Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Surah Al-Baqarah 2:185Surah Al-Baqarah 2:185

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

================================================================
Benarkah Influenza A (H1N1) Satu Wabak Yang Dirancang Oleh Pihak Kapitalis?

Download Percuma >> http://www.zolkie.com/r/influenza-h1n1
================================================================

Alhamdulillah hari ini dah masuk 8 Ramadhan 1430H. Aku juga sangat bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas oleh Allah SWT untuk bersama-sama menunaikan ibadah di bulan yang sangat mulia ini Ramadhan Al-Mubarak. Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun & maaf kepada rakan pembaca blog ini sekiranya selama ini ada salah & silap atau terkasar bahasa yang tercoret di sini.

Semoga Kemuliaan Ramdhan Al-Mubarak ini membawakan 1001 Rahmat kepada kamu & keluarga. Bersama-samalah kita berdoa agar Keberkatan di bulan yang Mulia ini pintu rezeki kita dibukakan oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah seluas-luasnya dari pelbagai sumber yang tidak diduga..dan kepada rakan yang terlibat secara langsung dalam mencari rezeki di internet akan dipermudahkan lagi segala usaha yang dijalankan.

Baiklah, di sini aku kongsikan bersama rakan pembaca siri ceramah Ramadhan oleh tokoh ulama & sasterawan tersohor Almarhum  Professor Hamka atau Buya Hamka (1908-1981) untuk renungan kita bersama. Nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara.

Ceramah yang aku ambik dari YouTube ini bukanlah video..tetapi rakaman audio daripada kaset cuma telah diYouTubekan oleh seorang rakan dari Indonesia iaitu Syahwiza. Jutaan terima kasih kepada beliau & semoga usaha murni beliau ini mendapat keberkatan daripada-NYA Yang Maha Pengasih. Sambil-sambil kamu membuat kerja tu..boleh ler mendengar ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Almarhum & bersama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihan kepada Almarhum.

Suaranya sungguh-sungguh menyusuk kalbu..

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 5% [?]

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Salam Aidilfitri 1430H/2009

Write a Comment

Let me know what you think?

CommentLuv Enabled