Klik Di Sini Sekarang “7 Best Seller Video Series” 100% Percuma Untuk Anda!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Archive for the ‘ Teknik Pemasaran ’ Category

asas affiliate zarulumbrella REVIEW: Asas Affiliate (ZarulUmbrella)“Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma..”

Demikianlah siulan para remaja pada awal 90-an betapa mendayunya dendangan Zarul Umbrella. Kamu pun sure sedang hangat dilanda asmaradana kan pada masa tu :D ho..ho..ho..

Siapa sangka..aku lagi ler tak sangka sekarang bro Zarul telah menerbitkan sebuah panduan yang akan membantu khususnya di kalangan newbie untuk suksess dalam pemasaran affiliate. Pergh! Sekarang beliau telah menjadi IM la pulak..

Aku yakin bro Zarul bakal mencipta nama di persada IM di Malaysia!

Pertamanya aku nak mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah berjaya menerbitkan ebook setebal 55 muka surat ini iaitu “Asas Affiliate” sebuah panduan asas untuk menjadi affiliater yang berjaya. Aku dipahamkan bro Zarul mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan ebook pertamanya ini. Kedua, dah tentu terima kasih kerana sudi memberikan ebook ini percuma..walaupun beliau boleh menjual sekurang-kurangnya RM30!

Aku rasa kamu pon dah sedia maklum, pemasaran affiliate adalah platform terbaik untuk membuat duit di internet tanpa modal atau tanpa bersusah payah mencipta produk sendiri. Tafsiran paling simple, kamu menjadi agen mempromosikan produk orang lain & setiap jualan yang terhasil kamu akan dibayar komisyen. Biasanya produk digital komisyen memang sangat tinggi dari 30% sehingga 75%..sungguh lumayan kan?

Paling menarik tu sesiapa pun boleh menyertai pemasaran affiliate kerana tiada sebarang bayaran atau yuran dikenakan..percuma jer! Walau bagaimanapun ada juga sesetengah tu tokeynya mengenakan syarat seperti..mesti beli produk mereka dulu baru kamu boleh menyertai program affiliate ATAU disyaratkan kamu mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1000 mailing-list. Ada sesetengah tu hanya layak melalui jemputan khas jerk..

Dalam ebook “Asas Affiliate” ini hanya sedikit rasa terkilan aku kerana Zarul tidak menyertakan screenshot income beliau daripada menyertai program affiliate atau screenshot income daripada beberapa orang IM yang telah terbukti kejayaan mereka. Aku rasa dengan adanya bukti screenshot ini akan menyemarakkan lagi semangat dan keyakinan pembaca..betul tak? Harap versi 2.0 ebook nanti bro Zarul akan masukkan screenshot tersebut.

Walaubagaimana pun aku sangat merekomenkan kamu untuk download ebook percuma ni (bukan PPL ya) 100% F.O.C dan aku tidak mendapat keuntungan pon daripada review ini. Niat aku semata-mata untuk berkongsi sumber informasi yang berguna & bermanfaat untuk rakan pembaca blog aku nih ;) .  Tak caya..cuba tengok isi kandung ebook ini:

Prakata Penulis
Bab 1: Definisi & Pengenalan
Bab 2: Bagaimana Nak Mula?
Bab 3: Cari Produk & Pendaftaran
Bab 4: Promosi
Bab 5: Ke Arah Affiliater Yang Berdaya Saing
Bab 6: Kaunter Pertanyaan
Bab 7: Penutup

Untuk berjaya dalam pemasaran affiliate kamu kena ler sentiasa peka & kreatif serta tekun dalam melakukan promosi. Selain itu pastikan juga produk berkualiti & reputasi pemilik yang bagus. Kamu boleh mengesahkan perkara ini dengan bertanyakan di forum-forum IM dan sure ramai yang akan memberi pandangan.

Bro Zarul juga menerangkan dengan penyediaan tools atau alat sokongan tertentu akan melancarkan lagi usaha promosi (huraian lanjut anda perlu download ebook ini..). Paling best tu dia juga telah menyediakan tutorial (disertakan screenshot step-by-step) bagaimana nak membeli hosting & domain name, mendaftar sistem autoresponder AWeber..kemudian sedikit penerangan berkenaan squeezepage.

Kepada yang tak pernah mendaftar program affiliate, di sini Zarul telah memberikan satu contoh langkah-langkah (disertakan juga screenshot) mendaftar sebagai affiliater untuk salah satu produk affiliate yang terhangat di pasaran Malaysia. Aku yakin selepas ini kamu akan lebih paham bagaimana nak mendaftar menjadi agen pemasaran affiliate mana-mana produk pun terutamanya produk IM tempatan.

Terdapat 4 teknik paling effektif yang dihuraikan untuk mempromosikan program affilaite sehingga ramai yang telah berjaya menjana ribuan ringgit iaitu..

  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________

Antara topik yang sangat bagus untuk newbie adalah bagaimana nak membina kredibiliti yang akan meyakinkan bakal pembeli. Selain itu memberi bonus juga adalah teknik yang berkesan, tetapi Zarul tidak bersetuju jika memberikan bonus yang terlampau banyak khususnya ebook yang berbahasa inggeris untuk pasaran Malaysia kerana ini hanya akan menyesakkan hardisk pembeli sahaja & mereka tidak akan membaca semuanya! Sebagai alternatifnya Zarul telah mengesyorkan beberapa bentuk bonus yang unik & mampu mengatasi pesaing..???? Nak tau..kamu kena ler download ebook ini sekarang!

Untuk Bab ke 6 pada mulanya aku ingan amende ler “Kaunter Pertanyaan” hehehe..rupa-rupanya ia adalah FAQ dan ini juga amat menarik untuk memahamkan lagi jika kamu memang masih kabur akan program affiliate. Ramalan aku ler..Zarul sure akan menerbitkan buku bernichekan muzik selepas ni :) meletu-letup ler ebook tu kalau disertakan dengan program affiliate beliau sendiri nanti. Selamat berjaya untuk bro Zarul Umbrella & kalau dah ada produk affiliate sendiri nanti jangan lupa jemput aku ya :)

Soalan untuk bro Zarul..

Betul ke firasat aku bro akan terbit ebook Panduan Affiliate versi premium pulak?

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

P.S - Kamu nak buat duit dengan program affiliate? Tak tau bagaimana? Langkah pertama kamu adalah Klik Di Sini Sekarang Untuk Lubuk Duit Affiliate!!!

468x60 REVIEW: Asas Affiliate (ZarulUmbrella)

Popularity: 20% [?]

  • Share/Bookmark

Hari ini aku nak kongsi rakaman temubual Mohd Suhaimy atau Shuth iaitu founder forum WangCyber.com (komuniti usahawan internet yang paling popular di Malaysia) di rancangan “Respons, TV 1: Jutawan Internet”. Rancangan “Respons” adalah sebuah bual bicara terbitan tv1 yang disiarkan setiap hari pada pukul 6.oo pagi.

Rancangan temubual bersama Shuth ini adalah pada 30 April 2009. Aku sangat menggalakkan kamu tonton video ini sehingga habis kerana terlalu banyak tips kejayaan perniagaan internet & konsep buat duit dengan blog yang Shuth kongsikan. Kalau kamu masih keliru..Shuth ada menjelaskan perbezaan di antara perniagaan internet, pelaburan internet & program internet.

Selamat menonton & mencedok ilmu daripada pakar IM di Malaysia..

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca Zolkie dot Com. Anda juga boleh terus menonton video ini terus dari blog MohdSuhaimy.com & memang aku copy video ini daripada blog Shuth coz aku rasa video ini sangat-sangat bagus untuk dikongsikan bersama ;)

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

468x60 Shuth Tokey WangCyber Masuk TV La Pulak!

Popularity: 34% [?]

  • Share/Bookmark

Salam sukksess buat rakan pembaca setia Zolkie dot Com. Terima kasih masih sudi singgah di sini..dan singgah-singgah ler selalu banyak lagi yang akan saya kongsikan.

Kali ini saya nak berkongsi artikel yang sangat bagus dari Siri Panduan Newsletter Panduan Kejayaan Affiliate Eruwan Gerry, Jun 2009! Jika anda salah seorang rakan affiliate beliau..maka artikel ini telah tiba di Inbox email anda. Tetapi jika anda belum mengetahui akan kewujudan Program Affilaite Eruwan Gerry..saya sangat syorkan anda sertai sekarang juga! Sebabnya selain beliau adalah IM yang sangat berjaya baik di Malaysia mahupun di peringkat international..komisyen yang diberi juga adalah yang tertinggi di Malaysia. Anda boleh sertai pada link di bawah sekali artikel ini..

***********************************

Salah satu cara berkesan di dalam meningkatkan keuntungan di dalam pemasaran affiliate anda adalah dengan menggunakan kaedah review produk. Ramai internet marketers yang juga merupakan affiliate kepada orang lain mengetahui bahawa kaedah ini merupakan di antara kaedah yang paling berkesan di dalam mempromosikan sesuatu produk affiliate.

Sekiranya pengunjung atau subscriber mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap anda, maka mereka akan mempercayai review produk anda.

Anda boleh memberikan review untuk produk affiliate tersebut melalui email atau blog. Kedua-dua kaedah tersebut mempunyai kesan yang hampir sama. Review produk anda sepatutnya dapat memberikan sedikit gambaran kasar mengenai produk tersebut dan bagaimana ia boleh membantu pelanggan atau subscriber anda untuk mencapai sesuatu objektif.

Anda tidak perlu takut untuk memberitahu perkara-perkara yang tidak anda sukai mengenai sesuatu produk. Sebaliknya pengunjung atau subscriber anda akan dapat merasakan kejujuran anda dan review anda akan tampak lebih realistik dan bukannya berbunga-bunga memuji produk orang lain. Ini seterusnya akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang internet marketer yang berlaku jujur di dalam urusniaga anda.

Di samping itu, pengunjung yang berminat terhadap produk yang anda review sudah pasti ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kebaikan produk tersebut, apa yang tidak baik dan bagaimana produk tersebut akan dapat membantu mereka.

Di dalam melakukan review untuk sesuatu produk, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadikan promosi tersebut lebih berkesan dan akan membuahkan hasil yang lumayan untuk anda.

Pertamanya, anda perlu menulis seperti seorang pakar di dalam bidang anda.

Anda perlu ingat perkara penting ini: Rintangan disebabkan harga produk yang tinggi adalah berkadar terus kepada keyakinan pengunjung terhadap anda. Jika pengunjung mempercayai anda sebagai seorang pakar di dalam bidang anda, maka mereka akan lebih tertarik untuk mendapatkan produk tersebut. Namun demikian, jika pengunjung kurang keyakinan terhadap diri anda dan apa yang anda sampaikan, maka sudah tentu mereka tidak akan membeli produk yang telah anda sarankan.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan “aura” kepakaran ini? Cara paling mudah adalah dengan memberikan keunikan dan maklumat yang tidak boleh diperolehi daripada mana-mana laman web lain di dalam laman web atau email anda.

Elakkan sama sekali sebarang bentuk promosi yang berapi-api atau berbunga-bunga. Adalah lebih baik untuk mempromosikan sesuatu dengan yakin dan jelas daripada perlu mengapi-api berlebih-lebih untuk mempromosikan sesuatu produk. Ini perlu dilakukan agar anda menunjukkan sikap profesional yang akan menarik keyakinan pengunjung anda.

Anda perlu ingat; pengunjung dan subscriber anda bukannya bodoh! Mereka mungkin juga merupakan pakar di dalam bidang yang sama dengan anda dan mempunyai lebih maklumat daripada apa yang anda ada. Jika anda boleh menyampaikan review produk anda dengan disokong oleh data-data dan maklumat yang jelas, maka mereka dengan mudah akan sanggup mengeluarkan beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan produk tersebut. Jika anda tidak dapat memberikan maklumat sokongan yang jelas, maka dengan mudah mereka akan beralih kepada pesaing-pesaing anda yang mampu memberikan maklumat yang lebih jelas.

Semasa membuat review produk, adalah satu strategi yang baik untuk memberikan produk promosi secara percuma. Ramai internet marketers yang memberikan produk bonus untuk produk-produk jualan mereka sendiri tetapi tidak ramai yang mahu memberikan produk bonus kepada produk-produk affiliate yang mereka promosikan. Oleh itu, anda boleh memberikan tawaran yang menarik kepada pengunjung-pengunjung anda dengan memberikan tawaran bonus kepada mereka yang membeli daripada anda. Sebaik-baiknya, cuba berikan bonus percuma yang boleh membantu untuk mempromosikan produk utama yang sedang anda promosikan.

Satu perkara penting lagi, sebelum anda bertindak untuk membuat review produk dan mempromosikan sebarang produk terbaru kepada pengunjung dan subscriber anda, sebaik-baiknya anda mencuba sendiri produk tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan kebarangkalian anda mempromosikan produk-produk sampah yang boleh menjejaskan keyakinan pembeli anda untuk membeli lagi daripada anda di kemudian hari. Kesilapan kecil ini boleh menjejaskan reputasi anda untuk jangkamasa yang panjang. Sebaik-baiknya, cuma promosikan produk-produk yang anda betul-betul 100% yakin terhadap keberkesanannya.

“Jika anda mampu menghasilkan review produk yang mantap dan jelas, maka ia akan mampu menjana hasil yang berterusan untuk anda pada satu jangkamasa yang panjang”.

I

………………………………………………
Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com
………………………………………………

 Buat Duit Dengan Kaedah Review Produk

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 13% [?]

  • Share/Bookmark

panduan asas wordpress seo REVIEW: Panduan Asas Wordpress SEO
Penerbit: JurnalSEM.com | Harga: RM0.00 | Muka surat: 30

Hmm, macam tak percaya jer bila bro Amirul Faisyal nak bagi FREE laporan khas ‘Panduan Asas Wordpress SEO’ “Langkah Demi Langkah Optimasi SEO Untuk Laman Wordpress!” Biar betul..uisk memang betul beb 100% FREE takyah bayar!

Sebenarnya saya sangat menghargai produk bestseller Amirul ‘Sistem Rahsia v2.0′ yang saya beli tahun lepas & melalui pakej tu ler saya banyak memahami teknik atau strategi yang betul dalam membina perniagaan internet. Kerana itulah saya memberi jaminan kepada anda..produk-produk yang dihasilkan oleh Amirul memang sangat meyakinkan & berkualiti untuk dimiliki. Amirul tidak lagi menjual pakej ini, tetapi jika anda berminat untuk mendapatkannya boleh didapati daripada reseller yang sah..klik di sini!

Laporan khas ‘Panduan Asas Wordpress SEO’ ini adalah produk kedua daripada siri Panduan SEM terbitan JurnalSEM.com yang bermatlamatkan membantu di kalangan blogger terutamanya newbie untuk mengenali asas-asas di dalam SEM (Search Engine Marketing).  Panduan pertama yang saya sangat rekomenkan anda download juga adalah ‘Panduan Asas AdWords’ yang juga 100% FREE!

Oh, ya..JurnalSEM.com adalah laman hub yang memaparkan berita terkini dunia enjin carian, tips pemasaran melalui enjin carian (SEO dan PPC). Kerana itulah JurnalSEM telah menyediakan platform untuk anda mempelajari ilmu-ilmu pemasaran enjin carian dengan lebih mendalam & memang tidak dinafikan teknik ini adalah salah satu cara pemasaran terbaik di internet.

Baiklah, saya bukanlah pakar untuk menghuraikan secara details akan teknik pemasaran enjin carian. Tujuan utama entri kali ini adalah kesinambungan siri review saya kepada produk-produk terbaik terbitan IM tempatan yang terbukti reputasi mereka. Berbalik kepada ‘Panduan Asas Wordpress SEO’ secara personalnya saya bagi markah 7/10 kerana yang bakinya 3 lagi saya sedang menunggu ‘Panduan Advance SEO Worspress’ yang bakal dilancarkan di bawah JurnalSEM Premium!

Dalam versi percuma atau versi pengenalan ini anda akan dihidangkan nasik kandar 4 topik utama iaitu asas yang mau tak mau mesti anda kuasai & fahami kalau nak blog anda mesra enjin carian..

  • Wordpress – Sebuah CMS Yang Mesra Enjin Carian (Search Engine Friendly)
    Jika anda tanya mana-mana blogger pun di dunia ini, platform CMS (Content Management Systems) selain Joomla, Dupal..etc. Wordpress adalah antara yang terbaik dari segi ketidaksukaran robot/crawler enjin carian untuk membuat crowling pada kerangka (framework) mereka. Dalam topik ini Amirul telah menjelaskan 3 kelebihan-kelebihan ‘mesra enjin carian’ yang terdapat pada Wordpress iaitu..

    • ________________________?
    • ________________________?
    • ________________________?

crawler REVIEW: Panduan Asas Wordpress SEO

  • SEO – Optimasi Laman Web Untuk Enjin Carian
    Memahami langkah ini adalah sangat penting jika mahu blog anda dalam senarai kedudukan tertinggi di keputusan carian (SERP – Search Engine Results Page). Anda akan diterangkan 2 bahagian proses SEO yang mesti anda fahami  iaitu Optimasi dalam laman (On-page optimization) & Optimasi luar laman (Off-page omtimization). Dengan bantuan grafik atau diagram dalam panduan ini, ianya sangat mudah untuk difahami oleh sesiapa pun..dan jika anda ingin menguasai teknik ini kena ler download panduan ini sekarang!
  • Asas-asas Optimasi Dalam Laman (On-Page Optimization) Wordpress
    Teknik ini cuma berkesan & praktikal jika anda menggunakan platform Wordpress yang dipasang di server hosting milik anda sendiri (atau syarikat penyedia hosting). Anda boleh dapatkan panduan ‘Pasang Sendiri Blog Anda Langkah Demi Langkah’ dengan klik di sini..! Tetapi tidak sesuai untuk laman-laman penyedia blog percuma Worpress seperi Worpress.com atau yang seumpamanya! Amirul tanpa segan silu (heheheh..) telah membuka pekung di dada jalan kepada anda untuk memahami teknik ini dengan langkah demi langkah yang diajarkan dalam panduan ini & di antaranya..

    • Optimasi Dalaman #1 – Mengubah setting permalinks yang lebih mesra enjin carian dan mendapat ranking yang baik pada SERP.
    • Optimasi Dalaman #2 – Menentukan Penggunaan WWW atau Non-WWW pada laman web Wordpress anda..kenapa & apa kelebihannya ya???
    • Optimasi Dalaman #3 – Memasang plugin ‘All In One SEO’ untuk memudahkan anda membina Title tag, Meta descriptions & Meta keywords dalam SEO.
    • Optimasi Dalaman #4 – Memasang plugin ‘XML Sitemap’ kerana ini penting untuk memudahkan robot enjin carian membuat crawling kepada mana-mana laman yang masih tidak di-indeks.
    • Optimasi Dalaman #5 – Memasang plugin ‘Yet Another Related Posts’
    • Optimasi Dalaman #6 – Memasang plugin ‘Bookmark/Tell A Friend/Share’ yang mana ia berfungsi untuk pelawat blog anda membuat bookmark di laman bookmarking online pilihan mereka & memberi pilihan untuk pelawat berkongsi entri blog Wordpress dengan pihak lain melalui email.
    • Optimasi Dalaman #7 – Optimasi Imej yang sering diabaikan oleh blogger. Amirul menjelaskan 2 sebab utama mengapa anda perlu melakukan langkah ini di blog Wordpress & 2 tips penting dalam melakukannya.
    • Optimasi Dalaman #8 – Membina fail Robots.txt iaitu huraian lengkap ‘Apa Itu Robots.txt‘..‘Bagaimana Robots.txt Berfungsi‘..’Kenapa Saya Perlukan Robots.txt’..‘Kandungan Yang Perlu Ada Di Dalam Robots.txt’
  • Asas-Asas Optimasi Luar Laman (Off-Page Optimization) Wordpress
    Dalam topik terakhir ini Amirul tidak menghuraikannya dengan details seperti Asas-Asas Optimasi Dalaman kerana topik link building yang diterangkan secara ringkas di dalam topik ini adalah di luar konteks SEO Wordpress. Walaubagaimana pun beliau ada menyenaraikan 4 tips yang akan membantu anda di dalam mendapatkan link dari laman-laman web lain..! Err..apa ler 4 tips tu ye? Cuba teka..????

Okey..demikanlah al-kesahnya pandangan personal saya terhadap ‘Panduan Asas Wordpress SEO’ “Langkah Demi Langkah Optimasi SEO Untuk Laman Wordpress!”. So, jika anda rasa laporan khas yang disediakan oleh JurnalSEM.com ini sangat berfaedah & bermanfaat untuk merealisasikan impian anda selama ini untuk mendapat ranking yang baik di kedudukan SERP harap jangan ler segan silu untuk mendownload panduan ini sekarang!

panduan asas wordpress seo crop REVIEW: Panduan Asas Wordpress SEO

[Klik Imej Untuk Download!]

Sebagai penutup, saya kongsikan Mission Statement JurnalSEM di sini..

“Mengembangkan industri pemasaran melalui enjin carian di Malaysia untuk pemilik-pemilik laman web perniagaan dengan memberi pendidikan dan liputan yang secukupnya berkenaan topik pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing).”

Anda juga dijemput sertai Kumpulan Pengguna Wordpress Malaysia di Facebook dan boleh klik di link ini http://www.facebook.com/group.php?gid=90469796182

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

468x60 REVIEW: Panduan Asas Wordpress SEO

Popularity: 26% [?]

  • Share/Bookmark

Boleh ke buat duit dengan forum? Jawapannya memang ler boleh kalau kena dengan teknik dan taktiknya. Kebanyakan jualan yang saya dapat pun hasil daripada berforum. Soalannya pula, bagaimana?

Forum yang dimaksudkan di sini ‘Internet Forum’ & bukannya sidang forum kat dewan-dewan besar tu! Kalau nak tau lebih details maksud ‘Internet Forum’ anda boleh rujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_forum

Dalam perniagaan internet, kaedah mempromosikan produk melalui forum adalah strategi yang sangat berkesan & diamalkan oleh setiap IM baik di Malaysia mahupun seantero dunia. Jangan terkejut kalau ada di kalangan mereka berjaya menjana ribuan ringgit dalam tempoh 24 jam tanpa menggunakan laman web jualan, tanpa kos promosi & hanya dengan berforum!

So, berita gembiranya tak pandai bina web jualan pun anda mampu buat duit di internet..yang penting anda mestilah aktif bersukan joint forum-forum yang terbukti berkualiti.  Maksudnya anda kena pastikan forum tersebut aktif..setiap hari sentiasa ada perbincangan atau post-post baru di situ. Malah sentiasa ada ahli-ahli baru yang mendaftarkan diri untuk sertai komuniti. Antara contoh forum tempatan yang sentiasa aktif dan ‘berkaliber’ adalah WangCyber.com, TanyaSifu.com, NoGold.com, JomBincang.com, BicaraJutawan.com, Bincang.Net, TokeiKedai.Net, Mesra.Net..dan banyak lagi yang anda boleh search sendiri. Manakala forum international yang popular adalah seperti WarriorForums.com, DigitalPoint.com..etc.

Ingat lagi..semasa saya mula-mula kenal dengan ‘Internet Forum’ masa tu memang blur tak tau apa-apa. Tujuan saya daftar forum-forum tu semata-mata nak cari awek buat promosi produk & program-program buat duit yang saya sertai..alah program yang sistem derma-menderma tu ler, matriks, bayar RM50 boleh dapat juta-juta..dan yang seketurunannya ler!! Main hentam keromo jerk post..buat promosi gila-gila..buka thread ‘nak jadi jutawan cara mudah’, buat bumping, buat hijacking, letakkan link affiliate dalam post..dan senang cakap aktiviti SPAMMING ler!! Kui..kui..kui…memang kena kutuk ler dengan komuniti forum kat situ pasal menggangu kedaulatan negara ketenteraman warga forum! Itu ler masalahnya kalau daftar tak baca dulu ‘undang-undang’ berforum & tak menghormati ‘etika IM’..salah tu beb!! Boleh masuk ISA tu..paling tak pun kena buang daerah! Har..har..har..!

Ok, apa paling penting sebelum anda joint mana-mana forum kena baca dulu etika berforum atau undang-undang berforum yang disediakan oleh admin. Cari forum yang sesuai dengan niche atau selari dengan perniagaan internet yang anda sedang buat atau produk yang anda hendak promosi. Jangan pulak anda jual bunga tapi joint pula forum yang perbincangan isu kambing! Memang susah ler nak dapat jualan..ada tu mungkin ada tapi sikit tak berbaloi, melainkan anda jual bunga untuk dimakan kambing mungkin ok :)   Setelah anda joint.. perkara yang perlu anda ambik perhatian adalah ‘Membina Kredibiliti’ atau ‘Membina Reputasi’ diri anda untuk menarik kepercayaan & keyakinan di kalangan komuniti forum agar lebih mudah anda mendapat jualan atau buat duit di forum. Apabila anda dipercayai..buat duit di forum bukan lagi masalah besar! Anda tidak perlu cari pelanggan, tetapi pelangan yang akan cari anda..

Perkara-perkara yang perlu anda titik beratkan adalah:

  • Nickname -  Pilih nama samaran anda yang simple & mudah diingati. Ini sama ler seperti kehidupan harian anda ada nama panggilan atau nama mesra tersendiri. So, dengan nickname ni anda akan dapat menjalin kemesraan di kalangan ahli-ahli forum yang lain. Contohnya, saya sendiri menggunakan nickname ‘abgzol’..sejarahnya masa kerja dulu di kalangan rakan-rakan ofis yang lebih muda dari saya panggil abgzol & dari situ ler saya pun mendaftar email personal dengan nickname abgzol sehingga kini..seterusnya digunakan pula di forum-forum yang saya sertai. Pastikan nickname anda tidak ‘berserabut’ contohnya ‘aku_budak_18SX_jutawan_cyber’ Pergh!  Susah bebenor nak ingatnya..cukup ler kalau sekadar ‘jutawancyber’ kan simple & senang nak ingat. Ia juga menggambarkan personaliti anda. Selain itu anda boleh juga menggunakan nama syarikat atau laman web anda seperti  nickname usahawan internet..SaifulSham (www.SaifulSham.com) atau SmartUsaha (www.SmartUsaha.com)
  • Avatar – Anda boleh menggunakan logo syarikat anda sebagai avatar, gambar hensem anda sendiri..atau juga gambar produk. Saya menggunakan gambar sendiri & gambar ini juga saya gunakan di laman-laman web jualan saya..malah digunakan juga sebagai favico.ico (yang anda boleh nampak dalam browser sebelum http://…). Jangan pandang remeh pada avatar ni..sebab ia akan menggambarkan imej & identiti anda. Malah anda boleh buat duit dengan avatar..di forum-forum luar negara mereka buat duit dengan avatar disewakan kepada orang lain yang mana avatar mereka mempunyai nilai komersial yang tinggi. Forum-forum tempatan saya kurang pasti ler sama ada kaedah sewa avatar ni sudah diguna pakai atau belum. Nilai klik anda juga meningkat kalau avatar anda berjaya menarik perhatian ahli-ahli lain untuk klik avatar untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri atau produk anda.
  • Signature (Siggy) – Ini adalah elemen yang paling penting dalam forum. Saya sendiri, malah majority IM mendapat jualan yang tinggi daripada signature! Seperti avatar..anda juga boleh buat duit dengan menyewakan siggy anda kepada orang lain. Siggy adalah teknik & strategi paling berkesan dalam forum untuk mendapat jualan yang tinggi. Paling mustahak siggy anda kenalah unik & berjaya menarik perhatian pengunjung forum untuk klik bagi mendapat info lanjut apa yang anda promosikan. Contoh siggy yang biasa dibuat: http://www.WebAnda.com/produk ATAU “Produk 18SX Paling Hebat Yang Akan Membuatkan Isteri Anda Tersenyum Sepanjang Hari Kepuasan!”. Rasa-rasanya..siggy yang mana akan lebih menarik perhatian anda untuk klik? Anda sendiri tau jawapannya..dan itulah ‘kuasa siggy’ yang akan menjana keuntungan kepada anda! (sesetangah forum selepas daftar anda terus boleh buat siggy, tetapi ada juga dengan syarat anda perlu aktif dengan buat post sekian banyak..baru ler boleh aktifkan siggy anda)

  • Perkenalkan Diri – Bahagian ini yang sering dilupakan oleh kebanyakan ahli forum. Jangan pandang ringan perkara ini kerana dengan memperkenalkan diri anda akan meningkatkan lagi reputasi & keyakinan prospek atau ahli komuniti yang lain terhadap servis anda. Setiap forum biasanya ada ruangan khas untuk anda memperkenalkan diri..dan gunakan sebaik-baiknya perkenalkan biodata yang dengan jujur & jangan sekali-kali menipu!

Baiklah, itu adalah 4 perkara penting yang mesti anda utamakan kalau hendak buat duit di forum! Dan bahagian terakhir ini..juga sangat penting kalau anda nak kekal dikenali sebagai ahli yang berkaliber & supaya tidak dipulau oleh ahli-ahli aktif yang lain. JANGAN sekali-kali melakukan perkara ini:

  • Sengaja membuka banyak akaun dengan nickname yang berbeza-beza semata-mata nak buat promosi produk berbeza atau sengaja nak buat kacau di forum. Jangan nak menipu coz admin dan para moderator boleh mengenali anda & mendedahkan personaliti anda yang sebenar. Malah anda juga akan disenarai hitamkan..ini sangatlah merugikan & sukar untuk anda dipercayai lain kali.
  • Ramai di kalangan newbie..tidak membuat ‘search’ dahulu akan topik-topik atau post yang nak dibuka. Ini mengundang ‘post duplikasi’ & menimbulkan kemarahan kepada ahli komuniti yang lain. Ye la, sama juga dalam kehidupan anda seharian..kalau anda bertanyakan soalan yang sama sehingga 10 kali tidak kah orang yang anda tanya tu akan marah? So, pastikan sebelum anda bertanya soalan atau buat post..search dulu di forum tu sama ada topik tersebut dah ada atau belum. Kalau dah ada..anda hanya perlu post/reply pertanyaan anda dalam thread yang sama.
  • Kesalahan yang sering dilakukan oleh orang baru adalah..memasukkan ‘link affiliate’ dalam post yang dihantar. Itu adalah kesalahan besar dalam etika berforum..melainkan anda memang masuk ke dalam thread khas contohnya bahagian Pengiklanan atau Promosi Produk Anda.
  • SPAMMING! Jangan sekali-kali lakukan aktiviti ini kerana anda akan di black-list kan selama-lamanya! Rugi wooo untuk masa depan anda..
  • ‘Hijacking’ iaitu anda sengaja membuat post lari daripada topik asal pada thread orang lain semata-mata untuk menarik perhatian pengunjung klik pada thread anda!
  • ‘Bumping’ atau sengaja mengulangi tawaran hebat anda sama ada pada thread orang lain atau thread yang anda buka sendiri..jangan ‘bump’ ok kalau anda nak kekal dipecayai di forum tersebut.

OK! Panjang perkongsian saya pada hari ini..kalau nak diikut lagi besar topik buat duit dengan forum ini boleh dihuraikan..tapi cukup ler setakat ini dulu perkara yang penting harus anda fahami dalam menjana WANG BESAR di forum.

(Anda boleh menggunakan artikel ini & letakkan di blog anda dengan syarat anda mengekalkan kandungan asal & masukkan kredit link berikut: http://www.zolkie.com/blog )

Jika anda benar-benar serius nak BUAT DUIT dengan forum saya sangat menyarankan anda mendapatkan produk terbaru otai IM Malaysia iaitu SmartZul yang khusus mengajar anda langkah-langkah & strategi yang betul dalam memaksimakan kelebihan ‘KUASA FORUM’ dalam melariskan produk anda:

kuasaforum 1 Buat Duit Dengan Forum!

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 9% [?]

  • Share/Bookmark