REVIEW: Asas Affiliate (ZarulUmbrella)
September 15, 2009 | Comments | Buat Duit Online, Perniagaan Internet, Teknik Pemasaran
“Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya
Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma..”
Demikianlah siulan para remaja pada awal 90-an betapa mendayunya dendangan Zarul Umbrella. Kamu pun sure sedang hangat dilanda asmaradana kan pada masa tu
ho..ho..ho..
Siapa sangka..aku lagi ler tak sangka sekarang bro Zarul telah menerbitkan sebuah panduan yang akan membantu khususnya di kalangan newbie untuk suksess dalam pemasaran affiliate. Pergh! Sekarang beliau telah menjadi IM la pulak..
Aku yakin bro Zarul bakal mencipta nama di persada IM di Malaysia!
Pertamanya aku nak mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah berjaya menerbitkan ebook setebal 55 muka surat ini iaitu “Asas Affiliate” sebuah panduan asas untuk menjadi affiliater yang berjaya. Aku dipahamkan bro Zarul mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan ebook pertamanya ini. Kedua, dah tentu terima kasih kerana sudi memberikan ebook ini percuma..walaupun beliau boleh menjual sekurang-kurangnya RM30!
Aku rasa kamu pon dah sedia maklum, pemasaran affiliate adalah platform terbaik untuk membuat duit di internet tanpa modal atau tanpa bersusah payah mencipta produk sendiri. Tafsiran paling simple, kamu menjadi agen mempromosikan produk orang lain & setiap jualan yang terhasil kamu akan dibayar komisyen. Biasanya produk digital komisyen memang sangat tinggi dari 30% sehingga 75%..sungguh lumayan kan?
Paling menarik tu sesiapa pun boleh menyertai pemasaran affiliate kerana tiada sebarang bayaran atau yuran dikenakan..percuma jer! Walau bagaimanapun ada juga sesetengah tu tokeynya mengenakan syarat seperti..mesti beli produk mereka dulu baru kamu boleh menyertai program affiliate ATAU disyaratkan kamu mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1000 mailing-list. Ada sesetengah tu hanya layak melalui jemputan khas jerk..
Dalam ebook “Asas Affiliate” ini hanya sedikit rasa terkilan aku kerana Zarul tidak menyertakan screenshot income beliau daripada menyertai program affiliate atau screenshot income daripada beberapa orang IM yang telah terbukti kejayaan mereka. Aku rasa dengan adanya bukti screenshot ini akan menyemarakkan lagi semangat dan keyakinan pembaca..betul tak? Harap versi 2.0 ebook nanti bro Zarul akan masukkan screenshot tersebut.
Walaubagaimana pun aku sangat merekomenkan kamu untuk download ebook percuma ni (bukan PPL ya) 100% F.O.C dan aku tidak mendapat keuntungan pon daripada review ini. Niat aku semata-mata untuk berkongsi sumber informasi yang berguna & bermanfaat untuk rakan pembaca blog aku nih
. Tak caya..cuba tengok isi kandung ebook ini:
Prakata Penulis
Bab 1: Definisi & Pengenalan
Bab 2: Bagaimana Nak Mula?
Bab 3: Cari Produk & Pendaftaran
Bab 4: Promosi
Bab 5: Ke Arah Affiliater Yang Berdaya Saing
Bab 6: Kaunter Pertanyaan
Bab 7: Penutup
Untuk berjaya dalam pemasaran affiliate kamu kena ler sentiasa peka & kreatif serta tekun dalam melakukan promosi. Selain itu pastikan juga produk berkualiti & reputasi pemilik yang bagus. Kamu boleh mengesahkan perkara ini dengan bertanyakan di forum-forum IM dan sure ramai yang akan memberi pandangan.
Bro Zarul juga menerangkan dengan penyediaan tools atau alat sokongan tertentu akan melancarkan lagi usaha promosi (huraian lanjut anda perlu download ebook ini..). Paling best tu dia juga telah menyediakan tutorial (disertakan screenshot step-by-step) bagaimana nak membeli hosting & domain name, mendaftar sistem autoresponder AWeber..kemudian sedikit penerangan berkenaan squeezepage.
Kepada yang tak pernah mendaftar program affiliate, di sini Zarul telah memberikan satu contoh langkah-langkah (disertakan juga screenshot) mendaftar sebagai affiliater untuk salah satu produk affiliate yang terhangat di pasaran Malaysia. Aku yakin selepas ini kamu akan lebih paham bagaimana nak mendaftar menjadi agen pemasaran affiliate mana-mana produk pun terutamanya produk IM tempatan.
Terdapat 4 teknik paling effektif yang dihuraikan untuk mempromosikan program affilaite sehingga ramai yang telah berjaya menjana ribuan ringgit iaitu..
- Promosi melalui __________
- Promosi melalui __________
- Promosi melalui __________
- Promosi melalui __________
Antara topik yang sangat bagus untuk newbie adalah bagaimana nak membina kredibiliti yang akan meyakinkan bakal pembeli. Selain itu memberi bonus juga adalah teknik yang berkesan, tetapi Zarul tidak bersetuju jika memberikan bonus yang terlampau banyak khususnya ebook yang berbahasa inggeris untuk pasaran Malaysia kerana ini hanya akan menyesakkan hardisk pembeli sahaja & mereka tidak akan membaca semuanya! Sebagai alternatifnya Zarul telah mengesyorkan beberapa bentuk bonus yang unik & mampu mengatasi pesaing..???? Nak tau..kamu kena ler download ebook ini sekarang!
Untuk Bab ke 6 pada mulanya aku ingan amende ler “Kaunter Pertanyaan” hehehe..rupa-rupanya ia adalah FAQ dan ini juga amat menarik untuk memahamkan lagi jika kamu memang masih kabur akan program affiliate. Ramalan aku ler..Zarul sure akan menerbitkan buku bernichekan muzik selepas ni
meletu-letup ler ebook tu kalau disertakan dengan program affiliate beliau sendiri nanti. Selamat berjaya untuk bro Zarul Umbrella & kalau dah ada produk affiliate sendiri nanti jangan lupa jemput aku ya
Soalan untuk bro Zarul..
Betul ke firasat aku bro akan terbit ebook Panduan Affiliate versi premium pulak?
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
P.S - Kamu nak buat duit dengan program affiliate? Tak tau bagaimana? Langkah pertama kamu adalah Klik Di Sini Sekarang Untuk Lubuk Duit Affiliate!!!
Popularity: 20% [?]













