Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Muhammad Kasyful Azhim

Maaf dalam beberapa hari ini aku offline tak sempat nak online kerana ada hal kecemasan. Aku menemani isteri melahirkan anak kedua kami di Hospital Besar bandar Sibu. Dapat online sekejap ni pun sebab kebetulan aku terpaksa balik sekejap ke rumah untuk mengambil dokumen bagi urusan pendaftaran anakku yang baru dilahirkan. Minta maaf kepada rakan pembaca blog ini & juga pelanggan Zolkie dot Com kerana kelewatan hantar produk pesanan kamu. Mungkin dalam sehari dua ini aku masih offline kerana masih menemani isteriku & anaku di hospital. Banyak entri & review produk yang dirancangkan terpaksa aku tangguhkan buat sementara waktu ini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Yang Maha Agung, pada 14 April 2009, jam 3:44am permata hatiku dan isteri, Muhammad Kasyful Azhim 3.87kg (Yang Terpuji Pembukaan pintu hati dari Allah Yang Maha Besar) telah selamat dilahirkan dengan kaedah cesarean. Ini kali kedua isteriku melalui saat-saat genting & mendebarkan kerana anak pertama kami Nur Qurratu’aini (Cahaya penyejuk hatiku) juga dilahirkan dengan kaedah yang sama.

Sebenarnya anak yang kedua ini isteriku mahu melahirkan cara normal kerana ingin melalui pengalaman tersebut. Pada hari Sabtu 13 Jun  2009 isteriku telah merasai tanda-tanda akan melahirkan anak. Pada sebelah malamnya kesakitan bahagian pinggang & perut semakin terasa lantas terus kami pergi ke Hospital daerah Saratok. Setibanya di hospital setelah pemeriksaan dibuat oleh doktor, isteriku harus di hantar ke Hospital Besar bandar Sibu (2 jam perjalanan dari kampungku) kerana masalah ketiadaan doktor pakar di hospital Saratok & kekurangan bank darah.

Pada malam itu juga isteriku ditemani adikku Mislia dibawah oleh ambulan dan aku pula follow dengan kereta sendiri bersama seorang lagi adikku perempuanku Madinah. Setibanya di hospital Sibu, doktor juga mengesahkan yang isteri tidak dapat melahirkan cara biasa kerana katanya ‘big baby’ & risiko yang terpaksa isteriku hadapi kerana sebelum ini juga telah melahirkan anak dengan kaedah cesarean. Kami sama-sama setuju demi keselamatan isteriku & anak kami.

Saat-saat menunggu kelahiran anakku sangat mendedabarkan sama seperti yang aku lalui semasa anak pertama dilahirkan. Pengubat kerisauan di hati adalah membaca surah Yassin yang aku bawa..sehingga dalam jam 4 lebih pagi anakku telah di bawah keluar dari bilik pembedahan. Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa bersyukur & gembiranya aku apabila melihat keadaan anakku yang selamat..sehat..comel..saat mendengar tangisannya yang paling mengembirakan bagi sesiapa sahaja yang pernah melalui saat ini.

Kerisauan aku pula kembali kepada isteriku yang belum lagi keluar dari bilik pembedahan..sehingga jam 5 lebih pagi barulah aku lega & bersyukur kerana isteri telah selamat keluar..dia tersenyum memandangkan. Jelas keriangan di wajahnya..berseri & tidak ada langsung tanda-tanda kesakitan yang baru sahaja dia lalui. Mana-mana wanita pun yang pernah melalui saat-saat genting melahirkan anak terutamanya anak pertama faham situasi ini..hilang segala kesakita setelah melihat wajah comel & tangisan si baby!

Baiklah, ikutkan hati banyak lagi yang nak aku kongsikan di sini. Tetapi masa tidak mengizinkan..lantaran aku terpaksa bertolak semula ke Hospital Besar Sibu menguruskan pendaftaran kelahiran anakku dan menemani mereka sementara dibenarkan keluar wad. Berita gembira aku baru jer bercakap dengan isteriku di telefon..doktor mengesahkan anak kami sihat & dibenarkan keluar wad hari ini. Cuma keadaan isteriku je masih dalam pemeriksaan doktor..kalau sehari dua ini ok maka kami akan balik ke rumah. Berdoalah semoga kesihatan isteri & anakku di tahap cemerlang ya :)

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 100% [?]

  • Share/Bookmark

No related posts.

Comments

There are 25 comments for this post.

  1. solehpolysas on June 15, 2009 12:16 pm

    wah, tahniah bro..
    dah selamat dilahirkan anak kedua..
    semoga sehat sentiasa dan dirahmati ALLAH..

  2. mantra on June 15, 2009 12:24 pm

    tahniah…tahniah…tahniah bro…
    makin bertambah rezki la lepas ni…insya Allah…
    comel tul anak bro ni :)

  3. alfie on June 15, 2009 1:31 pm

    weh,tahniah bro,semoga melimpah lagi rezeki ko tahun nie
    :)

  4. hazman aka species1980 on June 15, 2009 2:42 pm

    Alhamdulillah…..semuanya selamat…. semoga dipermudahkan urusan seharian dan dimurahkan lebih REZEKI dengan kelahiran new born baby….. :)

    hazman aka species1980’s last blog post..IPhone 3G S gajet terbaru

  5. ainalhanisda on June 15, 2009 3:50 pm

    tahniah dengan kelahiran se orang lagi cahayamata dan bertambah nya umat Muhammad…

  6. Nozi on June 15, 2009 4:53 pm

    Alhamdulillah. Selamat kedua-duanya. Kalo lagi dua hari sama la tarikh lahir saya..hehe. Besar la baby mcm anak kedua saya juga. Saya pun first caesar, tp yg kedua ni boleh pula normal,tp besar lebih kurang anak AbgZol, 3.73kg.
    Apa2 pun yang penting selamat mak dan anak. Semoga dimurahkan lagi la rezeki hendaknya. :)

  7. mirlme on June 15, 2009 6:46 pm

    tahniah bro..
    mesti kiut baby kitak tok!

  8. hizmi on June 16, 2009 5:56 am

    tahniah bro….moga anak bakal pengganti bapanya menjadi pro blogger or milionaire blogger…salute..

    hizmi’s last blog post..linkbuck+money

  9. Hayati Jalil on June 16, 2009 7:59 am

    Congrat! Cik Zol for a new baby.Plaese take a good care both of them…..

  10. XploR on June 16, 2009 10:55 am

    Tahniah bro. Semoga anak dan isteri sihat walafiat.

  11. admin on June 17, 2009 9:43 pm

    Alhamdulillah. Berkat doa bro juga :) terima kasih & semoga rezeki kita sama2 mencurah di internet.

  12. admin on June 17, 2009 9:46 pm

    Terima kasih banyak2 bro. Ya..semoga rezeki kita di internet & di luar internet semakin dibuka seluas-luasnya oleh Allah Yang Maha Pemurah. Heee..comel macam ibu & abahnya :P

  13. admin on June 17, 2009 9:47 pm

    Semoga rezeki kita sama-sama diberkati-NYA dunia & akhirat. Terima kasih ribu-ribu lemon bro..

  14. admin on June 17, 2009 9:50 pm

    Bersyukur di atas Kebesaran Allah Yang Maha Berkuasa..berkat doa rakan2 di sini ibu & anak selamat melalui saat-saat genting. Semoga bro juga suksess dalam apa pun yang diusahakan..dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya ;)

  15. admin on June 17, 2009 9:52 pm

    Alhamdulillah. Cuma keisauan tetap ada kerana terlalu banyak dugaan & cabaran membesarkan anak2 di zaman sekarang. Semoga Ainalhanisda juga sentiasa di dalam keberkatan-NYA Yang Maha Pengasih..amiin.

  16. admin on June 17, 2009 9:56 pm

    Terima kasih Nozi. Kami telah selamat balik ke rumah, cuma ada masanya anak pertama macam jeles pulak..ehhehehe :) sure Nozi juga pernah melaluinya. Tapi inilah pengalaman yang sangat indah untuk mana2 pasangan suami isteri kan ;) semoga rezeki Nozi sekeluarga juga dimurahkan semurah-murahnya..

  17. admin on June 17, 2009 9:58 pm

    Aok cute macam ibu & abahnya :) bro keluarkan ebook panduan ‘buat baby’ cute pulak ;) kui..kui..kui..thank’s bro atas ucapan ya.

  18. admin on June 17, 2009 10:01 pm

    Amiin :) Semoga doa bro dimakbulkan Allah Yang Maha Agung. Didoakan jua semoga bro suksess mencapai impian..ke mercu jutawan internet!

  19. admin on June 17, 2009 10:03 pm

    Wah..tu dia x-student aku dah muncul. Thank’s Hayati..so camner bisnes internet Hayati sekarang? Dah mulakan operasi ke? Semoga Hayati sekeluarga juga senitiasa di dalam Perlindungan-NYA & Keberkatan-NYA setiap masa!

  20. admin on June 17, 2009 10:05 pm

    Terima kasih XploR. Semoga bro sekeluarga juga sehat sejahtera & sentiasa suksess dalam apa pun yang diusahakan..

  21. titan on June 20, 2009 7:15 pm

    tahniah. :) semoga murah rezeki!

    titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat Duit dengan ExitJunction

  22. admin on June 20, 2009 11:35 pm

    Terima kasih bro :) semoga kita sama2 dimurahkan rezeki selamanya!

  23. Nozi on June 21, 2009 11:51 am

    Terima Kasih. Mmg anak pertama akan start jeles. So, kalau cium yg kecik,kena juga cium yg besar. Kalo anak sulung saya,siap cakap lagi. “Mama cium adik je tak cium saya pun.” Kena balance la dan saya bahasakan kakak dan adik supaya dia terasa bahawa dia seorang kakak.

  24. Rizal Komenebook on July 28, 2009 9:16 am

    Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kerana Allah kurniakan Abg Zol rezeki yang tak ternilai ni, semoga ia menguatkan lagi azam Abg Zol untuk gigih berusaha dan sukses :-)

  25. admin on July 31, 2009 2:46 pm

    Terima kasih Rizal. Semoga bro juga semakin dilimpahkan rezeki daripadaNYA Yang Maha Pemurah :)

Write a Comment

Let me know what you think?

CommentLuv Enabled