REVIEW: Teknik Pemasaran Blog v1.0
June 9, 2009 | Comments | Buat Duit Online, Dunia Blogging, Review Produk
Kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah ebook yang aku dah download beberapa minggu yang lepas. Cuma dek kekangan waktu membataskan aku untuk post review di sini. “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ setebal 26 muka surat ini telah ditulis & diterbitkan oleh rakan IM aku Khairul Hakimi atau lebih dikenali di dunia internet ni sebagai KampungBoy.
Panduan yang dikongsikan di dalam ebook ini dikhususkan kepada blogger yang menggunakan platform WordPress atau blog yang dihostkan sendiri. Kemampuan menarik trafik yang tinggi ke laman blog kamu adalah sangat mustahak jika ia melibatkan ‘buat duit’ di internet. Terdapat banyak teknik untuk menzahirkan perkara ini sama ada yang percuma atau pun yang berbayar. Terima kasih kepada KampungBoy kerana telah mendedahkan pelbagai teknik percuma & berkesan dalam ebook ini untuk menarik ramai trafik ke blog kamu.
Terdapat 16 topik utama yang dihuraiakan di dalam ebook ini. Topik pertama yang dibincangkan adalah “Pemilihan Penyedia Hosting” yang mempunyai kreadibiliti & reputasi yang cemerlang untuk tapak blog dot com kamu saya sangat setuju dengan penulis. Ini kerana telah banyak juga berlaku jika tersilap pilih penyedia hosting ia akan memberi kesan buruk kepada reputasi diri dan blog kamu. Bayangkan setelah berbulan atau bertahun kamu membina brand & reputasi diri kamu melalui blog atau laman website..tetapi secara tiba-tiba sahaja laman web atau blog kamu HILANG & LENYAP begitu sahaja!!! Tidak kah ini menyebabkan kamu GILA dibuatnya..lebih-lebih lagi kalau masalah ini TIDAK dapat diselamatkan & kesemua data kamu di hosting tersebut HANCUSSSSSSSSSSS..berkubur begitu jerk! Uwaaaaaaaaaaaaa…
Topik kedua pula “Elakkan Grafik Yang Tinggi Resolusinya/size” juga perlu diambil berat oleh kamu jika tidak mahu kehilangan pelawat yang berpotensi membantu menarik trafik yang tinggi dan sekaligus mampu menjana duit di blog kamu. Perkara ini sering diabaikan oleh kebanyakkan blogger baru..apabila terlalu lama menunggu masa loading sesiapa pun akan hilang sabar dan meninggalkan laman blog tersebut. Kamu harus membaca topik ini yang telah dihuraikan oleh KampungBoy dengan ringkas, bersahaja & memberi impak terbaik untuk blog kamu kelak!
Apa yang paling ditekankan di dalam ebook ini adalah topik ketiga iaitu “Senarai Plugin Pilihan (trafik)” yang sangat bermanfaat untuk menarik trafik yang tinggi ke laman blog kamu. Saya sendiri pun tengah mempraktikkan apa yang penulis dedahkan di ebook “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ ini & mengharapkan akan mendapat hasil yang memuaskan. Semua blogger di dunia mengakui platform WordPress sangat ‘user friendly dari sudut SEO’ dan ini menyebabkan setiap mereka yang serius dalam membina kredibiliti di dalam berblog akan memilih WordPress. Seiring dengan kanduangan blog yang berkualiti..jumlah pengunjung atau trafik yang ramai akan memberi keuntungan kepada kamu. Sudah pasti akan mampu menarik DUIT ke blog kamu kelak!
Untuk pengetahuan kamu KampungBoy telah membocorkan 5 jenis plugin mesra SEO yang WAJIB kamu install di WordPress blog kamu kalau ingin mendapat trafik yang tinggi atau menarik ramai pengunjung. Maaf ya..saya tidak boleh membocorkan rahsia sulit KampungBoy di sini kerana SYARATNYA kamu harus mendapatkan ebook ini sendiri daripada beliau. Bagaimana nak dapatkannya? Senang jerk kamu cuma perlu klik di pautan ini “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ Ikutkan hati memang aku nak bagitau jer kat sini..tapi nanti melanggar perjanjian pulak..nanti KampungBoy tak mau kawan lagi dengan aku la pulak..kui kui kui !!! Jangan risau kamu TIDAK perlu bayar sesen pun untuk ebook ini..ianya 100% PERCUMA daripada KampungBoy !!
Untuk mengetahui pendedahan teknik pemasaran blog yang efektif seterus iaitu topik ke 4 – 16 lagi..kamu tidak ada pilihan melainkan download jerk FREE ebook “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ ini dengan segera sebelum KampungBoy mengenakan sebarang bayaran!!! Paling best tu kamu juga akan mendapat versi yang seterusnya percuma jugak..so, jangan berlengah lagi download sekarang!
Cuma satu jerk aku nak komen di sini..harap KampungBoy dapat masukkan link untuk download beberapa plugin yang dicadangkan di dalam ebook ini. Bukannya apa..aku sendiri pun kena search plugin tersebut untuk download. Kalau ler dah sedia ada link untuk download kan lagi senang..cuma klik jerk terus ke laman download. Walaubagaimana pun ribuan terima kasih kepada beliau kerana bermurah hati bagi ebook ini 100% FREE!! dan menunaikan permintaan aku agar ebook ini boleh di print-outkan. Bukan apa sebelum ini beliau dah lock fungsi print dan aku pulak jenis tak puas membaca kalau ebook tu tak diprint hehehehehehe..
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 40% [?]
























