Klik Di Sini Sekarang “7 Best Seller Video Series” 100% Percuma Untuk Anda!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Archive for the ‘ Perniagaan Internet ’ Category

Assalammu’alaikum wbth & Salam hormat,

Pada pagi ini aku telah mendapat email daripada admin Kuasa100.com bro Ayoy dan  secara jujurnya beliau telah menjelaskan keputusan beliau untuk menarik diri sekaligus berhenti daripada mempromosikan Kuasa100.com ATAU Infinitydownline.com. Pada mulanya terkejut juga aku dengan keputusan drastik beliau ini..mana tidaknya sebagai admin dah tentu bro Ayoy mampu menjana ribuan ringgit daripada program yang telah beliau perjuangkan.

Setelah meneliti email tersebut..aku turut akur & aku bersetuju dengan keputusan nekad bro Ayoy. Aku TIDAK marah sama sekali kat beliau malah aku memuji tindakan yang telah dibuat walaupun aku dah laburkan RM100 untuk joint Kuasa100.com pada akhir Februari yang lepas. Aku menyertai Kuasa100.com @ Infinitydownline bukan semata-mata kerana program buat duit mereka tatapi kerana ingin akses ke library audio & video di situ kerana banyak yang aku nak pelajari. Oleh kerana mereka telah menyediakan progam atau pelan pemasaran buat duit di internet dah tentu secara tak langsung aku turut mempromosikan program tersebut!

Tentu kamu masih ingat yang sebelum ini aku pernah buat artikel di sini bertajuk “Rahsia Lubuk Video & Lubuk Duit Di Internet” dan artikel ini turut mempromosikan Kuasa100.com @ Infinitydownline.com maka di sini secara terbuka aku juga mengikut jejak langkah bro Ayoy untuk TIDAK lagi mempromosikan program atau produk ini. Kenapa? Aku tidak akan menghujahkan sebab-musababnya di sini kerana aku tidak arif dalam hukum-hakam atau halal-haramnya sesuatu produk atau program tersebut.

Tetapi keputusan ini dibuat berlandaskan artikel yang telah di keluarkan oleh Ustaz Zaharuddin di blog beliau bertajuk “Status Hukum Infinity Downline @ login Facebook Dapat RM100″. Beliau adalah pakar kewangan Islam dan apa yang beliau hujahkan sudah tentu berlandaskan nas-nas yang sahih. Kamu boleh terus membaca artikel ini pada pautan berikut http://www.zaharuddin.net/content/view/915/32/

Maka sekali lagi secara terbuka aku di sini memohon maaf kepada rakan-rakan yang telah membaca artikel aku sebelum ini kerana turut mempromosikan Kuasa100.com atau Infinitydownline.com dan aku juga telah MENDELETE artikel serta banner yang telah aku masukkan di blog ini.

MORAL: Berhati-hati dengan program buat duit di internet. Jangan main terjah jer walaupun produknya agak bagus..tetapi program di sebaliknya mungkin bercanggah dengan prinsip & hukum. Ini pengajaran paling berguna untuk aku :-( uhuk..uhuk…

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 13% [?]

  • Share/Bookmark

asas affiliate zarulumbrella REVIEW: Asas Affiliate (ZarulUmbrella)“Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma..”

Demikianlah siulan para remaja pada awal 90-an betapa mendayunya dendangan Zarul Umbrella. Kamu pun sure sedang hangat dilanda asmaradana kan pada masa tu :D ho..ho..ho..

Siapa sangka..aku lagi ler tak sangka sekarang bro Zarul telah menerbitkan sebuah panduan yang akan membantu khususnya di kalangan newbie untuk suksess dalam pemasaran affiliate. Pergh! Sekarang beliau telah menjadi IM la pulak..

Aku yakin bro Zarul bakal mencipta nama di persada IM di Malaysia!

Pertamanya aku nak mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah berjaya menerbitkan ebook setebal 55 muka surat ini iaitu “Asas Affiliate” sebuah panduan asas untuk menjadi affiliater yang berjaya. Aku dipahamkan bro Zarul mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan ebook pertamanya ini. Kedua, dah tentu terima kasih kerana sudi memberikan ebook ini percuma..walaupun beliau boleh menjual sekurang-kurangnya RM30!

Aku rasa kamu pon dah sedia maklum, pemasaran affiliate adalah platform terbaik untuk membuat duit di internet tanpa modal atau tanpa bersusah payah mencipta produk sendiri. Tafsiran paling simple, kamu menjadi agen mempromosikan produk orang lain & setiap jualan yang terhasil kamu akan dibayar komisyen. Biasanya produk digital komisyen memang sangat tinggi dari 30% sehingga 75%..sungguh lumayan kan?

Paling menarik tu sesiapa pun boleh menyertai pemasaran affiliate kerana tiada sebarang bayaran atau yuran dikenakan..percuma jer! Walau bagaimanapun ada juga sesetengah tu tokeynya mengenakan syarat seperti..mesti beli produk mereka dulu baru kamu boleh menyertai program affiliate ATAU disyaratkan kamu mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1000 mailing-list. Ada sesetengah tu hanya layak melalui jemputan khas jerk..

Dalam ebook “Asas Affiliate” ini hanya sedikit rasa terkilan aku kerana Zarul tidak menyertakan screenshot income beliau daripada menyertai program affiliate atau screenshot income daripada beberapa orang IM yang telah terbukti kejayaan mereka. Aku rasa dengan adanya bukti screenshot ini akan menyemarakkan lagi semangat dan keyakinan pembaca..betul tak? Harap versi 2.0 ebook nanti bro Zarul akan masukkan screenshot tersebut.

Walaubagaimana pun aku sangat merekomenkan kamu untuk download ebook percuma ni (bukan PPL ya) 100% F.O.C dan aku tidak mendapat keuntungan pon daripada review ini. Niat aku semata-mata untuk berkongsi sumber informasi yang berguna & bermanfaat untuk rakan pembaca blog aku nih ;) .  Tak caya..cuba tengok isi kandung ebook ini:

Prakata Penulis
Bab 1: Definisi & Pengenalan
Bab 2: Bagaimana Nak Mula?
Bab 3: Cari Produk & Pendaftaran
Bab 4: Promosi
Bab 5: Ke Arah Affiliater Yang Berdaya Saing
Bab 6: Kaunter Pertanyaan
Bab 7: Penutup

Untuk berjaya dalam pemasaran affiliate kamu kena ler sentiasa peka & kreatif serta tekun dalam melakukan promosi. Selain itu pastikan juga produk berkualiti & reputasi pemilik yang bagus. Kamu boleh mengesahkan perkara ini dengan bertanyakan di forum-forum IM dan sure ramai yang akan memberi pandangan.

Bro Zarul juga menerangkan dengan penyediaan tools atau alat sokongan tertentu akan melancarkan lagi usaha promosi (huraian lanjut anda perlu download ebook ini..). Paling best tu dia juga telah menyediakan tutorial (disertakan screenshot step-by-step) bagaimana nak membeli hosting & domain name, mendaftar sistem autoresponder AWeber..kemudian sedikit penerangan berkenaan squeezepage.

Kepada yang tak pernah mendaftar program affiliate, di sini Zarul telah memberikan satu contoh langkah-langkah (disertakan juga screenshot) mendaftar sebagai affiliater untuk salah satu produk affiliate yang terhangat di pasaran Malaysia. Aku yakin selepas ini kamu akan lebih paham bagaimana nak mendaftar menjadi agen pemasaran affiliate mana-mana produk pun terutamanya produk IM tempatan.

Terdapat 4 teknik paling effektif yang dihuraikan untuk mempromosikan program affilaite sehingga ramai yang telah berjaya menjana ribuan ringgit iaitu..

  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________
  • Promosi melalui __________

Antara topik yang sangat bagus untuk newbie adalah bagaimana nak membina kredibiliti yang akan meyakinkan bakal pembeli. Selain itu memberi bonus juga adalah teknik yang berkesan, tetapi Zarul tidak bersetuju jika memberikan bonus yang terlampau banyak khususnya ebook yang berbahasa inggeris untuk pasaran Malaysia kerana ini hanya akan menyesakkan hardisk pembeli sahaja & mereka tidak akan membaca semuanya! Sebagai alternatifnya Zarul telah mengesyorkan beberapa bentuk bonus yang unik & mampu mengatasi pesaing..???? Nak tau..kamu kena ler download ebook ini sekarang!

Untuk Bab ke 6 pada mulanya aku ingan amende ler “Kaunter Pertanyaan” hehehe..rupa-rupanya ia adalah FAQ dan ini juga amat menarik untuk memahamkan lagi jika kamu memang masih kabur akan program affiliate. Ramalan aku ler..Zarul sure akan menerbitkan buku bernichekan muzik selepas ni :) meletu-letup ler ebook tu kalau disertakan dengan program affiliate beliau sendiri nanti. Selamat berjaya untuk bro Zarul Umbrella & kalau dah ada produk affiliate sendiri nanti jangan lupa jemput aku ya :)

Soalan untuk bro Zarul..

Betul ke firasat aku bro akan terbit ebook Panduan Affiliate versi premium pulak?

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

P.S - Kamu nak buat duit dengan program affiliate? Tak tau bagaimana? Langkah pertama kamu adalah Klik Di Sini Sekarang Untuk Lubuk Duit Affiliate!!!

468x60 REVIEW: Asas Affiliate (ZarulUmbrella)

Popularity: 20% [?]

  • Share/Bookmark

panduan asas buat duit diinternet REVIEW: Panduan Asas Buat Duit Melalui InternetPPL: Panduan Asas Buat Duit Melalui Internet
Penganjur: Team Aspirasi Cyber
Komisyen: RM0.25
Tarikh Tamat: 2000 leads tercapai
Minimum Payout: RM7.50 (30 leads)

Pada 23 Julai 2009 satu lagi program pay-per-lead dilancarkan oleh team Aspirasi Cyber & akan berakhir setelah mencapai 2000 leads. Setiap leads yang berjaya kamu bawa akan di bayar RM0.25 dan kamu berhak mendapat bayaran jika berjaya membawa 30 leads ke laman web download ebook “Panduan Asas Buat Duit Melalui Internet”.

Semasa download ebook ini anggapan pertama aku sure isi kandungnya sama jer dengan lambakan ebook percuma yang lain di pasaran. Dari segi asasnya memang tidak jauh bezanya. Tapi ebook ini ada keistimewaannya tersendiri. Rentak penyampaian yang ringkas & kupasan topik-topik yang berkaitan langkah awal untuk menjana pendapatan di internet sangat sesuai untuk golongan yang hendak bermula membina perniagaan di internet atau sesiapa sahaja yang nak merasa buat duit di internet.

Bermula daripada huraian mengapa kamu harus memulakan perniagaan internet sehinggalah perbincangan langkah-langkah mudah untuk kamu memulakan perniagaan internet sendiri diterangkan dengan begitu bersahaja, straight to the point & sesiapa sahaja pasti akan memahaminya. Topik terakhir adalah intipati ebook ini yang mana kamu akan dipersembahkan “20 Idea Buat Duit Dari Internet” yang mana pendedahan ini pasti akan membuka mata kamu mengetahui betapa banyaknya peluang buat duit di internet yang belum diterokai semaksimanya!

Dalam bab pengenalan kamu akan diterangkan “Mengapa Perniagaan Internet Menjadi Pilihan” jutaan orang menjana pendapatan pada masa sekarang baik secara full-time atau part-time. Antara topik yang akan dihuraiakan adalah kerana perniagaan internet..

  • Modal Rendah
  • Waktu Kerja Yang Fleksibel
  • Bekerja Dari Rumah
  • Pasaran Antarabangsa
  • Perniagaan Yang Automatik/Autopilot
  • Tidak Perlu Bekerja 8 Jam Sehari
  • Meluangkan Masa Bersama Keluarga & Rakan
  • Perniagaan Online Anda Dari Hobi & Minat
  • Kos Bulanan Yang Rendah
  • Lebih Dari Satu Perniagaan
  • Pasaran Yang Semakin Meluas

Untuk membaca huraian yang lebih lanjut kamu boleh download sekarang dengan klik di sini..!!

Manakala bab kedua pula menyentuh “Asas-asas Perniagaan Internet” yang mana kamu akan dapat memahami beberapa topik yang wajib kamu fahami seperti..

  • Apakah Domain Name?
  • Apakah Itu Website?
  • Apakah Web Browser?
  • Apakah Email?
  • Apakah Web Hosting?
  • Apakah Autoresponder?
  • Apakah Itu FTP?
  • Penjelasan beberapa istilah penting seperti Cybernaut, Download, Encrypted Message, FAQ, File, Java, Log-on, Mailing-list, Newsgroup & URL.

Untuk membaca huraian yang lebih lanjut kamu boleh download sekarang dengan klik di sini..!!

Seterusnya bab ketiga “Cara Mudah & Ringkas Untuk Memulakan Perniagaan Internet – Langkah Demi Langkah” ini adalah sangat penting jika kamu berimpian untuk membina perniagaan internet sendiri & ingin menjana pendapatan lumayan di internet. Kupasan penulis merangkumi topik-topik..

  • Menetapkan Matlamat Perniagaan Online Anda
  • Apakah Produk & Servis Yang Boleh Dijual Di Internet?
  • Bagaimana Kalau Tidak Mempunyai Produk?
  • Mulakan Sekarang
  • Memilih Jenis Perniagaan
  • Domain & Hosting
  • Membina Website Yang Ringkas & Profesional
  • Cipta USP (Unique Selling Proposition)
  • Menulis Surat Jualan (Sales Letter)
  • Online Payment Processor
  • Marketing
  • Tracking Sales
  • Menjual Ruang Iklan di Newsletter/Website
  • Menjadi Reseller Produk

Bab terakhir adalah intipati ebook ini yang akan mendedahkan kepada kamu “20 Idea Buat Duit Dari Internet” dan untuk membaca keseluruhan bab & topik di atas kamu tidak harus ragu-ragu lagi untuk download ebook “Panduan Asas Buat Duit Melalui Internet” hari ini juga! Jangan lupa dengan memuat-turun percuma ebook ini kamu juga berpeluang untuk memulakan langkah pertama buat duit di internet iaitu dengan mendaftar sebagai agen affiliate. Setiap leads yang berjaya kamu bawa ke laman pendaftaran untuk download kamu akan di bayar RM0.25!!!

>> YA ZOLKIE, SAYA MAHU DOWNLOAD SEKARANG JUGA!!! <<

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

468x60 REVIEW: Panduan Asas Buat Duit Melalui Internet

Popularity: 33% [?]

  • Share/Bookmark

Kali ini aku nak berkongsi dengan kamu tips yang sangat berguna khususnya jika kamu baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Terus terang aku akui tips ini aku copy & paste 100% daripada email yang dihantar oleh rakan IM aku iaitu Mazli Nadzri yang sekarang sedang suksess dalam niche beliau graphic design.

Aku telah mendapat kebenaran daripada Mazli untuk memuatkan artikel ini di blog aku & dikongsikan dengan kamu. Bak kata omputih “Sharing is Caring”..terima kasih Mazli.

(Psstt..kalau kamu tersenarai dalam mailing-list Mazli Nadzri, kamu juga telah menerima email ini)

—————————————————————————————————————————————————-

from: Mazlie Nadzri
to: Zolkie
date: Wed, Jun 3, 2009 at 11:55 PM
subject: Tips&Panduan : Tiada lagi hasil? Mungkin berikut antara sebabnya…

1. Tidak tahu dimana kekuatan/minat Zolkie

Selalunya kita gagal sebab apa yang kita buat bukanlah datang dari jiwa kita sendiri. Banyak yang GAGAL buat kerana orang lain. Maksudnya, ‘terpengaruh’ dengan kejayaan orang lain.

Saranan saya, jangan mudah terpengaruh. Kalau dapat, cari rakan yang boleh selidik dimana kekuatan Zolkie.

Saya, sebelum ini, macam-macam buat, buat web sewa iklan, buat adsense, semuanya tak menjadi.

Kemudian, sahabat saya sarankan saya buat design, dan kini, alhamdulilah, inilah sumber pendapatan saya sekarang disamping menyertai program affiliate dan produk sendiri.

2. Fokus

Kemudian adalah FOKUS. Jangan ghairah mencuba perkara yang banyak dalam satu-satu masa. Saya pekakkan sahaja telinga mendengar kisah orang yang berjaya dengan Clickbank, eBAY dan sebagainya. Bukan iri hati tetapi saya fikir saya harus tetap dengan apa yang saya sedang buat sekarang.

Saya tak nak benda lain menganggu FOKUS saya. Kalau anda sedang belajar Clickbank berikan komitmen 110% tanpa perlu memandang kiri dan kanan anda. Jangan tamak.

3. Kaedah

Ini salah satu perkara yang penting juga, kalau kaedah anda salah, bagaimana anda hendak berjaya mendapatkan duit di internet.

Kalau mempromosikan produk sendiri/affiliate dengan kaedah SPAM, bagaimana mahu mendapat hasil yang diharapkan. Orang naik menyampah adalah. Salah satu kaedah yang berkesan adalah membina mailing list anda sendiri.

4. Promosi

Ini nadi perniagaan. Promosilah dengan pelbagai cara. Juga, lihat dimana tempat anda ingin promosi sesuatu produk.
Adakah ‘tempat’ berkenaan sesuai untuk produk anda? Saya selalu lihat kadang-kadang sesetengah orang promosi membuta tuli.

Contohnya, saya ahli berdaftar di forum multimedia, saya lihat ada ahli yang baru mendaftar, terus mempromosikan produk yang tiada langsung kaitan dengan forum tersebut. Alih-alih, kena warning dengan ahli forum. Jadi, lihat dimana anda ingin membuat promosi, pastikan ianya adalah tempat yang betul

5. Ingin mudah

Dalam hati bukan main hebat ingin mendapatkan sekian, sekian jumlah, tetapi MALAS atau KEDEKUT mencari ilmu. Malas mengeluarkan modal. Mereka mudah meminta tanpa usaha. Malas nak mencari sebelum bertanya. Jangan bergantung 100% dengan orang lain.

Carilah RM1 dahulu, kemudian barulah target sedikit demi sedikit. Ianya untuk memastikan motivasi anda berterusan.

Itu antara sebab mengapa anda tidak berjaya mendapat hasil di internet. Ianya juga pesanan untuk diri saya sendiri. Sama-sama kita memperbaiki apa yang silap.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri | http://mazlienadzri.com/

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

468x60 Tiada lagi hasil? Mungkin berikut antara sebabnya...

Popularity: 58% [?]

  • Share/Bookmark

Hari ini aku nak kongsi rakaman temubual Mohd Suhaimy atau Shuth iaitu founder forum WangCyber.com (komuniti usahawan internet yang paling popular di Malaysia) di rancangan “Respons, TV 1: Jutawan Internet”. Rancangan “Respons” adalah sebuah bual bicara terbitan tv1 yang disiarkan setiap hari pada pukul 6.oo pagi.

Rancangan temubual bersama Shuth ini adalah pada 30 April 2009. Aku sangat menggalakkan kamu tonton video ini sehingga habis kerana terlalu banyak tips kejayaan perniagaan internet & konsep buat duit dengan blog yang Shuth kongsikan. Kalau kamu masih keliru..Shuth ada menjelaskan perbezaan di antara perniagaan internet, pelaburan internet & program internet.

Selamat menonton & mencedok ilmu daripada pakar IM di Malaysia..

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca Zolkie dot Com. Anda juga boleh terus menonton video ini terus dari blog MohdSuhaimy.com & memang aku copy video ini daripada blog Shuth coz aku rasa video ini sangat-sangat bagus untuk dikongsikan bersama ;)

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

468x60 Shuth Tokey WangCyber Masuk TV La Pulak!

Popularity: 34% [?]

  • Share/Bookmark

Online ShoppingJika anda pernah membeli-belah online, ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Di Eropah konsep Online Shopping ni adalah rutin bagi mereka untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Mana tidaknya, tak payah keluar rumah..hanya order di depan PC, pilih barang nak beli..klik-klik-klik (huhuhu..mcm iklan bayar cukai tanah kat tv tu pulak)..buat bayaran online & barangan yang dipesan terus dihantar ke rumah. Jimat tenaga, jimat duit minyak kereta, jimat duit tol..dan selamat daripada kena ragut bawa cash! Mudahnya zaman IT ni kan..

Di Malaysia, trend membeli secara online juga telah mula diterima & diyakini. Malah bukan sahaja syarikat-syarikat besar yang memiliki laman web e-shopping ni..industri desa & orang perseorangan juga telah membangunkan ‘kedai maya’ untuk menjual produk-produk mereka. Pendek kata memiliki laman web jualan adalah satu kemestian untuk setiap usahawan pada masa kini. Bagaimana pula anda?

malaysiabuy Review: MalaysianBuy.com | malaysian shopping directorySYABAS! Kepada rakan IM saya Wan Mohd Ikram kerana telah membina MalaysianBuy.com yang sudah pasti akan merancakkan lagi dunia Membeli-belah Online di Malaysia. Website ini berkonsepkan eshop, e-store, internet shop, webshop, webstore, online store, or virtual store iaitu Malaysian Shopping Directory.

Kenapa nak bina lagi web macam ni sedangkan kan dah banyak kat internet? Hmm..saya rasa ini kerana Ikram ada misi & visi beliau tersendiri. Seperti yang saya dipahamkan salah satu matlamat utamanya adalah “untuk mengelakkan daripada pengguna tertipu dan memberi hak kepada pengguna untuk bersuara”. Ya..hak untuk pengguna bersuara adalah sangat penting agar dapat menghapuskan atau sekurang-kurangnya dapat menjadi perisai kepada pengguna agar TIDAK mudah ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawap.

Bagaimana matlamat ini dilaksanakan? Saya cadangkan anda daftar sendiri di sini & ‘test drive’ sistem shopping directory yang Ikram telah bina untuk anda!  Saya juga ada melawati blog beliau..sehingga saya menaip entri ini, laman web MalaysianBuy.com belum siap sepenuhnya. Masih dalam fasa menambah baik fungsi-fungsi yang telah beliau rancangkan.

Saya tabik spring kat Ikram pasal jika sistem laman web ini siap sepenuhnya beberapa fungsi yang canggih boleh pengguna perolehi. Di antaranya..

  • Sebuah direktori yang membenarkan pengunjung memberikan komen dan rating kepada satu website jualan/estore.
  • Direktori ini percuma
  • Mempunyai google map, screenshot yang menarik..
  • Tujuan website ini untuk mengelakkan daripada pengguna tertipu dan memberi hak kepada pengguna untuk bersuara.
  • ..dan banyak lagi rasanya fungsi yang akan ditambah oleh admin

Kalau melihat senarai di atas, direktori ini adalah percuma! Saya kurang pasti sama ada percuma hanya untuk pengunjung melawati website ini atau percuma untuk sesiapa sahaja meletakkan atau mempromosi perniagaan & produk mereka. Kalau percuma yang dimaksudkan adalah sesiapa pun boleh mengiklankan produk mereka di sini..maka ini adalah peluang terbaik untuk  meningkatkan jualan produk anda atau apa sahaja perniagaan anda. Ini kelebihan untuk anda dari sudut pengiklanan..

Bagaimana pula kalau anda ada produk tetapi tak ada laman web jualan sendiri? Boleh kah menyertai MalaysianBuy.com dengan meletakkan produk anda di situ yang mana pembeli terus membuat pembelian (shopping cart) dan urusan transaksi dikendalikan oleh admin atau pihak pengurusan MalaysianBuy.com. Penghantaran mungkin pihak anda yang uruskan sendiri yang mana akan mendapat maklumat pembeli dari admin. Manakala pihak admin akan mendapat komisyen hasil jualan tersebut atau yuran penyertaan.

Berkenaan perkara ini, saya sendiri pun kurang pasti kerana belum ada maklumat lengkap diletakkan di laman website tersebut (masih dalam fasa pembinaan). Saya cadangkan anda sentiasa melawat laman web MalaysianBuy.com untuk mengetahui perkembangan terkini atau boleh saja mengikuti perkembangan di blog Ikram & saya juga akan umumkan di sini kalau mendapat update dari Ikram.

Tidak banyak perkara & fungsi atau keunikan laman web MalaysianBuy.com yang boleh saya kongsikan dengan anda untuk kali ini memandangkan ianya masih dalam fasa pembangunan & menambah-baik fungsi yang ada. Review ini dibuat sekadar untuk memberitahu anda kewujudan satu lagi laman web berkonsepkan e-Shopping & shopping directory yang akan memeriahkan lagi perniagaan internet di Malaysia.

Sekali lagi tahniah & terima kasih kepada Wan Mohd Ikram & team beliau yang telah berusaha membina MalaysianBuy.com dengan mempunyai misi & visi untuk memartabatkan lagi Perniagaan Internet di Malaysia agar akan membantu golongan usahawan sama ada yang ada syarikat atau perseorangan mengembangkan perniagaan offline mereka kepada teknologi online yang lebih besar pontensinya. Hanya dengan satu klik..perniagaan & produk anda akan tersebar ke pelusuk dunia tanpa sempadan.

malaysianbuy 468x60 Review: MalaysianBuy.com | malaysian shopping directory

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 46% [?]

  • Share/Bookmark

Sejak kebelakangan ini ramai di kalangan kita mula menyedari buat duit di internet bukan lagi perkara mustahil. Tidak salah jika saya katakan Dr Irfan Khairi adalah antara ikon yang menyumbang kepada fenomena ini di Malaysia. Bukannya takdek orang lain, tetapi kebanyakkannya lebih senang bergerak di dibawah tanah secara diam. Malah ada di antara golongan usahawan internet ini telah mencapai taraf jutawan pun! Mungkin sebab itulah buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” Dr Irfan Khairi pada tahun 2005 menjadi best seller.

Kalau nak tau..inilah buku rujukan pertama saya dalam perniagaan internet & meyakinkan saya buat duit di internet bukan lagi satu mitos!!! Malah sejak terbitnya buku tu, ramai di kalangan rakyat Malaysia mula menjinakkan diri untuk menjalankan perniagaan internet dan mempelajari selok-belok buat duit di internet. Anda pun kan? Hehehe..kalau tak masakan anda membaca apa yang sedang anda baca ni..

Sebenarnya, apa yang nak saya kongsikan dengan anda kali ini adalah satu panduan buat duit di internet yang sangat menarik & unik kerana ia adalah siri pendedahan BUAT DUIT DI INTERNET 100% TANPA MENJUAL!! Wow..masa mula-mula jumpa ebook ni macam karut jerk! Ntah-ntah sales page tu sajer jerk nak hypekan pelawat untuk membeli produk ni..mustahil ler buat duit kalau tak menjual melainkan program Google AdSense. Tapi yang peliknya dalam ebook ni bukannya menceritakan pasal Google AdSense..???

Ok beb! Jom kita terjah apa yang dirahsiakan sangat dalam ebook “Ewen Chia’s NO SALES SYSTEM” tu..

nss group small Mustahilkah Buat Duit Di Internet Tanpa Menjual?“NO SALES SYSTEM” diterbitkan oleh GURU@Jutawan Internet Ewen Chia & dijual pada harga $USD47 untuk pasaran antarabangsa. Maksudnya duit kita lebih kurang bernilai RM164.50 Perghhh..mahal giler tu!! Tak percaya? Nah boleh tengok sendiri kat sini www.nosalesytem.com

Buat duit online tanpa menjual apa-apa pun! Uisk..bak kata omputih “too good to be true!”. Apa yang lebih membingungkan saya ‘No Sales System’ bukannya panduan tentang affiliate marketing, AdSense, article marketing, MLM, data-entry ATAU buat kerja-kerja freelance..dah tu apa pulak???

Keunikan ini ler menyebabkan saya habis jer download ebook setebal 59 muka surat tu terus print-out pasal senang nak baca..dan meneliti isi kandungannya dari page 1 hingga 59! Apa yang boleh saya katakan..banyak betul rupanya lubang buat duit di internet walaupun tanpa menjual sebarang produk pun! Dalam panduan ini Ewen Chia telah mendedahkan 8 lubuk duit yang jika dipraktikkan step-by-step yang diajarkan..memang 100% boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan!

Beliau telah menggariskan 8 methods iaitu dalam ebook ni dinamakan ‘8 Projects’ yang akan menghasilkan duit untuk anda walaupun anda TIDAK melakukan sebarang aktiviti menjual di internet! Isk..isk..bunyinya mustahil kan macam movie ‘Mission Imposible’ pulak! Kenapa?..tak percaya???

Baiklah, di bawah saya senaraikan kelapan-lapan projek yang dimaksudkan. Cuma bagaimana strategi, taktik, teknik & rahsia untuk menjayakannya sehingga boleh menghasilkan ratusan hingga ribuan dollar terus masuk ke akaun bank anda..maaf, tidak dapat ler saya dedahkan di sini melainkan anda mendapatkan ebook ini sendiri.

Projek Buat Duit Di Internet Tanpa Menjual & 100% Dijamin:

  • Projek #1: ZangoCash
  • Projek #2: VombaCash
  • Projek #3: Wave Revenue
  • Projek #4: Pop Ups Berbayar
  • Projek #5: Dibayar Untuk Menyempurnakan Tugas
  • Projek #6: Duit Video & Trafik
  • Projek #7: Dibayar Untuk Muat-turun
  • Projek #8: Website Pertama Anda

Kalau boleh saya nak huraikan kepada anda satu-persatu strategi yang telah dibongkarkan oleh Ewen Chia dalam ebook ni..tetapi apakan daya saya kena menghormati HAK CIPTA penulis yang TIDAK membenarkan ebook ini & segala maklumat di dalamnya diberi percuma kepada sesiapa pun. Ebook ini hanya boleh didapati dengan membeli daripada mereka yang ada memegang Lesen Hak Jual Semula (MRR) & anda bertuah kerana saya telah memperolehi hak tersebut.

Jika anda benar-benar berminat untuk memiliki panduan ekslusif ini..TIDAK perlu ler leburkan duit anda sehingga $47 @ RM164.50 kerana untuk dalam jangka waktu yang terhad saya telah membuka peluang kepada pembaca setia blog ini agar MAMPU memilikinya dengan Tawaran Harga Paling Istimewa + BONUS khas bernilai $389.95

[ Anda Juga Akan Mendapat Bonus Versi Bahasa Melayu ]

Berapa dah abgzol dapat daripada projek-projek tu? Woooo..soalan pedas tu! Heee..ada ler dalam $10,999!!! Kalau betul ler saya dah dapat sebanyak tu..saya belanja anda makan sepuas-puasnya!

Jujur saya akui yang saya sendiri pun baru jer habis baca dan dengan senang hatinya saya ingin berkongsi dengan anda maklumat yang menarik saya dapat daripadanya. Memandangkan ebook ni dihasilkan oleh bukan calang-calang orang..iaitu GURU@Jutawan Internet Ewen Chia maka saya juga tidak ragu-ragu untuk berkongsi dengan anda.

Saya sebenarnya sedang memilih di antara 8 projek tu untuk dipraktikkan. Nasihat saya kalau anda telah memiliki ebook ni..jangan gelojoh untuk menjalankan kesemuanya! Pilih ler mana-mana yang anda rasa sesuai & mampu anda buat dulu..paling penting kena ada usaha, fokus & konsisten! Ini adalah asas yang paling penting kalau nak berjaya dalam apa-apa perkara pun khususnya dalam usaha untuk memperolehi DUIT di internet..betul tak? So, jom kita try-cuba-test sama-sama keberkesanan “Ewen Chia’a NO SALES SYSTEM” mulai hari ini..

nss banner Mustahilkah Buat Duit Di Internet Tanpa Menjual?

[Sila Klik Banner Untuk TAWARAN HARGA PALING ISTIMEWA Khas Buat Anda]

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 54% [?]

  • Share/Bookmark

Nampaknya 2009 ni walaupun kita digusari akan kegawatan ekonomi, tetapi perkembangan perniagaan internet di Malaysia semakin rancak. Malah pada tahun ini sahaja ada beberapa orang IM tempatan yang telah menjana sehingga 5 angka hanya dalam tempoh 24 jam. Itulah ‘kuasa internet’ yang sebelum ini menjadi bahan tawa sesetengah orang yang tidak percaya boleh buat duit di internet. Bukan sahaja otai..newbie yang ’serius’ dalam mengusahakan perniagaan internet juga telah mula merasai nikmat menjana pendapatan di internet. Saya ler salah seorang newbie tu..hehehehe :)

Baiklah, post kali ini saya menulis lebih kepada perkongsian info tentang perniagaan internet. Kepada rakan-rakan newbie atau orang baru dalam dunia IM ni..jom kita berkenalan dengan perniagaan internet!

Secara ringkasnya perniagaan internet ini terbahagi kepada beberapa cabang atau model:

  • Produk Digital – Ini merupakan model yang paling popular baik di Malaysia mahupun di seantero dunia sama ada menjual produk sendiri atau produk orang lain.  Malah di kalangan IM yang serius dalam menjual produk-produk digital sama ada ebook, script, software atau pun grafik telah berjaya menjana ribuan ringgit, malah jutaan ringgit hanya di internet. Usahawan internet di Malaysia yang paling saya kagum adalah Labanon Team Flarebiz dalam usia sebegitu muda 17 tahun telah berjaya menjana RM10,000 hanya dengan platform produk digital.  Dalam kategori produk digital kalau anda tidak mahir dalam menerbitkan produk sendiri, ada jalan penyelesaianya agar tidak pecah kepala memikirkan apa produk nak di keluarkan. Saya sendiri memilih jalan ini..iaitu menjual kembali produk yang dihasilkan oleh pakar & 100% keuntungan masuk poket sendiri. Caranya, anda beli produk-produk digital yang menyediakan Lesen Hak Jual Kembali sama ada berupa Master Resell Right (boleh jual kembali lesen MRR kepada pembeli, tetapi nama penulis tidak boleh diubah), Resell Right (hanya mendapat hak menjual produk sahaja & tidak boleh pindahkan lesen RR kepada pembeli, nama penulis juga tidak boleh diubah) & Private Resell Right (diberi hak mengubah isi kandungan, memindahkan lesen PLR  & masukkan nama kita sebagai penulis). Saya sangat mencadangkan anda memilih cabang ini sebagai permulaan..kerana ianya sangat mudah & menguntungkan!!
  • Produk Fizikal – Sama ada menjual produk yang dihasilkan sendiri atau produk yang dikeluarkan orang lain. Produk sendiri terlalu banyak yang boleh anda pasarkan di internet, anda hanya perlu buat kajian apakah produk yang akan atau sedang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Sebagai contohnya mungkin kek sarawak, ikan terubuk masin sarawak, barangan kraftangan, pakaian, bunga, dan sebagainya. Cuma kalau melibatkan makanan untuk pasaran antarabangsa anda perlu lebih berhati-hati & ambil tahu akan undang-undang penghantaran produk tersebut (bergantung kepada negara). Produk fizikal yang sering saya beli secara online adalah buku..contohnya di laman web AdikBijak dot Com! Kaedah menjual produk fizikal paling mudah & menjadi kegemaran kebanyakkan IM adalah dropshipping iaitu anda menjual produk yang telah disediakan oleh dropshipper (pembekal). Tugas anda adalah menjual produk-produk tersebut, manakala urusan penghantaran produk akan diuruskan oleh droshipper..mudah kan?
  • Perkhidmatan/Servis – Model ini juga sangat popular dan menguntungkan. Contoh servis yang boleh anda sediakan adalah personal coach, membina laman website, membuat grafik, membina surat jualan, membuat review, membuat penterjemahan BI – BM atau BM – BI, edit video, melukis kartun atau karikatur, menjadi penulis di blog, ebook, artikel, dan banyak lagi yang boleh anda buat berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Tugas pertama anda hanya membina laman web jualan terhadap servis yang anda sediakan & untuk meyakinkan lagi prospek, anda boleh masukkan beberapa testimonial daripada pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda.
  • Pegiklanan – Jika anda malas nak mengeluarkan produk, model ini adalah yang terbaik untuk anda. Contoh yang paling popular adalah Google AdSense yang mana ianya tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar. Apa yang penting anda memahami konsep buat duit dengan Google AdSense..bina blog khusus untuk program ini & tarik traffik sebanyak yang boleh. Hasilnya kalau kena dengan niche & strategi anda..memang tidak dinafikan pendapatan anda boleh mencecah 5 angka! Bunyinya macam mustahil kan..semudah hanya bina blog, masukkan iklan Google AdSense..orang lain klik & anda pula akan menerima hasilnya. Tapi ingat, walaupun ia mudah..kalau salah cara & teknik anda maka usaha anda juga adalah sia-sia tidak mendatangkan hasil. Selain Google AdSense, program yang berkonsepkan sama adalah seperti Nufnang, Chitika & lain-lain lagi anda boleh search di internet. Produk panduan menjana pendapatan lumayan dengan Google AdSense yang sangat popular & mendapat permintaan tinggi sehingga kini adalah ebook yang diterbitkan oleh Shamsuriyadi iaitu “Raja AdSense” & telah ramai yang berjaya dengan panduan ini.
  • Affiliate Marketing – Model perniagaan internet yang ini antara yang paling berjaya melahirkan usahawan internet yang berpendapatan sehingga 5 angka..malah ada yang telah mencapai tahap jutawan hanya dengan menyertai program affiliate. Secara ringkasnya, ia merupakan satu program perkongsian keuntungan yang diberi oleh pihak yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan kepada agen-agen yang berjaya membuat jualan melalui link khas yang diberi. Memang anda TIDAK memerlukan modal dalam menyertai program affiliate kerana kebanyakkan pendaftaran sebagai agen adalah percuma & tugas anda hanya perlu mempromosikan link affiliate yang diberi..dan setiap jualan yang terhasil anda akan dibayar kebiasaannya 50% – 70% memang sangat lumayan kan? Walaubagaimana pun, ada juga program affiliate anda wajib membeli dahulu produk tersebut barulah anda boleh mendaftar atau sesetengahnya hanya dibuka kepada rakan JV pemilik produk sahaja.

Hmm, so bagaimana sekarang? Agak-agaknya anda telah mendapat gambaran tentang perniagaan internet? Insya’Allah di post yang lain saya akan huraikan dengan lebih detail setiap model tersebut. Hari ini cukuplah sekadar untuk kita berkenal-kenalan dulu asas perniagaan internet. Anda kena kana ler rajin-rajin singgah di blog saya ni :)

(Anda boleh menggunakan artikel ini & letakkan di blog anda dengan syarat anda mengekalkan kandungan asal & masukkan kredit link berikut: http://www.zolkie.com/blog )

468x60 Jom Berkenalan Dengan Perniagaan Internet

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 10% [?]

  • Share/Bookmark