Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Assalammu’alaikum wbth & Salam persahabatan,

Alhamdulillah akhirnya blog ini selamat dilancarkan. Telah lama dirancang tetapi kekangan masa membantutkan jadual pelancaran. Selain itu sebab tengah fokus menyiapkan beberapa buah laman web jualan produk rangkaian Zolkie dot Com yang juga telah selamat dilancarkan..syukran ia telah menjana pendapatan untuk saya.

Blog? Sebenarnya saya memang tak tahu langsung apa itu blog sebelum menerjah ke dunia IM ni. Jangan nak kata bina blog..bina laman website lagi ler saya tak tau. Saya sangat berterima kasih kepada saudaran SmartZul kerana ebook “Pakej Kit Blogger” telah banyak membantu saya membina blog dot com sendiri. Tidak lupa juga penghargaan saudara Amirol Zolkifli kerana “Video Tutorial Panduan Minisite” beliau telah memantapkan lagi kemahiran & pemahaman saya dalam membina laman web jualan atau minisite yang menguntungkan!

Buat Duit Di Internet? Bermula daripada suka-suka surf internet..akhirnya menimbulkan minat untuk mendapatkan duit daripada internet. Dulunya saya ni minat dengan bisnes MLM..dari situ ler start kenal apa itu bisnes internet. Masa tu yang tahu cuma laman web autodownline & memang pernah gak rasa dapat duit. Selepas tu mula ler joint pelbagai program reseller yang berkonsepkan autodownline..matrik..dan yang seumpamanya. Time tu memang main SPAM jerk email orang promote program..memang tak tau langsung etika dalam perniagaan internet ni..huk..huk.. :D

Ebook? Memang pada masa tu saya tak tau apa kejadahnya ebook tu :) huk..huk..! Ingat lagi ebook pertama saya order di internet pada masa “TsunamiWang” memang tengah hot & kontroversi masa tu terutamanya di forum WangCyber. Begitu juga masa era AutoSurf..topik-topik yang hangat didebatkan di WC. Jumpa WC pon tak sengaja..terjumpa masa dok surf web-web perniagaan internet & buat duit di internet. Beli “TsunamiWang” tu pon pasal nak tau rahsia buat duit banyak seperti yang dicanangkan dalam salesletternya..dan disebabkan isu kontroversi tu jugak ler! Hakikatnya forum WC lah tapak saya mula belajar selok-belok perniagaan internet & konsep buat duit yang sebenar..! Tidak lupa juga pakej ebook “Sistem Rahsia Amirul Faisyal” yang saya beli pada tahun 2008 juga telah banyak membuka mata saya untuk mempelajari lebih serius lagi ‘kuasa perniagaan internet’ & terus melangkah ke hadapan!

Bina Laman Web? Manakala panduan pertama yang membantu saya tau membina laman web adalah “1 Jam Membina Laman Web Perniagaan (asas)” oleh Fuad Latip. Selepas itu ebook kedua saya beli & popular juga pada masa tu “Chapter-M” oleh otai IM saudara Gobala Krishnan. Dari situlah saya kenal apa itu PayPal & betapa pentingnya buka akaun PayPal kalau nak serius buat duit di internet!

MRR vs Affiliate? Sebenarnya 3 buah ebook inilah titik permulaan saya mula merasai ‘dapat duit secara online’ yang mana “Chapter-M” saya mendapat lesen MRR (boleh jual balik & 100% keuntungan milik saya). Kebetulan pada masa tu di kalangan peminat bisnes internet memang sangat memerlukan ebook yang memberi panduan bagaimana nak CASH kan duit dari PayPal kerana pada masa tu tak boleh nak cashkan terus ke akaun bank di Malaysia. Manakala “1 Jam Membina Laman Web Perniagaan (asas)” saya telah mendapat kepercayaan daripada penulis saudara Fuad Latip & dilantik sebagai agen jualan yang sah. Dan ebook “TsunamiWang” income pertama saya daripada hasil program affiliate..pada ketika tu tak tau pon affiliate tu apa :D ha..ha..main hentam jerk daftar jadi agen dan promote gila-gila ke email orang tak dikenali (teknik SPAM ler tu!). Jangan buat tau..salah di sisi undang-undang IM!!

Inspirasi? Dipendekkan cerita, saya mengenali perniagaan internet ini sejak 2005 & buku pertama menjadi sumber inspirasi saya adalah “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” oleh Dr Irfan Khairi. Antara lainnya yang turut menarik minat saya dalam IM ni adalah buku “Rahsia Buat Duit Di Internet” (SaifulSham) yang saya beli pada tahun 2006, “15 Teknik Efektif Internet Marketing” (Fuad Latip) juga saya beli pada tahun 2006..dan pada tahun 2007 keyakinan saya untuk terus bergerak serius dalam perniagaan internet adalah buku daripada otai IM Shuth iaitu “Rahsia Blogger”.

Nekad? Bermula 2009, saya telah nekad untuk membina perniagaan internet dengan serius & saya bermula dengan menjual produk-produk digital yang saya dapatkan daripada penulis asal dengan Lesen Hak Jual Kembali (RR & MRR). Alhamdulillah, berkat usaha..tidak mudah berputus asa dengan trial & error kini saya dah mula merasa menikmati pendapatan hasil daripada web jualan saya sendiri. Itulah kepuasan peribadi yang tak boleh nak diungkapkan di sini..

Di antara produk-produk hot yang telah menjana pendapatan kepada saya, anda boleh lihat di sini..

Orait ler tu sebagai catatan pertama saya di blog ni. Insya’Allah saya akan update blog ni sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari seminggu dengan perkongsian info perniagaan internet & peluang-peluang buat duit di internet. Di samping tu, isu-isu semasa pon kita bincangkan bersama di sini.

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 13% [?]

  • Share/Bookmark

No related posts.

Comments

There are 3 comments for this post.

  1. Sapikk on May 3, 2009 8:00 pm

    Wah.. abg zol punye pengalaman hampir sama dengan saya.. Teknik SPAM tu pun saya buat gak dulu.. mase mule2 join IM ni.. hehe.. tpi SPAM ni mmg buang mase je kan? Jarang org nak join klo kite menyepam.. huhu
    BTW, First Post, and I am First Commentator here.. means in this first post.. :)

    p/s: Nice Wordpress Theme.. :)

  2. admin on May 3, 2009 9:09 pm

    Tahniah Sapikk orang pertama buat comments kat blog saya nih :) terima kasih. Yup! Memang teknik SPAM nih buang masa jerk..dulu tak paham etika IM la nih dah paham dan selalu gak kena SPAM kat email persoanl memang naik angin gak ler pasal penuhkan inbox jerk..macam tu ler gak perasaan org lain yg kita SPAMkan dulu :D muhahahaha..! Saya dulu rajin…kumpul email org kedian buat ‘database’sendiri dalam microsoft word..kui..kui..

  3. IlaBarber on July 22, 2010 5:02 pm

    I received 1 st loan when I was not very old and that helped my relatives a lot. However, I require the secured loan over again.

Write a Comment

Let me know what you think?

CommentLuv Enabled