Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Water Drop on Leaf

Hari ini 13 11 Ogos 2009, 12:08AM genap ler 11 hari aku nak menghantar post di blog ini. Selain sibuk dengan kerja rutin, beberapa hari ini aku agak penat mengangkut air dari sungai dan dipikul ke rumah untuk membasuh.

Pada saat aku menaip post ini hujan mula renyai-renyai, syukur Alhamdulillah kepadaNYA Yang Maha memakbulkan doa. Semalam di kampung aku penduduk mengadakan majlis doa tolak bala & solat hajat di surau..dan doa mereka Allah SWT makbulkan dengan turunnya hujan hari ini.  Aku harap hujan ini turun dengan lebat sehingga matahari terbit. Majlis ini bukan disebabkan masalah bekalan air paip..tapi yang paling menggerunkan virus H1N1 dah mula menular ke Sarawak!! Semoga Allah SWT Melindungi kita semua daripada bala virus di akhir zaman ini..amiin!

Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’. (Q.s. Ibrahim: 7)

Sejak beberapa hari yang lepas sehingga petang tadi 10 Ogos 2009 di daerah aku & beberapa daerah lain berdekatan terputus bekalan air paip kerana kekurangan air di loji. Cuaca juga panas..dan tidak hujan sehingga ler aku menaip post ini..itu pun belum lagi lebat. Loji kekeringan air bukan ler kerana kemarau kerana air di sungai masih lagi penuh..khabarnya kerana ada masalah teknikal aliran air sungai ke loji. Aku tak nak ulas lanjut masalah ini..nanti menimbulkan kontreversi pulak. Cuma harap selepas ini pihak berkenaan..belajar daripada apa yang telah berlaku sehingga loji pun boleh kontang!!!

———————————————————————————————————————————————-
Ada dikalangan rakan pembaca bertanya dari mana aku dapat theme yang comel ini & beberapa themes yang pernah aku guna sebelum ini..baiklah aku akan bagitau di akhir post ini nanti ok :D
———————————————————————————————————————————————-

Beberapa hari ini kami penduduk terpaksa bergantung kepada air sungai untuk membasuh & air yang dihantar JKR untuk tujuan minum atau memasak. Selain itu penduduk mencari alternatif sendiri..pergi ke sungai-sungai yang agak ke hulu untuk mendapat air yang lebih bersih.  Malah air minuman botol & air mineral sangat laris pada masa ini sehingga kehabisan stok dikedai..wah! Untung besar ler tokey kan :) demikian juga tong-tong air laris macam goreng pisang panas..tersenyum riang si tokey! Inilah yang dikatakan dalam buku Razzi Armansur (buku yang aku sangat minat) iaitu “Di Dalam Kesempitan Ada Kesempatan”. Ada masa nanti aku akan ulas buku ini..

Seperkara lagi yang aku sangat benci..bila nak dekat hari perayaan mula ler si tokey yang tidak bertimbang rasa ini nak naikkan harga barang. Ini memang betul-betul ambik kesempatan!!!! Kat daerah aku sekarang harga telur dah mula naik mendadak. Begitu juga gula dah mula (kononya) kekurangan stok di kedai-kedai. Setiap orang cuma boleh beli 2kg sahaja..apa ni????????????????? Malah paling dahsyat tu ada sesetengah kedai mengenakan syarat pulak..nak beli gula kena beli barangan lain dulu baru ler boleh beli gula!! Amboi..betul-betul ambik kesempatan ni!!!! Pihak berkuasa jika ada terbaca post aku ni..sila ambil perhatian ya!

Ok ler mata aku pon dah ngantok ni..esok pagi nak bawak famili pergi ke sungai lagi :( ambik air dan membasuh pakaian. Buat masa ini kat sungai dah macam pesta air pulak..ho! ho! ho! Ramai bebenor orang ‘berpicnic’ meriah sungguh sungai-sungai yang di hulu tu. Bukannya apa..air sungai di bahagian hulu agak bersih & jernih berbanding air sungai di pekan yang airnya macam teh tarik. Cuma nak pergi ke sungai di bahagian hulu tu agak memakan masa & perlu ada kenderaan sendiri..lebih kurang 30 minit – 1 jam. Biasanya berdekatan dengan rumah panjang kaum iban.

Terasa perit betul bila terputus bekalan air bersih atau air paip. Terutamanya aku yang masih ada anak kecik di rumah..begitu juga keluarga yang lain ada kanak-kanak di rumah. Peritnya kerana masalah nak minum & memasak kalau takdek air bersih. Masa ni ler baru terasa betapa kekadang kita lupa nak bersyukur akan NikmatNYA Yang Maha Pengasih & Penyayang. Baru diduga ketiadaan air paip..dah terasa sukar betul menjalani kehidupan harian. Sehingga ayat yang aku taip ini..hujan dah mula berhenti. Hmm..

Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.s. an-Nahl: 18).

Seperti yang aku janjikan kepada rakan pembaca yang berkenan dengan konsep theme blog aku ni..di bawah aku perturunkan ilmu kebal link downloadnya. Pelbagai themes yang mengancam & ada kelassss korang boleh download!

———————————————————————————————————————————————-
WordPress Theme Designer >> http://www.wpthemedesigner.com/
———————————————————————————————————————————————-

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 67% [?]

  • Share/Bookmark

No related posts.

Comments

There are 15 comments for this post.

  1. catzer on August 11, 2009 1:48 pm

    uikh..hari ni baru 11 ogos bro :)

  2. Mantra on August 11, 2009 7:55 pm

    Banyakkan bersabar abgzol…
    eh ye tak ye la abgzol…13 hb lagi 2 hari hehe

  3. admin on August 11, 2009 9:52 pm

    Muhahahahahaha :D ni kes letih..tak cukup mandi..sampai tarikh pon dah tak betul..??? Uisk..apa nak jadi aku nih!

  4. admin on August 11, 2009 9:56 pm

    Ye la aku dah betulkan tarikh tu…ho ho ho :) apa la aku ni tarikh pon dah tak betul..ni ler akibatnya menyelam lama sangat kat sungai..Alhamdulillah semalam hujan sampai ke pagi.

  5. sheffezen on August 13, 2009 3:05 am

    alamak x sempt nk tgk slh tarikh..ape2 pun..air mmg pentig.

    tp antara air dgn elektrik..mana lagi pentg?

  6. fathuri on August 14, 2009 3:30 pm

    Assalamualaikum abgzol. Pertama kali singgah di blog ini sudah terpaut. Banyaknya info2 yang best!

    Lebih-lebih lagi bila membaca biodata abgzol. Berhijrah dari bekerja dengan orang menjadi Freeman!

    Salam perkenalan dari saya & selamat menyambut Ramadhan

    Oh ye, bilamana ada kesempatan jemputlah singgah di blog saya (seorang pendatang baru dalam cyber space ini); sudi-sudilah tinggalkan komen, moga bermanfaat pada semua

    singggah ye abgzol..

  7. admin on August 15, 2009 6:53 pm

    ..dah tentu air lagi penting! Fuh memang perit beb takdek air bersih..tanpa air kita juga tak akan bertahan lama hidup betul tak ;)

  8. admin on August 15, 2009 6:55 pm

    Salam persahabatan untuk bro jugak :D yezer..aku akan singgah di blog bro nanti kita berkongsi-kongsi informasi..

  9. fathuri on August 16, 2009 4:06 pm

    Assalamualaikum abgzol. Terima kasih kerana singgah di blog saya.

    Sebelum ini saya banyak ziarah dari satu blog ke satu blog. Saya dapati kebanyakan meninggalkan komen sekadar berkata “hello” atau “meluahkan lebih kurang” apa yang mereka rasa.

    Sebenarnya mereka itu mempunyai pengalaman dan kemahiran tertentu. Sayangnya jika tidak difokuskan untuk menghasilkan sesuatu yang produktif.

    Oleh kerana itu, maka tercetuslah idea untuk, “mengorek” kemahiran dan pengalaman mereka dengan bertanyakan pendapat yang mungkin boleh membuahkan sesuatu.

    Boleh dikatakan kebanyakan dari kita mempunyai RM10 dalam poket. Kalau diminta idea bagaimana untuk menghabiskan RM10 itu, tentu ramai yang ada idea.

    Tetapi bagaimana dengan idea untuk mengembangkan RM1o menjadi RM100?
    Ramai yang tidak ada idea.

    Pun begitu, saya percaya tentu ada diantara kawan-kawan kita yang berpengalaman dan ada banyak idea.

    Atas sebab itulah saya ingin mengumpul idea-idea itu. Kalau boleh biar sampai 100 idea. Biar dapat dimanfaatkan oleh orang-orang yang belum ada idea bagaimana melakukannya.

    Jadi, saya jemput abgzol datang singgah lagi ke blog saya untuk memberi idea itu ye…

    Kadang-kadang idea yang bagus memang boleh datang dengan sedikit presure untuk berfikir…

    Salam ceria dari saya…

    pembaca sedang menunggu idea dari abgzol…

    keep in touch ye..

    Assalamualaikum

  10. admin on August 17, 2009 10:22 pm

    Oh, begitu rupanya. Baiklah, aku akan pikirkan bagaimana nak kembangkan RM10 menjadi RM100. Pada mulanya aku pikir Fathuri sudah ada program yang nak dilancarkan iaitu formula mengembangkan RM10 menjadi RM100..mungkin ebook atau laporan khas. Kepada rakan pembaca blog ini aku juga menjemput kamu untuk singgah di blog Fathuri dan sila tinggalkan idea kamu bagaimana boleh mengembangkan RM10 menjadi RM100 & insya’Allah tak mustahil idea-idea ini akan dikembangkan atau dikoleksikan dalam bentuk digital..mungkin juga bro Fathuri akan memberikan F.O.C kepada kamu nanti untuk dikongsikan atau dipraktikkan.

    U.P – Korang boleh melawat blog beliau di fathuri.com

  11. fathuri on August 20, 2009 11:11 am

    Assalamulaikum Abgzol. Terima kasih kerana telah berkongsi idea. Idea abgzol memang praktikal!.

    Jom kita, ajak ramai2 kawan blogger kita untuk mulakan “larian” mencipta sejuta. Selama ini kita asyik dengar kejayaan orang lain saja kan abgzol. Lagipun kita tidak pernahpun didedahkan step-bye step bagaimana sejuta itu dicipta.

    Idea “bagaimana RM10 jadi RM100″ adalah untuk melihat dan membuktikan orang biasa macam kita juga boleh sampai ke fasa ke-7 (memiliki RM1juta)

    Dapatkah abgzol bayangkan bagaimana agaknya perasaan bilamana 100 orang sedang memulakan “perlumbaan” mendaki fasa demi fasa itu.

    Tentu seronok dan memotivasikan, apatah lagi bilamana 100 orang tadi saling berkongsi idea bagaimana mereka berjaya melakukannya. Oh!…so exiciting!

    Pada masa depan kita akan berkongsi pula idea bagaimana RM100 jadi RM1000.

    Namun buat masa ini saya lebih teruja, untuk mendapatkan 100 idea dari 100 orang yang mahu memulakan “marathon” mencipta sejuta bermula dari “0″

    Mohon sebar-sebarkan ye abangzol

    Terima kasih sekali lagi, kerana berkongsi idea, Bilamana ada idea baru kongsi lagi kepada kami ye.

    InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa.

    Salam ceria & selamat menyambut Ramadhan (Lusa)

    Singgah lagi ye abgzol

    Assalamualaikum

  12. rohaizad on August 22, 2009 11:31 am

    Buzy ye bro?
    Blog ni pun nengok dah jarang-jarang update… huhuhuhu

  13. boss on August 31, 2009 3:35 pm

    aku time takde air.. gi mandi air terjun la he he… best gak..

  14. admin on September 1, 2009 9:23 am

    @ rohaizad – Heheheheee..kena kuatkan semangat lagi ni agar sentiasa rajin update blog macam ijad :D

    @ boss – wah bestnya mandi air terjun..sure sejuk & segar mugar kan :) air terjun kat mana tu?

  15. HobbsAdela on July 14, 2010 8:27 pm

    Every one acknowledges that today’s life seems to be high priced, but we require cash for various things and not every person earns enough money. Thence to receive fast credit loans or just short term loan will be a right solution.

Write a Comment

Let me know what you think?

CommentLuv Enabled