Hmm, dah lama bebenor aku tak update post kat blog ni. Themes jerk dah beberapa kali bertukar kulit
! Bukannya apa.. aku sajer suka cuba-try-test themes terbaru yang aku jumpa. Harap-harap kali ini aku kekal dengan theme terbaru ni ler..ho! ho! ho!
Kamu apa khabar hari ni? Aku baru jer sehat dari selesema. Laptop aku pon baru jer sembuh dari jangkitan virus! Nasib baik ler sebelum itu gerak hati aku kuat untuk buat backup kesemua fail & projek aku ke dalam dvd. Moralnya..jangan leka untuk membuat backup kerja-kerja yang kita buat coz menatang virus tu bukan jer nak bagi salam kalau nak singgah kat pc atau laptop kita!
Okey ler kali ni aku nak berkongsi beberapa produk pay-per-lead yang terbaru daripada rakan IM kita kat Malaysia ni. Ada sebahagiannya program affiliate PPL telah ditamatkan kerana dah mencapai sasaran pemiliknya. Ada gak yang masih berjalan & kamu boleh ler semak kat tarikh tamat PPL yang aku tulis kat sebelah produk tu nanti. Walaupun ada yang dah ditamatkan program PPL nya..tapi kamu masih boleh mendownload produk tersebut percuma. Pilih ler mana-mana yang kamu berkenan di hati untuk dijadikan bahan rujukan..
PPL: Interview Ekslusif Dari Zero Ke Hero IM
Penganjur: MazliNadzrie.com
Komisyen: RM0.20
Tarikh Tamat: Setelah komisyen mencecah RM400
Minimum Payout: RM3.00
Bonus Tambahan:
1000 orang = RM100
500 orang = RM50
250 orang = RM30
Kandungan ebuku ini sungguh mengujakan sesiapa sahaja yang membacanya. Masakan tidak, salah seorang IM yang diinterview oleh bro Mazlie telah berjaya mencapai pendapatan sehingga RM100k hanya dalam masa 22 hari hanya melalui produk digital!!! Demikian juga seorang lagi nama baru yang juga telah berjaya mendapat jualan sehingga RM70k pun sama hanya dengan produk digital. Kedua-dua mereka ini masih lagi berkerja sebagai kakitangan kerajaan & melakukan perniagaan internet ini hanya separuh masa.
Siapa kah mereka? Apakah rahsia mereka? Kamu kena download ebuku itu sekarang untuk mengetahuinya!
—————————————————————————————————————
PPL: Panduan Pay Per Lead
Penganjur: Mohd Fazdlie aka En Dlie
Komisyen: RM0.30
Tarikh Tamat: 4 Sept 2009 – 15 Okt 2009
Minimum Payout: RM15.00
Bonus Tambahan:
Tempat Pertama: Hadiah wang tunai sebanyak RM100
Tempat Kedua: Hadiah wang tunai sebanyak RM70
Tempat Ketiga: Hadiah wang tunai sebanyak RM40
Dalam ebuku ini En Dlie telah mendedahkan 4 teknik TERPANTAS beliau menjana pendapatan melalui program PPL & tipd berjaya menjadi TOP AFFILIATE. Jika kamu juga ingin buat duit hanya dengan produk percuma PPL..download laporan ini sekarang juga!
—————————————————————————————————————
PPL: Membongkar Rahsia Mencipta Pelan Bisnes
Penganjur: PerniagaanMalaysia.com
Komisyen: RM0.25
Tarikh Tamat: Sept 2009 – Des 2009
Minimum Payout: RM10.00
Di dalam Koleksi ini mengandungi 20 Rahsia Contoh Rancangan Perniagaan Yang Berjaya! Jika anda bercita-cita nak membina perniagaan konvensional inilah koleksi yang sangat hebat perlu anda miliki. Koleksi ini telah dihasilkan bagi tujuan pembacaan dan rujukan pelan bisnes usahawan yang telah berjaya memulakan perniagaan!!
01. Rahsia 7 Pelan Bisnes Cendawan
02. 17 Rahsia Pelan Bisnes Penternak Burung Puyuh
03. 17 Rahsia Pelan Bisnes Salon Kecantikan
04. Rahsia Pelan Bisnes Percetakan
05. Penternakan Kambing Malaysia
06. 5 Golden Secrets of Bisnes Kedai Dobi Revealed
07. Pelan Bisnes Makanan Ringan Terbongkar
08. Mempelajari Pelan Bisnes Ikan Keli
09. Pelan Bisnes Restoran
10. Pelan Bisnes Ladang Sayuran
11. Rancangan Perniagaan Bakeri
12. Rancangan Perniagaan Baja Organik
13. Rancangan Perniagaan Catering
14. Rancangan Perniagaan Cyber Cafe
15. Rancangan Perniagaan Buah Naga
16. Rancangan Perniagaan Frozen Food
17. Rancangan Perniagaan Jahitan
18. Rancangan Perniagaan Koperasi
19. Rancangan Perniagaan Lembu
20. Rancangan Perniagaan Telekomunikasi
Dapatkan Segera Koleksi ini dengan Percuma!!
—————————————————————————————————————
Penganjur: Ahmad Mawardee
Komisyen: RM1 – RM2
Tarikh Tamat: 29 Sept 2009 – 1 Okt 2009
Minimum Payout: 100 leads
Laporan ini mendedahkan pelbagai perkara ‘kritikal’ dalam membuat duit di ClickBank:
1. Kesilapan besar usahawan internet Malaysia memahami ClickBank.
2. Kesilapan mereka dalam memilih cara promosi.
3. 3 Kaedah & teknik terbaru mengurangkan kos pengiklanan dan menyasarkan kepada prospek yang tepat & mempunyai kuasa membeli yang tinggi (selain faktor kawasan).
4. Punca-punca utama sehingga kini mereka masih gagal membuat duit di ClickBank.
5. Alternatif penting untuk ClickBank.
6. Tidak memaksimumkan ___ & ___ menyebabkan ramai usahawan buntu & tiada hasil.
7. Bagaimana bermula dengan pantas (dan kos rendah atau percuma) – pstt… tak ramai guna cara ni.
8. Pembongkaran 10 FORMULA hebat!
Klik Di Sini Sekarang Untuk Download 10 Formula ClickBank!!
—————————————————————————————————————
Penganjur: Zamrin
Komisyen: RM0.25
Tarikh Tamat: Telah tamat!
Minimum Payout: 100 leads
Rahsia di sebalik kejayaan IM di selongkar! Selepas membaca pengalaman manis & pahit mereka pasti kamu akan lebih bersemangat untuk mentauladani kejayaan mereka.
Antara nama besar IM yang telah sudi berkongsi pengalaman mereka adalah Zamri Nanyan, Catzer, Team FlareBiz, Ihsan aka Deen, Sham Raja AdSense, Zul SmartUsaha, Sukeri, Abooain, Alang, Yusri, Luvlee, Galadriel aka Kak G dan Syed Ikhwan.
Sangat rugi rasanya kalau kamu tidak membaca ebook ini kerana bukannya senang otai IM ni nak dedahkan perjalanan kejayaan mereka dalam membina empayar perniagaan internet yang telah memberi pendapatan lumayan kepada mereka sehingga ke hari ini. Memandangkan laman Squeeze Page untuk download produk ini telah ditamatkan..kamu boleh terus download Cerita IM di sini sekarang!
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 25% [?]
Related posts:












Zool terima kasih perkongsian baik ini. Link blog zool dah saya letakkan di blog saya. Respon berkesan yang telah diberikan. Semoga saya dapat banyak manfaat dari perkenalan ini
assalamualaikum
sekarang ni meriah betul, IM malaysia dah ramai yang buat ppl
waka´s last blog ..gegaran gempa bumi di malaysia
Assalamualaikum.
Mungkin ini kali pertama saya bertandang ke blog ini.
Salam perkenalan dari saya
Wah, sekarang ini mmg sudah ramai
Im yang berminat keluarkan ebook sendiri
Bagus-bagus. Sudah nampak ada kemajuan
dalam IM malaysia.
Ini bukti Malaysia juga boleh membuka mata
ke arah membina sumber kewangan. Walaupun mudah, tetapi tidak ramai yang sanggup ambil peluang untuk
membina perniagaan sendiri. Betul x zool?
Apa pun, salam perkenalahn dari fahdighazali.com
Assalamualaikum Abg Zol,
Lama tak kesini,
Anyway thanks sudi berkongsi laman-laman PPL. Mudahlah siapa-siapa yang nak buat duit dengan PPL. Pilih aje mane mereka mahu dan promosikan. Atau join je semua hehehe…
Mantra´s last blog ..Menghargai Pengunjung Blog Anda
@ motivasi kerja – terima kasih sudi exchange link dengan blog aku ni & semoga suksess dalam apa jua yang diusahakan.
@waka – betul tu semakin meriah dunia IM di Malaysia & PPL dah jadi trend yang mula merebak macam virus
moh kita exchange link untuk mengeratkan lagi persahabatan..
@ Fahdi – terima kasih bebanyak sudi singgah di sini & akan terus singgah. Salam persahabatan jua dari aku..jom ler kita exchange link