Salam suksess buat rakan-rakan pembaca,
Lama rasanya aku tak buat review ebuku & hari ni aku nak kongsi sebuah ebuku yang sangat berfaedah untuk kamu khususnya yang terlibat dengan ‘pemasaran email’.
Sebelum itu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Rahman Basri penulis ebuku ini kerana telah bermurah hati memberi panduan yang sangat bernilai ini percuma kepada semua pembaca. Beliau telah berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan beliau dalam menjana pendapatan lumayan di internet di dalam ebuku ini yang mana beliau telah mengupas strategi/skill dalam pemasaran email.
Ebuku Panduan Autoresponder ini mengandungi 37 muka surat termasuk cover. Rahman Basri mula dikenali dipersada internet marketing sekitar bulan Ogos 2009 yang mana beliau telah melancarkan ebuku berbayar pertama beliau “Pakej Kit Photoshop” dan November 2009 pula ebuku kedua iaitu “Rahsia Mahir Excel”.
Terdapat 6 bab yang akan kamu pelajari & ianya sangat-sangat memuaskan. Terlalu banyak skill & strategi penggunaan autoresponder yang akan didedahkan. Malah penulis juga telah membuat perbandingan setiap autoresponder berbayar seperti AWeber, GetResponse & Norabots. Berikut adalah bab yang akan kamu pelajari:
- Mukadimah Ringkas
- Tentang Penulis
- Bab 1: Mengenali Autoresponder
- Kenali apa itu mailing list?
- Bagaimana mengumpul senarai email?
- Mengapa mengumpul email melalui autoresponder dianggap sah?
- Apakah sistem autoresponder?
- Mengapa kita perlukan sistem autoresponder?
- Jenis-jenis autoresponder
- Bab 2: Perbezaan AWber, GetResponse & Norabots
- Bab 3: Cara Melanggan Autoresponder Berbayar
- Bab 4: Menjana Pendapatan Melalui Autoresponder
- Kita bakal kerugian RM20,000 setahun!
- Menjana pendapatan melalui produk sendiri
- Menjana pendapatan melalui produk affiliate
- Bab 5: Beralih Autoresponder
- Bagaimana mengekalkan subscriber anda
- Penutup
Nah! Berbaloi tak download ebuku ini? Aku rasa kalau penulis menjualnya dengan harga RM30 pon berbaloi-baloi..! Selama ini aku menggunakan sistem autoresponder percuma yang dipasang di hosting, tetapi setelah aku membaca ebuku ini aku rasa dah tiba masanya untuk aku beralih kepada autoresponder berbayar. Persoalannya, nak ambik yang mana satu ya?
Mungkin semasa kamu membaca review ini program PPL untuk ebuku ini telah tamat. Sebab itu aku berikan link untuk kamu download Panduan Autoresponder ini terus daripada sini tanpa mengisi borang opt-in. Klik di sini untuk download sekarang!

Casestudy Rahsia Kejayaan Newbie Affiliate
Malah sebuah lagi ebuku perkongsian kejayaan Rahman Basri dalam menjana pendapatan tanpa modal ialah “Casestudy Rahsia Kejayaan Newbie Affiliate” (ebuku berbayar) yang mana dalam ebuku ini beliau telah mendedahkan rahsia ekslusif bagaimana dalam setiap pertandingan affiliate telah menjana menjadi top 2. Paling aku respek tu bagaimana Rahman berjaya menyertai cabaran affiliate tertutup “Tips Penjimatan” yang syaratnya sekurang-kurangnya mesti memiliki 4000 list subscriber. Sebagai newbie dah tentu list subscriber beliau tidak sebanyak tu! Yang dahsyatnya Rahman berjaya menduduki tempat ke-2 dalam cabaran Affiliate Tips Penjimatan selain mendapat komisyen beliau telah dihadiahkan RM500 daripada penganjur..tahniah bro! Heee..terliur aku!!!
Dalam ebuku ini yang mahalnya Rahman telah mendedahkan rahsia email marketing beliau dan setiap screenshot email broadcast yang beliau gunakan disertakan. Ianya sangat praktikal..skill dan strategi beliau dalam menghantar email kepada list subscriber telah terbukti membuahkan kejayaan. Senang cakap rahsia beliau “sambil menyelam, minum air”..nak tau maknanya kena ler dapatkan ebuku ini daripada Rahman sendiri. Sila ler berkungjung di blog beliau untuk info lanjut. Selain strategi email marketing..dalam ebuku ini beliau juga berkongsi triks & keberkesanan forum marketing. Ini turut membantu kejayaan Rahman dalam menjana pendapatan lumayan hanya sebagai agen affiliate. Screenshot bagaimana beliau menjalankan promosi di forum WangCyber.com juga disertakan di dalam ebuku ini.
Kesimpulan yang boleh aku buat..dengan mempraktikkan email marketing & forum marketing semaksimanya semua orang mampu menjana pendapatan lumayan di internet meskipun jika tidak memiliki produk sendiri. Cukup sekadar mempromosikan produk orang lain iaitu sebagai agen affiliate..kamu & aku boleh menjadi Rahman & IM yang lain menjana pendapatan lumayan di internet hanya dari keselesaan di rumah! Dan jangan lupa..memilih sistem autoresponder yang berkaliber & meyakinkan juga adalah faktor terpenting dalam kejayaan email marketing.
“Kalau Berminat Nak Jadi Agen Affiliate Klik Di Sini Untuk Lubuk Duit Di Internet”
Sekarang aku tengah memilih mana satu sistem autoresponder berbayar yang akan aku langgan. Jika sebelum ini hanya dengan sistem autoresponder percuma aku masih mampu merasai pendapatan di internet..sudah tentu dengan melanggan sistem autoresponder berbayar kelak lebih luas rezeki aku dalam menjana pendapatan di persada internet.
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 41% [?]
Related posts:



















ebook panduan autoresponder sebenarnya mempunyai nilai yang hampir sama dengan ebook berbayar. Perbezaan ketara autoresponder berbayar dan percuma didedahkan dengan baik sekali…
Yup betul tu bro. Sebenarnya takdek masalah gak kalau nak guna autoresponder percuma..cuma apabila jumlah list tu semakin besar terutamanya mencecah 1000++ masa tu ler akan timbul masalah teknikal. Sebab tu kalau ada modal atau kemampuan lebih baik melanggan autoresponder berbayar yg lebih profesional & selamat. Aku pon akan berpindah ke autoresponder berbayar..dan maklumat yg didedahkan di dlm ebuku ini yg menyemarakkan lagi smgt aku utk bertukar
Link download tu tak boleh pakai lagi ke?
annuar´s last blog ..Kenapa Rekabentuk Blog Penting?
Oh, ya..terlupa nak betulkan link download. Bukan apa sebelum tu aku guna format .PDF & dah ditukar ke .RAR pasal tu tak leh nak aksess coz link tu lupa nak dibetulkan..sorrrrrrrrrrrrrrrrrryyy
walau apa pon terima kasih sudi singgah di sini.
Some time before, I really needed to buy a car for my firm but I did not have enough cash and couldn’t buy anything. Thank God my father suggested to try to take the mortgage loans from reliable bank. Therefore, I acted so and used to be happy with my short term loan.