Nampaknya 2009 ni walaupun kita digusari akan kegawatan ekonomi, tetapi perkembangan perniagaan internet di Malaysia semakin rancak. Malah pada tahun ini sahaja ada beberapa orang IM tempatan yang telah menjana sehingga 5 angka hanya dalam tempoh 24 jam. Itulah ‘kuasa internet’ yang sebelum ini menjadi bahan tawa sesetengah orang yang tidak percaya boleh buat duit di internet. Bukan sahaja otai..newbie yang ‘serius’ dalam mengusahakan perniagaan internet juga telah mula merasai nikmat menjana pendapatan di internet. Saya ler salah seorang newbie tu..hehehehe
Baiklah, post kali ini saya menulis lebih kepada perkongsian info tentang perniagaan internet. Kepada rakan-rakan newbie atau orang baru dalam dunia IM ni..jom kita berkenalan dengan perniagaan internet!
Secara ringkasnya perniagaan internet ini terbahagi kepada beberapa cabang atau model:
- Produk Digital – Ini merupakan model yang paling popular baik di Malaysia mahupun di seantero dunia sama ada menjual produk sendiri atau produk orang lain. Malah di kalangan IM yang serius dalam menjual produk-produk digital sama ada ebook, script, software atau pun grafik telah berjaya menjana ribuan ringgit, malah jutaan ringgit hanya di internet. Usahawan internet di Malaysia yang paling saya kagum adalah Labanon Team Flarebiz dalam usia sebegitu muda 17 tahun telah berjaya menjana RM10,000 hanya dengan platform produk digital. Dalam kategori produk digital kalau anda tidak mahir dalam menerbitkan produk sendiri, ada jalan penyelesaianya agar tidak pecah kepala memikirkan apa produk nak di keluarkan. Saya sendiri memilih jalan ini..iaitu menjual kembali produk yang dihasilkan oleh pakar & 100% keuntungan masuk poket sendiri. Caranya, anda beli produk-produk digital yang menyediakan Lesen Hak Jual Kembali sama ada berupa Master Resell Right (boleh jual kembali lesen MRR kepada pembeli, tetapi nama penulis tidak boleh diubah), Resell Right (hanya mendapat hak menjual produk sahaja & tidak boleh pindahkan lesen RR kepada pembeli, nama penulis juga tidak boleh diubah) & Private Resell Right (diberi hak mengubah isi kandungan, memindahkan lesen PLR & masukkan nama kita sebagai penulis). Saya sangat mencadangkan anda memilih cabang ini sebagai permulaan..kerana ianya sangat mudah & menguntungkan!!
- Produk Fizikal – Sama ada menjual produk yang dihasilkan sendiri atau produk yang dikeluarkan orang lain. Produk sendiri terlalu banyak yang boleh anda pasarkan di internet, anda hanya perlu buat kajian apakah produk yang akan atau sedang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Sebagai contohnya mungkin kek sarawak, ikan terubuk masin sarawak, barangan kraftangan, pakaian, bunga, dan sebagainya. Cuma kalau melibatkan makanan untuk pasaran antarabangsa anda perlu lebih berhati-hati & ambil tahu akan undang-undang penghantaran produk tersebut (bergantung kepada negara). Produk fizikal yang sering saya beli secara online adalah buku..contohnya di laman web AdikBijak dot Com! Kaedah menjual produk fizikal paling mudah & menjadi kegemaran kebanyakkan IM adalah dropshipping iaitu anda menjual produk yang telah disediakan oleh dropshipper (pembekal). Tugas anda adalah menjual produk-produk tersebut, manakala urusan penghantaran produk akan diuruskan oleh droshipper..mudah kan?
- Perkhidmatan/Servis – Model ini juga sangat popular dan menguntungkan. Contoh servis yang boleh anda sediakan adalah personal coach, membina laman website, membuat grafik, membina surat jualan, membuat review, membuat penterjemahan BI – BM atau BM – BI, edit video, melukis kartun atau karikatur, menjadi penulis di blog, ebook, artikel, dan banyak lagi yang boleh anda buat berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Tugas pertama anda hanya membina laman web jualan terhadap servis yang anda sediakan & untuk meyakinkan lagi prospek, anda boleh masukkan beberapa testimonial daripada pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda.
- Pegiklanan – Jika anda malas nak mengeluarkan produk, model ini adalah yang terbaik untuk anda. Contoh yang paling popular adalah Google AdSense yang mana ianya tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar. Apa yang penting anda memahami konsep buat duit dengan Google AdSense..bina blog khusus untuk program ini & tarik traffik sebanyak yang boleh. Hasilnya kalau kena dengan niche & strategi anda..memang tidak dinafikan pendapatan anda boleh mencecah 5 angka! Bunyinya macam mustahil kan..semudah hanya bina blog, masukkan iklan Google AdSense..orang lain klik & anda pula akan menerima hasilnya. Tapi ingat, walaupun ia mudah..kalau salah cara & teknik anda maka usaha anda juga adalah sia-sia tidak mendatangkan hasil. Selain Google AdSense, program yang berkonsepkan sama adalah seperti Nufnang, Chitika & lain-lain lagi anda boleh search di internet. Produk panduan menjana pendapatan lumayan dengan Google AdSense yang sangat popular & mendapat permintaan tinggi sehingga kini adalah ebook yang diterbitkan oleh Shamsuriyadi iaitu “Raja AdSense” & telah ramai yang berjaya dengan panduan ini.
- Affiliate Marketing – Model perniagaan internet yang ini antara yang paling berjaya melahirkan usahawan internet yang berpendapatan sehingga 5 angka..malah ada yang telah mencapai tahap jutawan hanya dengan menyertai program affiliate. Secara ringkasnya, ia merupakan satu program perkongsian keuntungan yang diberi oleh pihak yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan kepada agen-agen yang berjaya membuat jualan melalui link khas yang diberi. Memang anda TIDAK memerlukan modal dalam menyertai program affiliate kerana kebanyakkan pendaftaran sebagai agen adalah percuma & tugas anda hanya perlu mempromosikan link affiliate yang diberi..dan setiap jualan yang terhasil anda akan dibayar kebiasaannya 50% – 70% memang sangat lumayan kan? Walaubagaimana pun, ada juga program affiliate anda wajib membeli dahulu produk tersebut barulah anda boleh mendaftar atau sesetengahnya hanya dibuka kepada rakan JV pemilik produk sahaja.
Hmm, so bagaimana sekarang? Agak-agaknya anda telah mendapat gambaran tentang perniagaan internet? Insya’Allah di post yang lain saya akan huraikan dengan lebih detail setiap model tersebut. Hari ini cukuplah sekadar untuk kita berkenal-kenalan dulu asas perniagaan internet. Anda kena kana ler rajin-rajin singgah di blog saya ni
(Anda boleh menggunakan artikel ini & letakkan di blog anda dengan syarat anda mengekalkan kandungan asal & masukkan kredit link berikut: http://www.zolkie.com/blog )
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 6% [?]
Related posts:


















peluang memang banyak untuk dapatkan income di internet…..yang penting kena pilih satu dan kita FOKUS ..saya pun still belajar…
..betul tu hazman, kesilapan kebanyakkan newbie termasuk ler saya dolu-dolu tak gheti nak fokus semua nak cuba! La ni baru ler pandai nak fokus..mudah sungguh rasanya buat kerja & tak ler sampai ‘information overload’ sampai hilang punca! Tips dari saya untuk suksess dalam IM nie kena ler bergaul dengan mereka yg suksess gak..sertai forum2 IM spt WangCyber, etc..melawat blog2 IM yang terbukti kaliber mereka untuk dptkan informasi terkini..good luck ya hazman