Hari ini aku nak kongsi dengan rakan pembaca yang terlibat dengan jualan produk digital langkah-langkah mudah bagaimana kamu boleh membina laman khas untuk pelanggan mendownload produk digital yang dibeli. Sebenarnya ada di kalangan rakan-rakan yang menghantar email kepada aku bertanyakan masalah nak bina download page..
Dalam kes ini aku andaikan kamu dah tahu asas HTML dan membina laman website yang ringkas sama ada menggunakana DreamWeaver, Microsoft Office FrontPage, NVU dan seumpamanya.
Berikut adalah tutorial yang paling ringkas aku kongsikan dengan kamu
- Bina folder baru di dalam folder laman web kamu khas untuk laman download produk kamu. Contohnya “dowloadprodukxyz”
- Kemudian bina satu laman website untuk memberi arahan ringkas bagaimana pelanggan kamu akan memuat-turun produk tersebut. Contohnya kamu savekan atas nama “index.html”. Maka direktori kamu adalah seperti ini: webjualankamu/downloadprodukxyz/index.html
Contoh laman download yang simple adalah seperti berikut:
=============================================================
“RUANGAN KHAS DOWNLOAD PRODUK XYZ“
Terima kasih kerana membeli Produk XYZ & berikut adalah link untuk anda muat-turun:
[ GAMBAR PRODUK XYZ ]
Sila Klik Mouse Kanan Anda Untuk Muat-turun Sekarang!
NOTA:
Fail adalah dalam format zip file. Anda perlukan perisian WinZip yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web berikut: http://www.winzip.com/downwz.htm
Semoga Anda Berjaya dan Selamat Menjana Wang Di Internet!
Nama Anda
www.WebJualanAnda.com
=============================================================
- Masukkan fail produk yang telah kamu zipkan (produkxyz.zip) ke dalam folder “dowloadprodukxyz”. (webjualankamu/downloadprodukxyz/produkxyz.zip)
- Pada laman download yang kamu bina tadi, highlightkan perkataan “Sila Klik Mouse Kanan Anda Untuk Muat-turun Sekarang!” dan di sinilah kamu perlu masukkan hyperlink untuk pelanggan download produk tersebut. Contohnya adalah: http://www.webjualankamu.com/downloadprodukxyz/produkxyz.zip
- Sekarang dah tiba masanya untuk kamu upload kesemua fail tersebut atau folder “dowloadprodukxyz” ke hosting kamu menggunaka perisian FTP. Jika tak tau nak guna perisian FTP sila dapatkan Panduan Mudah FTP di sini..
- Setelah selesai proses upload tersebut, sila login ke cPanel kamu dan pilih “Password Protect Directories” untuk create “username & password” bagi melindungi downloadpage. Sila ikut segala arahan yang diberi pada ruangan tersebut. Jika tidak tahu bagaimana nak buat kamu boleh menonton video tutorial yang disediakan pada cPanel tu.

- Langkah seterusnya setelah semuanya beres adalah untuk kamu menghantar email menyatakan link download kepada pelanggan & dalam email tu kamu akan bagi link seperti contohnya di atas tu iaitu http://www.webjualankamu.com/downloadprodukxyz/ yang mana pelanggan akan dibawa terus ke download page yang telah kamu bina tadi. Mereka akan mengikut segala arahan ringkas yang kamu berikan pada laman tersebut untuk mereka memuat-turun produk yang dibeli daripada kamu.
So, camner boleh paham penerangan ringkas aku kat atas tu? Memang sengaja aku bagi seberapa ringkas yang boleh agar lebih mudah untuk kamu paham ATAU mungkin juga makin kamu tak paham LOL..
Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah cara biasa membina laman download yang mana kamu masih perlu akses ke cPanel untuk membina “Username & Password” agar laman download tu selamat daripada dicerobohi kerana sesiapa sahaja yang nak aksess ke laman tu perlu tahu “Username & Password” yang kamu berikan!
Walaubagaimana pun jika kamu malas nak melalui langkah-langkah sedemikian, ada pilihan terbaik untuk kamu yang mana keselamatan laman download kamu juga adalalah ditahap maksima. Kamu cuma perlukan simple script download page & di sini kamu cuma perlu masukkan kod keselamatan yang akan melindungi download page daripada docerobohi oleh sesiapa sahaja! Pada bila-bila masa sahaja kamu boleh menukar kod keselamatan ini..
Jika kamu berminat nak tahu script tersebut sila klik sekarang di sini..
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 73% [?]
No related posts.
















Assalamualaikum Abgzol. Apa khabar?. Terima kasih kerana sering juga jenguk2 ke blog saya.
Dah masuk 10 Ramadhan..oh! cepatnya
Sebenarnya selama ini saya memang selalu terfikir, macam-mana proses download page untuk ebook2 yang kita beli. Alhamdulillah, hari ini saya dapat jawapannya. Saya akan praktis untuk lebih memahaminya.
Terima kasih Abgzol atas perkongsia itu.
Oh ya, hari ini saya juga ada menulis “something” di ruangan “income”. Bila Abgzol ada kelapangan jemput singgah ye. Mohon tinggalkan komen juga.
Salam ceria & salam inspirasi..
Keep in touch Abgzol, saya suka dengan friendship ini.
Assalamualaikum
thanks good post, kadang2 tu tool kat cpanel tu mmg slalu kita lepas pandang.. bro.. aku ko boleh tambah post2 pasal cpanel.. he he tak expert sangat la.. nak nuntut tips and tricks..
Thank AbgZol, dah dapat buat download link tu. Saya tukar file format dah ok.. pasal baru tahu. saya ingat kan apa file format boleh guna kat hosting.. BTW tq lagi sekali….
@ Fathuri – Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah sehat. Terima kasih juga Fathuri masih sudi singgah di blog aku nih
tak rugi rasanya kita kongsikan apa yang diketahui semoga bermanfaat untuk semua.
@ Boss – Ya betul tu banyak lagi tools kat cPanel kita tak ambik kesah sangat. Insya’Allah post akan datang aku nak kongsikan langkah mudah bina laman web minisite guna Adobe Photoshop
pulak!
@ Abez – Tahniah usaha yang tidak putus asa pasti akan berjaya. Maaf ler pada masa tu tak leh nak chat lama ngan Abez coz terpakas log-out YM. Kebetulan petang semalam ada masa sket tu terus postkan langkah bina download page tu kat sini agar boleh dikongsikan kat semua rakan pembaca.
Assalamualaikum Abgzol. Terima kasih kerana singgah di blog sebentar tadi.
Berkenaan ini,
“So, aku telah addkan link Fathuri.com ke dalam blog aku..dan harapa bro juga tidak keberaatan untuk exchange link dengan Zolkie.com”
Bak kata pepatah melayu, “pucuk dicita ulam mendatang” Abgzol.
Saya tak tahu dari segi teknikalnya macamana membuat exchangelink itu, namun mereka2 yang telah singgah dan tinggalkan komen telah disenaraikan seperti berikut..
http://fathuri.com/?cat=27
Oh ya, hari ini saya sudah menambah satu lagi pages baru di blog itu. Bilamana Abgzol ada kelapangan mohon, singgah dan tinggalkan komen ye..
Best rasanya kalau abgzol boleh jadi orang yang pertama melakukannya..
inilinknya..http://fathuri.com/?page_id=1117
Salam ceria & salam inspirasi dari saya.
Moga friendship ini terus bermanfaat
Assalamualaikum
Saya memang ada buat download page, tapi tak protect menggunakan pwd pun..terima kasih untuk tutorial ini, ia amat membantu!
@ wanwan – Bahaya tu bro tak protect dengan password senang-senang jerk orang curi produk kat download page! Kalau nak lagi mudah guna ler script Sistem DP-Protector..takyah nak masuk cPanel cuma setting security code kat script jerk
salam abgzol
terima kasih kerana lawat baloots blog.
blog abgzol pun akan menjadi tatapan aku di dalam rss reader. subscribe it via google reader…
Wah, berguna betul ilmu ni. Selama nih tercari2, thanks abgzol sbb persoalan ini terjawab sudah. Yes!
@ baloot – sama2 bro & aku dah subscribe blog bro delivered by email coz aku rasa banyak sungguh informasi berguna untuk aku dari blog bro tu!
@ kakeru – terima kasih sudi singgah di sini..sekadar berkongsi sedikit ilmu yang tahu
Assalamualaikum.
Abg Zul terima kasih atas entri yang baik ini. Satu ilmu baru saya dapat hari ini.
Motivasi Kerja´s last blog ..Bolehkah Bekerja Tanpa Motivasi?
Wa’alaikumussalam. Sama-sama Motivasi Kerja..menda yang bagus memang tidak rugi jika dikongsikan
salam…..mungkin topik saya lain sket….macam mana nak buat…..soalan….interaktif….guna…dreamweaver…contoh mcm soalan interaktif di…teachersrock.net…..tima kasih…
Excellent post! I am just starting out in community management/marketing media and trying to learn how to do it well – resources like this post are incredibly useful. As our organization is dependent in the US, it?s all a little bit new to us. The example above is something that I worry about as well, how to show your personal genuine enthusiasm and share the fact that your product is helpful in that case.
Great post! I’m just starting out in community management/marketing media and trying to discover how to do it well – resources like this post are incredibly helpful. As our company is dependent in the US, it?s all a little bit new to us. The example above is something that I worry about as nicely, how to show your personal genuine enthusiasm and write about the truth that your item is useful in that situation.