Kesempatan ini aku nak mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua rakan pembaca blog Zolkie dot Com. Agak-agaknya dah tentu masa ni kamu dah berada di kampung kan? Tak pun masa aku menaip entri ni kamu masih dalam perjalanan balik ke kampung..atau pun kamu sekeluarga tengah last minute shopping raya biasanya saat-saat akhir ni ler tawaran murah giler lebih-lebih lagi malam nanti..
Pohon maaf zahir & batin daripada aku sekeluarga jika ada tulisan aku selama ini menyinggung perasaan kamu sama ada di blog ini atau di email-email yang aku hantar buat rakan subscriber Zolkie dot Com.
Terimalah kad yang simple daripada aku berhiaskan kek Sarawak.. (Pssst..isteri aku tengah buat kek ler kad dapur tu! Heee..)
Kad Aidilfitri 1430H Zolkie dot Com
Jika kamu baru nak balik kampung hari ini, berhati-hati ketika memandu & semoga selamat tiba ke destinasi tak kira ler sama ada kamu drebar sendiri atau naik bas ke..naik kapal terbang ke..atau kereta api ke..dan semoga selamat berbahagia merayai Hari Raya Aidilfitri 2009 bersama famili tersayang.
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. ”
================================================================
Benarkah Influenza A (H1N1) Satu Wabak Yang Dirancang Oleh Pihak Kapitalis?
Alhamdulillah hari ini dah masuk 8 Ramadhan 1430H. Aku juga sangat bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas oleh Allah SWT untuk bersama-sama menunaikan ibadah di bulan yang sangat mulia ini Ramadhan Al-Mubarak. Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun & maaf kepada rakan pembaca blog ini sekiranya selama ini ada salah & silap atau terkasar bahasa yang tercoret di sini.
Semoga Kemuliaan Ramdhan Al-Mubarak ini membawakan 1001 Rahmat kepada kamu & keluarga. Bersama-samalah kita berdoa agar Keberkatan di bulan yang Mulia ini pintu rezeki kita dibukakan oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah seluas-luasnya dari pelbagai sumber yang tidak diduga..dan kepada rakan yang terlibat secara langsung dalam mencari rezeki di internet akan dipermudahkan lagi segala usaha yang dijalankan.
Baiklah, di sini aku kongsikan bersama rakan pembaca siri ceramah Ramadhan oleh tokoh ulama & sasterawan tersohor Almarhum Professor Hamka atau Buya Hamka (1908-1981) untuk renungan kita bersama. Nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara.
Ceramah yang aku ambik dari YouTube ini bukanlah video..tetapi rakaman audio daripada kaset cuma telah diYouTubekan oleh seorang rakan dari Indonesia iaitu Syahwiza. Jutaan terima kasih kepada beliau & semoga usaha murni beliau ini mendapat keberkatan daripada-NYA Yang Maha Pengasih. Sambil-sambil kamu membuat kerja tu..boleh ler mendengar ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Almarhum & bersama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihan kepada Almarhum.
Hari ini 13 11 Ogos 2009, 12:08AM genap ler 11 hari aku nak menghantar post di blog ini. Selain sibuk dengan kerja rutin, beberapa hari ini aku agak penat mengangkut air dari sungai dan dipikul ke rumah untuk membasuh.
Pada saat aku menaip post ini hujan mula renyai-renyai, syukur Alhamdulillah kepadaNYA Yang Maha memakbulkan doa. Semalam di kampung aku penduduk mengadakan majlis doa tolak bala & solat hajat di surau..dan doa mereka Allah SWT makbulkan dengan turunnya hujan hari ini. Aku harap hujan ini turun dengan lebat sehingga matahari terbit. Majlis ini bukan disebabkan masalah bekalan air paip..tapi yang paling menggerunkan virus H1N1 dah mula menular ke Sarawak!! Semoga Allah SWT Melindungi kita semua daripada bala virus di akhir zaman ini..amiin!
Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’. (Q.s. Ibrahim: 7)
Sejak beberapa hari yang lepas sehingga petang tadi 10 Ogos 2009 di daerah aku & beberapa daerah lain berdekatan terputus bekalan air paip kerana kekurangan air di loji. Cuaca juga panas..dan tidak hujan sehingga ler aku menaip post ini..itu pun belum lagi lebat. Loji kekeringan air bukan ler kerana kemarau kerana air di sungai masih lagi penuh..khabarnya kerana ada masalah teknikal aliran air sungai ke loji. Aku tak nak ulas lanjut masalah ini..nanti menimbulkan kontreversi pulak. Cuma harap selepas ini pihak berkenaan..belajar daripada apa yang telah berlaku sehingga loji pun boleh kontang!!!
———————————————————————————————————————————————-
Ada dikalangan rakan pembaca bertanya dari mana aku dapat theme yang comel ini & beberapa themes yang pernah aku guna sebelum ini..baiklah aku akan bagitau di akhir post ini nanti ok
———————————————————————————————————————————————-
Beberapa hari ini kami penduduk terpaksa bergantung kepada air sungai untuk membasuh & air yang dihantar JKR untuk tujuan minum atau memasak. Selain itu penduduk mencari alternatif sendiri..pergi ke sungai-sungai yang agak ke hulu untuk mendapat air yang lebih bersih. Malah air minuman botol & air mineral sangat laris pada masa ini sehingga kehabisan stok dikedai..wah! Untung besar ler tokey kan demikian juga tong-tong air laris macam goreng pisang panas..tersenyum riang si tokey! Inilah yang dikatakan dalam buku Razzi Armansur (buku yang aku sangat minat) iaitu “Di Dalam Kesempitan Ada Kesempatan”. Ada masa nanti aku akan ulas buku ini..
Seperkara lagi yang aku sangat benci..bila nak dekat hari perayaan mula ler si tokey yang tidak bertimbang rasa ini nak naikkan harga barang. Ini memang betul-betul ambik kesempatan!!!! Kat daerah aku sekarang harga telur dah mula naik mendadak. Begitu juga gula dah mula (kononya) kekurangan stok di kedai-kedai. Setiap orang cuma boleh beli 2kg sahaja..apa ni????????????????? Malah paling dahsyat tu ada sesetengah kedai mengenakan syarat pulak..nak beli gula kena beli barangan lain dulu baru ler boleh beli gula!! Amboi..betul-betul ambik kesempatan ni!!!! Pihak berkuasa jika ada terbaca post aku ni..sila ambil perhatian ya!
Ok ler mata aku pon dah ngantok ni..esok pagi nak bawak famili pergi ke sungai lagi ambik air dan membasuh pakaian. Buat masa ini kat sungai dah macam pesta air pulak..ho! ho! ho! Ramai bebenor orang ‘berpicnic’ meriah sungguh sungai-sungai yang di hulu tu. Bukannya apa..air sungai di bahagian hulu agak bersih & jernih berbanding air sungai di pekan yang airnya macam teh tarik. Cuma nak pergi ke sungai di bahagian hulu tu agak memakan masa & perlu ada kenderaan sendiri..lebih kurang 30 minit – 1 jam. Biasanya berdekatan dengan rumah panjang kaum iban.
Terasa perit betul bila terputus bekalan air bersih atau air paip. Terutamanya aku yang masih ada anak kecik di rumah..begitu juga keluarga yang lain ada kanak-kanak di rumah. Peritnya kerana masalah nak minum & memasak kalau takdek air bersih. Masa ni ler baru terasa betapa kekadang kita lupa nak bersyukur akan NikmatNYA Yang Maha Pengasih & Penyayang. Baru diduga ketiadaan air paip..dah terasa sukar betul menjalani kehidupan harian. Sehingga ayat yang aku taip ini..hujan dah mula berhenti. Hmm..
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.s. an-Nahl: 18).
Seperti yang aku janjikan kepada rakan pembaca yang berkenan dengan konsep theme blog aku ni..di bawah aku perturunkan ilmu kebal link downloadnya. Pelbagai themes yang mengancam & ada kelassss korang boleh download!
TAWARAN DIRECT DOWNLOAD INI DIBUKA HANYA SEHINGGA 31 JULAI 2009! (Link Untuk Download Percuma Terdapat Di Bawah Sekali Entri Ini)
Pergh! Entri terakhir aku bertarikh 19 Jun 2009 “7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009″ dan hari ini pula 19 Julai 2009..bermakna genap sebulan baru aku berkesempatan untuk update blog ini. Alasan lapuk..terlalu sibuk! Kui..kui..kui..tu alasan dah basi yang biasa didengar kan? Sebenarnya memang aku sengaja tak update atas sebab-sebab yang hanya aku tahu..hehehehehe! Agaknya ni alasan yang mungkin boleh diterima kot..
Kepada kamu yang pernah singgah di blog aku sebelum ini..tentu perasan yang aku telah menukar theme blog ini. Theme sebelum ini memang aku suka..tetapi yang terbaru ni aku double suka kerana konsepnya yang lebih simple, clean & clear..betul tak
Sebelum aku ligat menaip entri kali ini, seperti yang kamu lihat gambarajah di atas “8 Brand New IM Scripts” adalah PERCUMA! untuk pembaca setia blog aku yang comel ni hehehehehe..! Jangan risau “No Opt-in Required” tawaran terhad sehingga akhir bulan ini. Niat aku cuma nak bagi hadiah istimewa buat kamu semua..dan untuk mendapatkan hadiah ni kamu cuma perlu membaca entri ini sehingga habis. Oh, ya..software ini disertai lesen MRR yang mana kamu juga boleh menjualnya kembali & 100% keuntungan masuk poket kamu. Oh, Ya..jangan lupa untuk subcsribe via RSS feed untuk lebih pantas kamu mendapat update terkini dari aku + bonus-bonus percuma yang lain pada masa akan datang!
Kalau kamu mengikuti perkembangan dunia IM di Malaysia..pelbagai produk-produk terbaru telah dilancarkan. Baik yang biasa-biasa sahaja sehingga ler yang berharga premium mencecah hampir RM200! Aku tak mau ler senaraikannya di sini kerana aku pasti kamu juga ada menerimanya di inbox email kamu jika kamu juga adalah pelanggan newsletter mereka. Nasihat seposen aku..jangan terburu-buru untuk membelinya hanya semata-mata kerana ’sales letter’ produk mereka power & mengiurkan. Apa yang penting sila lihat keperluan kamu sendiri..adakah produk tersebut sangat kamu perlukan? Jika produk tu dikeluarkan oleh IM yang terkenal mungkin takdek masalah untuk kamu menilai kualitinya. Tetapi jika nama IM tu kurang kamu kenali..seperti nama aku baik kamu survey dulu! Tempat paling bagus untuk kamu survey adalah kaunter pertanyaan melalui forum-forum IM dan tanya pendapat rakan-rakan forumer di situ.
Satu trend yang semakin menular aku lihat..kegilaan di kalangan ahli affiliate atau agen jualan memberikan bonus-bonus tambahan jika kamu membeli produk-produk tersebut melalui link affiliate mereka. Bonus-bonus ni bukan calang-calang..hampir semuanya sangat berkualiti & bernilai sehingga mencecah ribuan dollar! Sebenarnya ini trend yang bagus & ini adalah rahsia kejayaan untuk kamu mendapat komisyen yang tinggi jika kamu juga melibatkan diri dalam program affiliate. Sebagai pembeli pula..inilah peluang terbaik untuk kamu mendapat produk-produk hebat secara percuma! So, sebelum membeli tu..baik tunggu beberapa email promosi masuk ke inbox kamu & selepas itu baru ler buat keputusan nak beli daripada siapa iaitu selain mendapat produk utama, kamu akan mendapat beberapa produk bonus tambahan yang dijanjikan oleh agen affiliate! Sangat menguntungkan kan? Win-win situation..
Perkembangan lain aku, sekarang tengah menyiapkan ’setup’ 2 personal blog & photoblog untuk pelanggan. Beberapa web jualan juga dalam proses pembikinan..sehingga entri ini ditaip aku masih menunggu bahan-bahan mentah daripada pelanggan aku tu. Buat masa ini aku belum buka secara terbuka lagi servis yang aku buat ni..
Untuk produk aku sendiri pula..aku telah redesign 3 web jualan iaitu Sistem Download Page Protector, Panduan Autoresponder EasyAutores & Panduan Membina Laman Minisite seperti yang kamu boleh lihat pada screenshot di bawah. Selain itu aku tengah membina landing page untuk produk affiliate tempatan yang mana aku juga akan menghadiahkan bonus tambahan kepada mereka yang membeli melalui link aku..sama ler macam yang aku cerita kat atas tu! Jika kamu juga berhajat nak bina landing page atau squeeze page dan takdek masa nak bina..boleh ler upahkan aku untuk membinanya dengan kadar harga yang berpatutan!
Baiklah, sebelum menoktahkan entri kali ini seperti yang aku janjikan sebagai tanda terima kasih, persahabatan & penghargaan aku kamu sudi singgah di blog comel aku ni..terimalah hadiah istimewa dari aku “8 Brand New IM Scripts” sila download hadiah kamu di sini sekarang!!!
P.S – Maaf jika pada masa kamu membaca post ini link download di atas sudah tidak aktif kerana ia adalah tawaran terhad. Walaubagaimana pun kamu masih berpeluang untuk memiliki “8 Brand New IM Scripts” dengan klik pada link ini sekarang!
Maaf dalam beberapa hari ini aku offline tak sempat nak online kerana ada hal kecemasan. Aku menemani isteri melahirkan anak kedua kami di Hospital Besar bandar Sibu. Dapat online sekejap ni pun sebab kebetulan aku terpaksa balik sekejap ke rumah untuk mengambil dokumen bagi urusan pendaftaran anakku yang baru dilahirkan. Minta maaf kepada rakan pembaca blog ini & juga pelanggan Zolkie dot Com kerana kelewatan hantar produk pesanan kamu. Mungkin dalam sehari dua ini aku masih offline kerana masih menemani isteriku & anaku di hospital. Banyak entri & review produk yang dirancangkan terpaksa aku tangguhkan buat sementara waktu ini.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Yang Maha Agung, pada 14 April 2009, jam 3:44am permata hatiku dan isteri, Muhammad Kasyful Azhim 3.87kg (Yang Terpuji Pembukaan pintu hati dari Allah Yang Maha Besar) telah selamat dilahirkan dengan kaedah cesarean. Ini kali kedua isteriku melalui saat-saat genting & mendebarkan kerana anak pertama kami Nur Qurratu’aini (Cahaya penyejuk hatiku) juga dilahirkan dengan kaedah yang sama.
Sebenarnya anak yang kedua ini isteriku mahu melahirkan cara normal kerana ingin melalui pengalaman tersebut. Pada hari Sabtu 13 Jun 2009 isteriku telah merasai tanda-tanda akan melahirkan anak. Pada sebelah malamnya kesakitan bahagian pinggang & perut semakin terasa lantas terus kami pergi ke Hospital daerah Saratok. Setibanya di hospital setelah pemeriksaan dibuat oleh doktor, isteriku harus di hantar ke Hospital Besar bandar Sibu (2 jam perjalanan dari kampungku) kerana masalah ketiadaan doktor pakar di hospital Saratok & kekurangan bank darah.
Pada malam itu juga isteriku ditemani adikku Mislia dibawah oleh ambulan dan aku pula follow dengan kereta sendiri bersama seorang lagi adikku perempuanku Madinah. Setibanya di hospital Sibu, doktor juga mengesahkan yang isteri tidak dapat melahirkan cara biasa kerana katanya ‘big baby’ & risiko yang terpaksa isteriku hadapi kerana sebelum ini juga telah melahirkan anak dengan kaedah cesarean. Kami sama-sama setuju demi keselamatan isteriku & anak kami.
Saat-saat menunggu kelahiran anakku sangat mendedabarkan sama seperti yang aku lalui semasa anak pertama dilahirkan. Pengubat kerisauan di hati adalah membaca surah Yassin yang aku bawa..sehingga dalam jam 4 lebih pagi anakku telah di bawah keluar dari bilik pembedahan. Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa bersyukur & gembiranya aku apabila melihat keadaan anakku yang selamat..sehat..comel..saat mendengar tangisannya yang paling mengembirakan bagi sesiapa sahaja yang pernah melalui saat ini.
Kerisauan aku pula kembali kepada isteriku yang belum lagi keluar dari bilik pembedahan..sehingga jam 5 lebih pagi barulah aku lega & bersyukur kerana isteri telah selamat keluar..dia tersenyum memandangkan. Jelas keriangan di wajahnya..berseri & tidak ada langsung tanda-tanda kesakitan yang baru sahaja dia lalui. Mana-mana wanita pun yang pernah melalui saat-saat genting melahirkan anak terutamanya anak pertama faham situasi ini..hilang segala kesakita setelah melihat wajah comel & tangisan si baby!
Baiklah, ikutkan hati banyak lagi yang nak aku kongsikan di sini. Tetapi masa tidak mengizinkan..lantaran aku terpaksa bertolak semula ke Hospital Besar Sibu menguruskan pendaftaran kelahiran anakku dan menemani mereka sementara dibenarkan keluar wad. Berita gembira aku baru jer bercakap dengan isteriku di telefon..doktor mengesahkan anak kami sihat & dibenarkan keluar wad hari ini. Cuma keadaan isteriku je masih dalam pemeriksaan doktor..kalau sehari dua ini ok maka kami akan balik ke rumah. Berdoalah semoga kesihatan isteri & anakku di tahap cemerlang ya
Huh! Alhamdulillah akhirnya ‘Wajah Baru’ blog Zolkie dot Com telah selamat dilancarkan. Transformasi konsep theme ini adalah semata-mata untuk memantapkan lagi misi & visi (cewah!) blog saya aku dilahirkan di dunia siber yang penuh persaingan, onak & duri..kui..kui..kui.. -:)
Oh! ya..bermula entri kali ini aku akan menggunakan kata ganti diri ‘aku’ berbanding ’saya’ yang sangat formal sebelum ini. Rasa-rasanya ‘aku’ adalah lebih dekat & santai kepada peminat rakan-rakan yang mengikuti blog ini. Aku mahu ikatan ukhwah di antara kita lebih mesra..jalinan talian persahabatan lebih kepada long-term!
Kebetulan pulak Jun adalah bulan kelahiran aku dan anak kedua aku akan dilahirkan..so ini salah satu sebab transformasi dilakukan (err..apa lak kaitannya? Sebab aku happy ler! Heee..). Bukan tu jerk..struktur bisnes juga akan aku perbaiki lagi agar lebih ‘memberangsangkan’ & meyakinkan. Insya’Allah..sempena bulan kelahiran ni ada beberapa ‘VIP Offer’ akan aku lancarkan untuk rakan Newsletter Zolkie dot Com & pembaca blog ini.
Kalau sebelum ini income aku lebih kepada jualan produk-produk digital..tetapi kali ini dah masuk ke fasa untuk aku menawarkan ’servis & perkhidmatan’ pulak. Sebagai langkah pertama..aku akan buat servis setup blog dot com platform Wordpress dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Selain itu..dengan bakat senireka grafik yang aku ada, servis buat design grafik jugak akan aku buka..nanti aku akan update di sini bila semuanya dah ready.
Kesempatan ini aku juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sering mengunjung blog aku yang umpama baby baru nak pandai tersenyum ni. Tidak lupa juga thank you khusus untuk kamu yang sering meninggalkan komen walaupun simple tetapi ia menjadi ‘azimat’ untuk aku terus berblog. Penghargaan ini juga ditujukan khas buat pelanggan-pelanggan VIP Zolkie dot Com.
Kadang-kadang ada masanya aku rasa malas nak menulis di sini..alasan kuno ‘takdek idea’ uhuk! uhuk! Aku yakin kamu juga pernah begitu kan? Apa yang kamu lakukan bila penyakit ini datang? Kalau aku..biasanya hantuk kelapa kepala kat meja! Huhu..huhu.. -:D takdek ler sampai macam tu beb! Sebenarnya..blog Zolkie dot Com ni diinspirasikan daripada blog Rohaizad dot Com. Bila rasa tak bersemangat jer..aku aku berkunjung ke blog Rohaizad dot Com & pasti akan kembali membara untuk berblog..kui..kui..kui..!!!
Kepada bro Ijad kalau terbaca entri ini..aku nak mengucapkan ribuan lemon terima kasih di atas dua komen di bawah yang sangat mengujakan & memberi semangat kepada aku untuk menjejaki kejayaan bro yang dah mencapai tahap dewa pro-blogger & syok buat duit ribu-ribu hanya dok depan laptop di rumah!
Ok ler jarum jam pun dah nak cecah 12 malam ni..eeeeeeeeeeeeeee -:( JANGAN pandang belakang! Takooooooooooooooot!!!! Sehingga kita jumpa lagi di lain entri -;) Salam ukhwah & salam bahagia..
..kui..kui..May yang dimaksudkan bukannya awek ler beb! Tapi bulan May yang sungguh istimewa bagi saya..
Istimewanya 10 May 2009! (betul ke istimewa?)
Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk bersama ibu yang tersayang. “Kasih Ibu Membawa Ke Syurga..” Hmm..meremang bulu roma saya semasa menaip setiap patah perkataan di sini. Betapa ‘berkuasanya istilah ibu’. Sebenarnya kita wajib merayai hari ibu pada setiap masa..dan tidak perlu menunggu hari tertentu. Hari-hari adalah hari ibu..setuju? Kerana dalam Islam tiada istilah ‘hari ibu’.
Walau bagaimanapun dek kesibukan dengan tugasan seharian kadangkala kita terlupa berbuat demikian, maka tidak salah jugak ler untuk kita melebihkan hari tertentu bagi merayai ibu kita & gembirakannya sepanjang hari. Kalau boleh ambik ler cuti khas (tak payah ler menunggu sehingga 10 May) membawa anak & isteri untuk bersama-sama ibu di rumah baik di bandar mahupun di kampung. Berilah hadiah paling istimewa untuk beliau..tapi hakikatnya hadiah paling berharga bagi ibu adalah kita berada disampingnya kerana gelak-tawa anak-anak, menantu & kenakalan cucu adalah kebahagiaan untuknya!
Saya masih ingat lagi pertanyaan seorang kawan, saya panggil beliau ‘abang megat’ dan beliau bertanya kepada saya..
“Kau rasa ler Zolkie..berapa lama lagi orang tua kau masih berkesempatan untuk bersama kau? Apa yang telah kau buat untuk membahagiakan & mengembirakan mereka?”
..mari ler kita sama-sama merenung kembali kepada soalan simple di atas. Dek soalan itu ler saya mula tersedar kesilapan saya sendiri yang kadang kala terlupa tanggungjawap kepada kedua ibu & bapa. Ingat ler..apabila Allah SWT memanggil mereka kembali..pada masa itu baru ler kita menyesal tak sudah kerana tidak menjalankan tanggungjawap sebaik-baiknya untuk menggembirakan mereka sementara masih berkesempatan pada masa sekarang!
Saya tidak mahu bercoloteh panjang kerana kita sama-sama ada ibu & tahu tanggungjawap masing-masing. Cuma saya masih ingat lagi nostalgia semasa kecik-kecik dulu pernah disebat ibu dengan tali pinggang & getah hos paip kerana kenakalan saya telah mencabar kesabaran ibu. Betapa saya tidak pernah marah & menyesalinya..kerana sebatan itu ler (uisk..masih meremang bulu roma ku) saya menjadi ‘insan’ seperti hari ini.
“Terima kasih ibu, sebatan mu adalah bukti kasihmu kepada anakmu yang sungguh nakal ini..”
..kalau ler zaman sekarang anak-anak disebat sedemikian, alamatnya berlambak ler laporan polis dibuat dek anak. Hmm, nasib baik ler sekarang dah takdek talian teledera macam dulu! Baiklah, untuk menoktahkan perenggan ini suka saya ingin kongsikan sebuah hadis untuk peringatan kita bersama:
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
Nah..sampai begitu sekali kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad SAW meletakkan martabat ibu sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda!
Istimewanya 13 May 2009!
Selamat menyambut ulang tahun ke-2 sayang..permata hati ayah & ibu. Sungguh cepat rasanya masa berlalu..pejam-celik dah masuk 2 tahun umur puteri sulung kami Nur Quratuaini. Insya’Allah pada bulan Jun 2009 ini lahir pula anak kedua kami..dan masa scan hari tu baby boy. Okey ler tu..dapat sepasang. Bersyukur ke hadrat Illahi Yang Maha Pengasih & Penyayang.
Doa ayah & ibu semoga ‘Ain menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat. Dunia semakin mencabar dengan pelbagai dugaan..semoga anakku kuat & tabah menjalani hari-hari muka. Paling penting JANGAN sekali-kali lupa dari mana kita datang & ke mana kita akan kembali. Sesungguhnya anakku, hanya dengan taat kepada perintah Allah SWT, mengagungkan kitab suci panduan ummah Al-Quran & menuruti ajaran serta hadis Rasulullah SAW sahaja adalah panduan untuk kita terus berada di landasan yang benar!
Sebagai tanda kasih ayah & ibu wahai permata hatiku, hayatilah nasihat ini..
PESANAN LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA:
01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 – orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dan beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuktidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal2 yg tidak benar.Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensiasiakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu.Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Istimewanya 16 May 2009!
“Selamat Hari Guru isteriku yang tercinta, kepadamu tempatku berkongsi kasih & hanya dikau teman hidupku sehingga ke akhirnya. Bersama kita membina mahligai bahagia bersama anak-anak yang dikasihi & disayangi dunia ke akhirat”.
Sebenarnya isteri saya seorang guru..malah saya sendiri pun walaupun bukan guru tetapi sering sahaja dipanggil ‘cikgu’ oleh mereka yang tidak mengetahui kerja hakiki yang sedang saya buat. Kui..kui..agak-agaknya wajah saya ni wajah seorang guru kot!
Kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya baik di peringkat sekolah mahupun di kolej saya seikhlas hati mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Guru, 16 May 2009″ dengan motto pada tahun ini “Guru Pembina Bangsa Negara” Demikian juga kepada semua guru-guru di dunia ini saya mendoakan semoga jasa & usaha murni kalian mendapat ‘Anugerah’ di dunia & akhirat. Bak kata pepatah klasik “..guru seumpama lilin, membakar diri sendiri demi menerangi orang lain….sedia bekorban dengan tulus demi mendidik anak bangsa!”.
Sebagai mengakhiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan saya sertakan l lirik lagu dan lagu beserta minus one lagu tema hari guru pada tahun ini:
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Alhamdulillah akhirnya blog ini selamat dilancarkan. Telah lama dirancang tetapi kekangan masa membantutkan jadual pelancaran. Selain itu sebab tengah fokus menyiapkan beberapa buah laman web jualan produk rangkaian Zolkie dot Com yang juga telah selamat dilancarkan..syukran ia telah menjana pendapatan untuk saya.
Blog? Sebenarnya saya memang tak tahu langsung apa itu blog sebelum menerjah ke dunia IM ni. Jangan nak kata bina blog..bina laman website lagi ler saya tak tau. Saya sangat berterima kasih kepada saudaran SmartZul kerana ebook “Pakej Kit Blogger” telah banyak membantu saya membina blog dot com sendiri. Tidak lupa juga penghargaan saudara Amirol Zolkifli kerana “Video Tutorial Panduan Minisite” beliau telah memantapkan lagi kemahiran & pemahaman saya dalam membina laman web jualan atau minisite yang menguntungkan!
Buat Duit Di Internet? Bermula daripada suka-suka surf internet..akhirnya menimbulkan minat untuk mendapatkan duit daripada internet. Dulunya saya ni minat dengan bisnes MLM..dari situ ler start kenal apa itu bisnes internet. Masa tu yang tahu cuma laman web autodownline & memang pernah gak rasa dapat duit. Selepas tu mula ler joint pelbagai program reseller yang berkonsepkan autodownline..matrik..dan yang seumpamanya. Time tu memang main SPAM jerk email orang promote program..memang tak tau langsung etika dalam perniagaan internetni..huk..huk..
Ebook? Memang pada masa tu saya tak tau apa kejadahnya ebook tu huk..huk..! Ingat lagi ebook pertama saya order di internet pada masa “TsunamiWang” memang tengah hot & kontroversi masa tu terutamanya di forum WangCyber. Begitu juga masa era AutoSurf..topik-topik yang hangat didebatkan di WC. Jumpa WC pon tak sengaja..terjumpa masa dok surf web-web perniagaan internet & buat duit di internet. Beli “TsunamiWang” tu pon pasal nak tau rahsia buat duit banyak seperti yang dicanangkan dalam salesletternya..dan disebabkan isu kontroversi tu jugak ler! Hakikatnya forum WC lah tapak saya mula belajar selok-belok perniagaan internet & konsep buat duit yang sebenar..! Tidak lupa juga pakej ebook “Sistem Rahsia Amirul Faisyal” yang saya beli pada tahun 2008 juga telah banyak membuka mata saya untuk mempelajari lebih serius lagi ‘kuasa perniagaan internet’ & terus melangkah ke hadapan!
Bina Laman Web? Manakala panduan pertama yang membantu saya tau membina laman web adalah “1 Jam Membina Laman Web Perniagaan (asas)” oleh Fuad Latip. Selepas itu ebook kedua saya beli & popular juga pada masa tu “Chapter-M” oleh otai IM saudara Gobala Krishnan. Dari situlah saya kenal apa itu PayPal & betapa pentingnya buka akaun PayPal kalau nak serius buat duit di internet!
MRR vs Affiliate? Sebenarnya 3 buah ebook inilah titik permulaan saya mula merasai ‘dapat duit secara online’ yang mana “Chapter-M” saya mendapat lesen MRR (boleh jual balik & 100% keuntungan milik saya). Kebetulan pada masa tu di kalangan peminat bisnes internet memang sangat memerlukan ebook yang memberi panduan bagaimana nak CASH kan duit dari PayPal kerana pada masa tu tak boleh nak cashkan terus ke akaun bank di Malaysia. Manakala “1 Jam Membina Laman Web Perniagaan (asas)” saya telah mendapat kepercayaan daripada penulis saudara Fuad Latip & dilantik sebagai agen jualan yang sah. Dan ebook “TsunamiWang” income pertama saya daripada hasil program affiliate..pada ketika tu tak tau pon affiliate tu apa ha..ha..main hentam jerk daftar jadi agen dan promote gila-gila ke email orang tak dikenali (teknik SPAM ler tu!). Jangan buat tau..salah di sisi undang-undang IM!!
Inspirasi? Dipendekkan cerita, saya mengenali perniagaan internet ini sejak 2005 & buku pertama menjadi sumber inspirasi saya adalah “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” oleh Dr Irfan Khairi. Antara lainnya yang turut menarik minat saya dalam IM ni adalah buku “Rahsia Buat Duit Di Internet” (SaifulSham) yang saya beli pada tahun 2006, “15 Teknik Efektif Internet Marketing” (Fuad Latip) juga saya beli pada tahun 2006..dan pada tahun 2007 keyakinan saya untuk terus bergerak serius dalam perniagaan internet adalah buku daripada otai IM Shuth iaitu “Rahsia Blogger”.
Nekad? Bermula 2009, saya telah nekad untuk membina perniagaan internet dengan serius & saya bermula dengan menjual produk-produk digital yang saya dapatkan daripada penulis asal dengan Lesen Hak Jual Kembali (RR & MRR). Alhamdulillah, berkat usaha..tidak mudah berputus asa dengan trial & error kini saya dah mula merasa menikmati pendapatan hasil daripada web jualan saya sendiri. Itulah kepuasan peribadi yang tak boleh nak diungkapkan di sini..
Di antara produk-produk hot yang telah menjana pendapatan kepada saya, anda boleh lihat di sini..
Orait ler tu sebagai catatan pertama saya di blog ni. Insya’Allah saya akan update blog ni sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari seminggu dengan perkongsian info perniagaan internet & peluang-peluang buat duit di internet. Di samping tu, isu-isu semasa pon kita bincangkan bersama di sini.