Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Huh! Alhamdulillah akhirnya ‘Wajah Baru’ blog Zolkie dot Com telah selamat dilancarkan. Transformasi konsep theme ini adalah semata-mata untuk memantapkan lagi misi & visi (cewah!) blog saya aku dilahirkan di dunia siber yang penuh persaingan, onak & duri..kui..kui..kui.. -:)

Oh! ya..bermula entri kali ini aku akan menggunakan kata ganti diri ‘aku’ berbanding ’saya’ yang sangat formal sebelum ini. Rasa-rasanya ‘aku’ adalah lebih dekat & santai kepada peminat rakan-rakan yang mengikuti blog ini. Aku mahu ikatan ukhwah di antara kita lebih mesra..jalinan talian persahabatan lebih kepada long-term!

Kebetulan pulak Jun adalah bulan kelahiran aku dan anak kedua aku akan dilahirkan..so ini salah satu sebab transformasi dilakukan (err..apa lak kaitannya? Sebab aku happy ler! Heee..). Bukan tu jerk..struktur bisnes juga akan aku perbaiki lagi agar lebih ‘memberangsangkan’ & meyakinkan. Insya’Allah..sempena bulan kelahiran ni ada beberapa ‘VIP Offer’ akan aku lancarkan untuk rakan Newsletter Zolkie dot Com & pembaca blog ini.

Kalau sebelum ini income aku lebih kepada jualan produk-produk digital..tetapi kali ini dah masuk ke fasa untuk aku menawarkan ’servis & perkhidmatan’ pulak. Sebagai langkah pertama..aku akan buat servis setup blog dot com platform Wordpress dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Selain itu..dengan bakat senireka grafik yang aku ada, servis buat design grafik jugak akan aku buka..nanti aku akan update di sini bila semuanya dah ready.

Kesempatan ini aku juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sering mengunjung blog aku yang umpama baby baru nak pandai tersenyum ni. Tidak lupa juga thank you khusus untuk kamu yang sering meninggalkan komen walaupun simple tetapi ia menjadi ‘azimat’ untuk aku terus berblog. Penghargaan ini juga ditujukan khas buat pelanggan-pelanggan VIP Zolkie dot Com.

Kadang-kadang ada masanya aku rasa malas nak menulis di sini..alasan kuno ‘takdek idea’ uhuk! uhuk! Aku yakin kamu juga pernah begitu kan? Apa yang kamu lakukan bila penyakit ini datang? Kalau aku..biasanya hantuk kelapa kepala kat meja! Huhu..huhu.. -:D takdek ler sampai macam tu beb! Sebenarnya..blog Zolkie dot Com ni diinspirasikan daripada blog Rohaizad dot Com. Bila rasa tak bersemangat jer..aku aku berkunjung ke blog Rohaizad dot Com & pasti akan kembali membara untuk berblog..kui..kui..kui..!!!

Kepada bro Ijad kalau terbaca entri ini..aku nak mengucapkan ribuan lemon terima kasih di atas dua komen di bawah yang sangat mengujakan & memberi semangat kepada aku untuk menjejaki kejayaan bro yang dah mencapai tahap dewa pro-blogger & syok buat duit ribu-ribu hanya dok depan laptop di rumah!

comment1 Transformasi Blog Zolkie dot Com

comment2 Transformasi Blog Zolkie dot Com

Ok ler jarum jam pun dah nak cecah 12 malam ni..eeeeeeeeeeeeeee -:( JANGAN pandang belakang! Takooooooooooooooot!!!! Sehingga kita jumpa lagi di lain entri -;) Salam ukhwah & salam bahagia..

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 48% [?]

  • Share/Bookmark

No related posts.

Comments

There are 11 comments for this post.

  1. hazman aka species1980 on June 3, 2009 1:06 pm

    Suatu transformasi yang lebih positif untuk bro zol….cayalah…

    hazman aka species1980’s last blog post..MASALAH di tempat kerja

  2. admin on June 3, 2009 1:18 pm

    terima kasih bro..skrg sy dah update bhgn komen dgn plugin CommentLuv & secara tak langsung membantu mempromosikan blog kawan2 yg bagi komen kat sini..win-win la kan -:)

  3. rohaizad on June 3, 2009 2:04 pm

    Pheewww….. cun`lah wehhh theme ni!

    Kadang-kadang theme yang baru dan kena dengan jiwa akan membuatkan aktiviti blogging itu lebih seronok lagi. Apa pun, kalau ada masa cubalah bro Zol tukar warna font tu kepada #000000 (hitam) sebab warna kelabu ni kalau silap haribulan, boleh mengurangkan mood pembaca.

    Oh ya, jangan lupa untuk memasang plugin Top Commentators. At least, mereka yang rajin komen dapat juga tempias hasil dari backlinks yang diberikan Zolkie Dot Com (just my 2 cents). :)

    Hidup blog Zolkie Dot Com!

  4. admin on June 3, 2009 8:13 pm

    wàn fēn gǎn xiè (ribuan terima kasih) sifu -:) hehehehe..bangganya bila sifu sudi singgah di teratak patik yang serba kekurangan ini. Segala cadangan sifu telah patik laksanakan..body text telah patik hitamkan & disebabkan theme ini tidak sudi bermesra dengan widget Top Commentators..maka terpaksa patik guna plugin Show Top Commentators untuk sidebar..harap di lain waktu sifu singgah lagi utk berkonsi tips di teratak patik & boleh ler jiran-tetangga patik di sini mendapat manfaatnya jugak ;)

  5. solehpolysas on June 4, 2009 7:45 pm

    satu perubahan yang cantik bro..
    ilmu didalam blog bro memang berguna..
    kadang kala saya hampir terlupa teknik2 dahulu..

    sekarang ini perlu FOKUS!!!
    saya nak fokus semula..

    solehpolysas’s last blog post..Cara Promosikan Produk Affiliate

  6. admin on June 4, 2009 9:01 pm

    alah..solehpolysas bro lagi terror! aku ni baru jer nak merangkak banyak gak belajar dari informasi di blog bro..terima kasih daun keladi :D

  7. KomenEbook on June 5, 2009 3:27 pm

    Satu theme yang lebih kemas dari theme saya.

    Pakai je perkataan aku..selambe kapak aje :-D

    Masih ramai yang belum sedar bidang servis merupakan salah satu cabang yang sangat menguntungkan, teruskan usaha abang Zol

    KomenEbook’s last blog post..Pakej Lengkap Perniagaan Internet: Dah Tak Perlu Hadiri Bengkel Ke?

  8. admin on June 5, 2009 3:40 pm

    terima kasih rizal :) hehehe..tu la sblm ni aku guna kata ganti diri ’saya’ selepas beberapa ketika sendiri baca setiap post tu..rasa terlalu formal pulak! So sebab tu ler skrg lebih mesra guna ‘aku’ agar lebih santai & dekat dgn kekawan yg berkunjung di sini..sama ler mcm kita sembang2 dgn kekawan face2face..kan ;) hehehe..

  9. Mantra on March 15, 2010 5:11 pm

    Abang zol dah dikategorikan sebagai pro dah nie…
    so apa lagi dah boleh jana duit dari blog niche.
    Apa pun theme blog ni memang menarik :)
    Mantra´s last blog ..Platform Blogging My ComLuv Profile

  10. admin on March 15, 2010 5:21 pm

    Terima kasih bro..! Tu rugi sgt rasanya dah lama aku dah update blog ni atas sebab2 tertentu yg tak boleh nak elakkan sehinggakan kekangan masa utk online. Insya’Allah bermula 2010 ni aku akan kembali aktif di persada berblog & buat duit di internet :-) salam suksess gak buat Mantra!

  11. SimonLINDSEY34 on July 11, 2010 10:38 pm

    Buildings are quite expensive and not everybody can buy it. But, loans was invented to help people in such hard situations.

Write a Comment

Let me know what you think?

CommentLuv Enabled