Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Assalammu’alaikum wbth & Salam hormat,

Pada pagi ini aku telah mendapat email daripada admin Kuasa100.com bro Ayoy dan  secara jujurnya beliau telah menjelaskan keputusan beliau untuk menarik diri sekaligus berhenti daripada mempromosikan Kuasa100.com ATAU Infinitydownline.com. Pada mulanya terkejut juga aku dengan keputusan drastik beliau ini..mana tidaknya sebagai admin dah tentu bro Ayoy mampu menjana ribuan ringgit daripada program yang telah beliau perjuangkan.

Setelah meneliti email tersebut..aku turut akur & aku bersetuju dengan keputusan nekad bro Ayoy. Aku TIDAK marah sama sekali kat beliau malah aku memuji tindakan yang telah dibuat walaupun aku dah laburkan RM100 untuk joint Kuasa100.com pada akhir Februari yang lepas. Aku menyertai Kuasa100.com @ Infinitydownline bukan semata-mata kerana program buat duit mereka tatapi kerana ingin akses ke library audio & video di situ kerana banyak yang aku nak pelajari. Oleh kerana mereka telah menyediakan progam atau pelan pemasaran buat duit di internet dah tentu secara tak langsung aku turut mempromosikan program tersebut!

Tentu kamu masih ingat yang sebelum ini aku pernah buat artikel di sini bertajuk “Rahsia Lubuk Video & Lubuk Duit Di Internet” dan artikel ini turut mempromosikan Kuasa100.com @ Infinitydownline.com maka di sini secara terbuka aku juga mengikut jejak langkah bro Ayoy untuk TIDAK lagi mempromosikan program atau produk ini. Kenapa? Aku tidak akan menghujahkan sebab-musababnya di sini kerana aku tidak arif dalam hukum-hakam atau halal-haramnya sesuatu produk atau program tersebut.

Tetapi keputusan ini dibuat berlandaskan artikel yang telah di keluarkan oleh Ustaz Zaharuddin di blog beliau bertajuk “Status Hukum Infinity Downline @ login Facebook Dapat RM100″. Beliau adalah pakar kewangan Islam dan apa yang beliau hujahkan sudah tentu berlandaskan nas-nas yang sahih. Kamu boleh terus membaca artikel ini pada pautan berikut http://www.zaharuddin.net/content/view/915/32/

Maka sekali lagi secara terbuka aku di sini memohon maaf kepada rakan-rakan yang telah membaca artikel aku sebelum ini kerana turut mempromosikan Kuasa100.com atau Infinitydownline.com dan aku juga telah MENDELETE artikel serta banner yang telah aku masukkan di blog ini.

MORAL: Berhati-hati dengan program buat duit di internet. Jangan main terjah jer walaupun produknya agak bagus..tetapi program di sebaliknya mungkin bercanggah dengan prinsip & hukum. Ini pengajaran paling berguna untuk aku :-( uhuk..uhuk…

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 74% [?]

  • Share/Bookmark

No related posts.

Comments

There are 15 comments for this post.

  1. ayoy on March 2, 2010 10:55 am

    salam bro zolkie.. bukan senang nak mencari rezeki dalam dunia online tetapi bak kata bro tak boleh main terjah jer.semoga perjuangan kita dalam bisnes online terus mendapat rahmatNya.. wassalam
    ayoy´s last blog ..Komen UZAR Tentang Infinity Downline My ComLuv Profile

  2. admin on March 2, 2010 2:50 pm

    Takper bro..jangan berputus asa. Ada peluang lain yang lebih bagus & meyakinkan jangan lupa kongsi lagi dengan aku. Kesilapan adalah perkara biasa..dan dari situ kita akan lebih banyak belajar. Insya’Allah..rezeki Allah SWT ini luas hanya kita perlukan terus berusaha :-)

  3. Blogger75 on March 2, 2010 11:14 pm

    Salam kurang ceria,

    Kita serupa walaupun tak sama.Saya dah berhenti juga mempromosi Infinity Downline setelah terbaca artikel daripada Ust Zainuddin tempohari.Rasa insaf juga kerana ingin duit cepat tanpa buat usul periksa haram atau halal.Tambahan pula promosi dekat Facebook meletup-letup. Pasti ramai yang terpengaruh.

  4. admin on March 15, 2010 5:26 pm

    ..betul tu! Aku sblm ni pon cukup berhati2 gak tp ntah camner terjebak :-( mungkin sbb aku tertarik dgn video2 tutorial kat dlm tu! Takper ler..pasti ada hikhmahnya kan :-)

  5. Nozi on March 22, 2010 8:04 pm

    Salam Abgzol,

    Lama dah saya tak singgah ke sini sbb sblm ni saya singgah tak ada entry baru.

    Hari ni tergerak hati nk singgah. Tak silap saya sudah subscribe tapi kenapa terlps entry abgzol. hmm..

    Pasal bisnes yg melibatkan downline2 (MLM) ni mmg begitulah hakikatnya. Spt yg ustaz Zaharuddin katakanla…sy dah tk ambik port dlm bisnes mcm ni…hari tu last sekali psl GDI…sy sempat register je then sy terminate. Kadang2 bila kita gilakan wang yg cepat dan banyak ni la kita boleh lupa hukum hakam..tk selidik dulu…kalo diigtkan smula kisah2 nabi dulu pun,kekayaanlah yg membuatkan manusia di zaman dulu tk mengikut suruhan nabi…moga kita smua diberi hidayah dari Allah dan dijauhi dari dikaburi dgn kekayaan…amin..
    Nozi´s last blog ..Doa selepas Wuduk My ComLuv Profile

  6. admin on March 23, 2010 11:24 am

    Terima kasih Nozi masih sudi singgah di sini :-) memang betul dah lama saya menyepikan diri. Tup-tup bila nak masuk gear balik dah terkena pulak..huk..huk..! Betul kata Nozi tu kerana wang manusia boleh binasa..sebab tu kita kena sentiasa berhati-hati. Ntah camner..dalam berhati-hati pon saya terjerat gak nasib baik belum gi jauh lagi baru setakat mendaftar. Sempat ler gak nonton video-video ID tu…bulan ni tak renew automatik ler akaun ID saya akan diterminatekan!

  7. Ina KL on March 27, 2010 10:51 pm

    Salam…saya juga baru jer berkecimpung dalam dunia MLM…dan setakat ni alhamdulillah saya berpuas hati dgn sistemnya….pada pendpt saya, MLM mestilah berlandaskan jual-beli yg betul serta berkonsepkan ‘jualah’ dan ‘wakalah’ maka produknya tidak boleh produk ’sampah’ – spt ustaz zaharuddin cakap tu. Dlm MLM yg sebenar, syarikat memberi incentif kepada upline; semakin ramai downline, semakin besar incentif berdasarkan jumlah jualan setiap downline. Tapi tanggungjawab upline adalah besar, mereka menjadi penggerak dlm memasarkan produk menggunakan pendapatan sendiri yg diperolehi (dilaburkan semula sbg modal)..menjelajah hingga ke luar negara mempromosikan produk. Jadi setiap ringgit komisyen dibayar adalah atas titik peluh yg dicurahkan. Inilah MLM yg saya lakukan dan saya memang ‘terasa’ perit jerih bisnes ini. Apabila MLM adalah berteraskan produk yg baik beserta dengan ‘iwad’ (konsep rezeki halal dalam shariah – mesti ada risiko, usaha dan tanggungjawab), maka MLM itu adalah harus. Ini cuma pendapat dari saya yg tak seberapa. Pe2 hal pun, syabas abgzol !!!!

  8. admin on March 28, 2010 3:48 pm

    Terima kasih ina, komen yang ditinggalkan di sini memang sgt bermanfaat utk rakan pembaca. Yup saya setuju dgn pandangan ina, MLM yang sebenarnya adalah bertunjangkan produk yang berkualiti & pelan pemasaran yg tidak menindas. Saya yakin ina adalah dari golongan upline yg bertanggungjawap & sentiasa membantu rakan niaga (downline). Walau bagaimana pun saya agak kesal dgn sesetengah upline..yg hanya bermulut manis semasa memujuk prospek utk joint di bawah group dia. Tetapi setelah beberapa ketika..nak jumpa punya ler susah sibuk memanjang! Memang betul sampai masanya downline kena bergerak sendiri..tetapi upline yg berkualiti spt yg ina katakan..adalah mereka yg sentias memberi komitmen apabila downline atau rakaniaga memerlukan terutamanya jika mereka ada masalah. Saya mendoakan ina semakin suksess & maju jaya dln perniagaan MLM yg sedang diusahakan..

  9. Adzim on May 24, 2010 10:33 am

    Assalamualaikum..
    Saya kat sini ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian..
    Umat Islam wajib mencari yang Halal betul?
    Ramai yang terujakejar duit, tapi xselidik dulu halal haram sesuatu MLM…
    Dan saya nak berkongsi disini..
    Saya adaterjumpa satu program Network Marketing yang sememangnya halal. Mempunyai 2 ahli panel syariah yang arif tentang MLM sendiri.. Program tersebut ialah Score A Programme.. Produk pendidikan. di sini saya sertakan gambar sijil halal serta lesen AJL kami. Sekiranya ada kemusykilan, hubungi saya, Mohamad Adzim-0132307461

    Klik imej Syariah Compliance kami.. AllahuAkbar!!
    http://www.bisnesjaya.com/images/sijilpengesahan.jpg

  10. infinity downline on May 30, 2010 2:09 pm

    Thanks for providing list of dofollow blog.

  11. Den on June 5, 2010 5:46 pm

    Sy sokong ape yg Zolkie Baki aka abgzol buat iaitu kuar dr “Infinity Downline @ login Facebook Dapat RM100″ ni..

    Di sini sy nk tanya.. ada tak sape2 yg tau psl hukum join rm20segera.com? Pd pdpt anda adakah ia sama sprt “Infinity Downline @ login Facebook Dapat RM100″?

    Maklumat lanjut psl rm20segera.com : http://www.rm20segera.com/default.asp?r=admin

  12. Anjebat on July 10, 2010 11:36 am

    Assalamualaikum.
    Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang).

    Untuk makluman saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya saya hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) Halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat, bukan juga sebab saya buat pasal tu saya nak backup habis-habisan. Saya join buat sebab saya dah kaji dan fahami konsep program ID sebelum saya JOIN termasuk dari hujah Ustaz Zaharuddin sendiri tentang perniagaan Internet yang sah.

    LOGIN FACEBOOK DAPAT DUIT HARAM?
    Ya, saya setuju dengan pendapat Ustaz… dalam hal ini. Kenapa? Kerana ianya jelas berkonsepkan Money Game dan bukan perniagaan. Ia suatu iklan ‘perangkap’ dan menimbulkan kekeliruan bagi yang tidak tahu. LOGIN FACEBOOK dapat duit… adakah FACEBOOK beri kita duit dengan login websitenya? Atau adakah klik saja FACEBOOK kita dapat duit seperti program Click4Cash yang lain?

    Pengiklanan cara ini juga menimbulkan kemarahan orang lain kerana menggunakan privasi pemilik FACEBOOK orang lain untuk mengiklan. Kelemahan juga berlaku kerana ahli tidak diajar ilmu yang sebenar hingga ramai yang menyertainya tidak tahupun fungsi program ini. Ditambah lagi jika semua orang mengiklan didalam FACEBOOK maka potensi ahli semakin kecil kerana ruang iklan hanya sekitar kalangan ahli FACEBOOK sahaja. Maka ia akan meniayakan orang terakhir yang masuk.
    Maka saya amat tidak menggalakkan ahli menggunakan kaedah sebegini.

    Dalam bab yakin halal haram ni saya bagi contoh : Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram atau Halal? Haram boleh Halal pun boleh bergantung kepada hati kita jika meyakini sumber dan masakannya halal (contoh katakan tokeh kedai tu cina). Jika was-was jangan makan tapi kalau dah betul yakin (kena bersandarkan hujah betul dari sudut Fekah, Tauhid atau lain-lain) makanlah tanpa was-was.

    Satu persolan saya ; Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA mesti pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujah Ulama lain tidak boleh kita jadikan rujukan? Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber tentang KONSEP perniagaan seperti ini?

    Betul Ustaz Zaharuddin menulis berlandaskan fakta dan ilmu beliau untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah Bisnes Online suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi masih ada ruang untuk ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu (mengambil semula hak kita
    misalnya).

    Saya tidak risau dengan program ID dipantau sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)dan tak macam program-program lain kalau ID kena tutup kita takkan rugi apa-apa sebab bonus kita langsung dia tak simpan. ID takkan menipu duit kita.

    Pelik ke nak pikirkan ada orang sanggup buat bisnes jutaan Dollar tapi tak ambil sesen pun dari kita macam yang ID buat? Tak pelik pun. Ada guna search Engine GOOGLE? Ada guna emel YAHOO!? Ada guna FACEBOOK? Berapa korang bayar pada diorang? Tahu tak korang diorang jadi Millionaire dengan bagi program percuma macam ni?

    Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu perbuatan itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan DALIL yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka juga TETAP BETUL selagi mereka melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulama yang mereka yakini.

    Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.

    “Kesimpulan
    1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.
    2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.
    3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
    4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat”.

    Buat kalau yakin. Diam kalau tak pasti.

    Wallahualam.

    ………………Tambahan

    Kepada yang tak sebulu dengan Ustaz Zaharuddin jangan memaki hamun beliau, beliau orang berilmu yang WAJIB kita hormati. Apa yang beliau sampaikan itu betul dan tugas beliau sebagai rujukan.
    Kalau kita tak setuju dengan pendapat beliau dan ingin keyakinan yang lebih atas apa yang kita buat tanyalah juga kepada lain-lain sumber rujukan (hatta ulama luar negara).

    Bagi saya pendapat Ustaz Zaharuddin tetap menjadi pendapat peribadi selagi tidak disepakati/ difatwakan ulama dalam Fatwa sedunia.

    Misalnya rokok, walaupun jelas hukumnya haram tapi masih ramai menghisapnya kerana berpandukan hujah lama yang hukumnya ‘makruh’. Cuma saya

    Sorilah… Komen detail tentang pendapat Ustaz Zaharuddin kena join ID Surirumah dulu

    http://ringgit-online.tripod.com/surirumah
    Percuma Thumbdrive. Dalamnya ada pBook pasal topik ni.

  13. Anjebat on July 10, 2010 11:40 am

    Ops saya nak tambah sikit lagi. Ada blog yang lantang mengatakan program

    ID ni haram kerana hujah Ustaz Zaharuddin. Katanya taknak subhah dalam

    hal-hal haram ni. Tapi dalam masa yang sama memberi peluang orang

    mengiklan dalam blognya untuk masuk program meragukan (sesetengahnya dah

    di”fatwa’ kan haram oleh Ustaz Zaharuddin). Dah faham konsep perniagaan

    yang diharamkan dalam Islam seperti dikatakan oleh Ustaz? Jangan tutup

    sebelah mata semata-mata wang….iklan.

    Konsep perniagaan macamana yang tergolong dalam haram sudah

    dijelaskan…. tak tau ke?

  14. HoustonSylvia30 on July 15, 2010 7:09 pm

    I was so fortunate to find your page exactly one day before the deadline of my custom essays and research papers. I know that you are a well-recognized and devoted source on the Internet.

  15. FranksBeverley31 on July 16, 2010 11:35 pm

    Thank you a lot for the supreme article connecting with this topic. Could you assist to determine the thesis writing service or professional custom dissertation service to purchase the dissertation idea from?

Write a Comment

Let me know what you think?

CommentLuv Enabled