kalau melihat senarai di atas, direktori ini adalah percuma! Saya kurang pasti sama ada percuma hanya untuk pengunjung melawati website ini atau percuma untuk sesiapa sahaja meletakkan atau mempromosi perniagaan & produk mereka. Kalau percuma yang dimaksudkan adalah sesiapa pun boleh mengiklankan produk mereka di sini..maka ini adalah peluang terbaik untuk  meningkatkan jualan produk anda atau apa sahaja perniagaan anda. Ini kelebihan untuk anda dari sudut pengiklanan..

Bagaimana pula kalau anda ada produk tetapi tak ada laman web jualan sendiri? Boleh kah menyertai MalaysianBuy.com dengan meletakkan produk anda di situ yang mana pembeli terus membuat pembelian (shopping cart) dan urusan transaksi dikendalikan oleh admin atau pihak pengurusan MalaysianBuy.com. Penghantaran mungkin pihak anda yang uruskan sendiri yang mana akan mendapat maklumat pembeli dari admin. Manakala pihak admin akan mendapat komisyen hasil jualan tersebut atau yuran penyertaan.

Berkenaan perkara ini, saya sendiri pun kurang pasti kerana belum ada maklumat lengkap diletakkan di laman website tersebut (masih dalam fasa pembinaan). Saya cadangkan anda sentiasa melawat laman web MalaysianBuy.com untuk mengetahui perkembangan terkini atau boleh saja mengikuti perkembangan di blog Ikram & saya juga akan umumkan di sini kalau mendapat update dari Ikram.

Tidak banyak perkara & fungsi atau keunikan laman web MalaysianBuy.com yang boleh saya kongsikan dengan anda untuk kali ini memandangkan ianya masih dalam fasa pembangunan & menambah-baik fungsi yang ada. Review ini dibuat sekadar untuk memberitahu anda kewujudan satu lagi laman web berkonsepkan e-Shopping & shopping directory yang akan memeriahkan lagi perniagaan internet di Malaysia.

Sekali lagi tahniah & terima kasih kepada Wan Mohd Ikram & team beliau yang telah berusaha membina MalaysianBuy.com dengan mempunyai misi & visi untuk memartabatkan lagi Perniagaan Internet di Malaysia agar akan membantu golongan usahawan sama ada yang ada syarikat atau perseorangan mengembangkan perniagaan offline mereka kepada teknologi online yang lebih besar pontensinya. Hanya dengan satu klik..perniagaan & produk anda akan tersebar ke pelusuk dunia tanpa sempadan.

malaysianbuy 468x60 Review: MalaysianBuy.com | malaysian shopping directory

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 58% [?]

  • Share/Bookmark

No related posts.

Comments

There are 13 comments for this post.

  1. Shukor on May 25, 2009 12:02 pm

    wo, nice review bro :)

  2. hazman aka species1980 on May 25, 2009 12:37 pm

    website direktori memang membantu rakyat malaysia yang suka shopping online…

  3. admin on May 25, 2009 3:04 pm

    Bro Shukor.. :) thank’s ya..kalau ada produk utk direview bagi ler kat saya untuk reviewkan!

    Hazman aka species1980..ya betul tu. so takyah susah2 gi keluar utk shopping just klik..klik..klik..order-bayar-dapat barang!

  4. ikram84 on May 25, 2009 5:24 pm

    bro… check email bro, ada confirmation tak?

    sebab saya tengok dekat admin memang takda confirmation lagi…

    terima kasih

  5. admin on May 25, 2009 10:15 pm

    ..yup saya ada terima confirmation email. ok bro check email saya ada hantar detail berkenaan isu ni :) kalau dah settle prob tu saya akan update kat blog ni..

  6. mirlme on May 26, 2009 2:29 am

    wah…best tu..
    memang senang shopping sini

  7. admin on May 26, 2009 7:55 am

    tu la dia..dok ghumah je beli barang :) kalau ler lauk-pauk, ikan, sayur..pun ada jual online tak yah gi pasar lagi dah..mirlme apa lagi promote ler terubuk masin sarawak :D bro di Kuching senang dpt stok maa..

  8. Rahsia Jualan on May 26, 2009 9:19 pm

    peh best la review ni.. huhu. malaysian buy ni pun menarik. blh la promote brg huhu

  9. admin on May 27, 2009 1:05 pm

    ..gunakan peluang tu sebaik2nya :) letak produk saudara di sana untuk dipromosikan. Saya yakin MalaysianBuy.com sedikit masa lagi akan menjadi tumpuan tokey & pelanggan..huhu..huhu..

  10. yuzmir on May 29, 2009 12:45 pm

    menyerlah la website tuuu…
    kalau dh penuh iklan didalam???
    mahu meletup web tuuuu…

  11. admin on May 30, 2009 11:12 am

    betul tu beb..sket masa lagi boom ler tu!

  12. Misty20GARCIA on June 6, 2010 9:37 am

    One acknowledges that humen’s life is not very cheap, however different people need cash for different stuff and not every man earns big sums money. Therefore to receive some home loans or consolidation loans would be a right solution.

  13. Obrien34Selma on July 27, 2010 5:45 am

    I will thank you very much for your good releases about this good topic! And you know, that the Freelance writing job service can add this in the custom essays.

Write a Comment

Let me know what you think?

CommentLuv Enabled