Salam sukksess buat rakan pembaca setia Zolkie dot Com. Terima kasih masih sudi singgah di sini..dan singgah-singgah ler selalu banyak lagi yang akan saya kongsikan.
Kali ini saya nak berkongsi artikel yang sangat bagus dari Siri Panduan Newsletter Panduan Kejayaan Affiliate Eruwan Gerry, Jun 2009! Jika anda salah seorang rakan affiliate beliau..maka artikel ini telah tiba di Inbox email anda. Tetapi jika anda belum mengetahui akan kewujudan Program Affilaite Eruwan Gerry..saya sangat syorkan anda sertai sekarang juga! Sebabnya selain beliau adalah IM yang sangat berjaya baik di Malaysia mahupun di peringkat international..komisyen yang diberi juga adalah yang tertinggi di Malaysia. Anda boleh sertai pada link di bawah sekali artikel ini..
***********************************
Salah satu cara berkesan di dalam meningkatkan keuntungan di dalam pemasaran affiliate anda adalah dengan menggunakan kaedah review produk. Ramai internet marketers yang juga merupakan affiliate kepada orang lain mengetahui bahawa kaedah ini merupakan di antara kaedah yang paling berkesan di dalam mempromosikan sesuatu produk affiliate.
Sekiranya pengunjung atau subscriber mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap anda, maka mereka akan mempercayai review produk anda.
Anda boleh memberikan review untuk produk affiliate tersebut melalui email atau blog. Kedua-dua kaedah tersebut mempunyai kesan yang hampir sama. Review produk anda sepatutnya dapat memberikan sedikit gambaran kasar mengenai produk tersebut dan bagaimana ia boleh membantu pelanggan atau subscriber anda untuk mencapai sesuatu objektif.
Anda tidak perlu takut untuk memberitahu perkara-perkara yang tidak anda sukai mengenai sesuatu produk. Sebaliknya pengunjung atau subscriber anda akan dapat merasakan kejujuran anda dan review anda akan tampak lebih realistik dan bukannya berbunga-bunga memuji produk orang lain. Ini seterusnya akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang internet marketer yang berlaku jujur di dalam urusniaga anda.
Di samping itu, pengunjung yang berminat terhadap produk yang anda review sudah pasti ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kebaikan produk tersebut, apa yang tidak baik dan bagaimana produk tersebut akan dapat membantu mereka.
Di dalam melakukan review untuk sesuatu produk, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadikan promosi tersebut lebih berkesan dan akan membuahkan hasil yang lumayan untuk anda.
Pertamanya, anda perlu menulis seperti seorang pakar di dalam bidang anda.
Anda perlu ingat perkara penting ini: Rintangan disebabkan harga produk yang tinggi adalah berkadar terus kepada keyakinan pengunjung terhadap anda. Jika pengunjung mempercayai anda sebagai seorang pakar di dalam bidang anda, maka mereka akan lebih tertarik untuk mendapatkan produk tersebut. Namun demikian, jika pengunjung kurang keyakinan terhadap diri anda dan apa yang anda sampaikan, maka sudah tentu mereka tidak akan membeli produk yang telah anda sarankan.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan “aura” kepakaran ini? Cara paling mudah adalah dengan memberikan keunikan dan maklumat yang tidak boleh diperolehi daripada mana-mana laman web lain di dalam laman web atau email anda.
Elakkan sama sekali sebarang bentuk promosi yang berapi-api atau berbunga-bunga. Adalah lebih baik untuk mempromosikan sesuatu dengan yakin dan jelas daripada perlu mengapi-api berlebih-lebih untuk mempromosikan sesuatu produk. Ini perlu dilakukan agar anda menunjukkan sikap profesional yang akan menarik keyakinan pengunjung anda.
Anda perlu ingat; pengunjung dan subscriber anda bukannya bodoh! Mereka mungkin juga merupakan pakar di dalam bidang yang sama dengan anda dan mempunyai lebih maklumat daripada apa yang anda ada. Jika anda boleh menyampaikan review produk anda dengan disokong oleh data-data dan maklumat yang jelas, maka mereka dengan mudah akan sanggup mengeluarkan beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan produk tersebut. Jika anda tidak dapat memberikan maklumat sokongan yang jelas, maka dengan mudah mereka akan beralih kepada pesaing-pesaing anda yang mampu memberikan maklumat yang lebih jelas.
Semasa membuat review produk, adalah satu strategi yang baik untuk memberikan produk promosi secara percuma. Ramai internet marketers yang memberikan produk bonus untuk produk-produk jualan mereka sendiri tetapi tidak ramai yang mahu memberikan produk bonus kepada produk-produk affiliate yang mereka promosikan. Oleh itu, anda boleh memberikan tawaran yang menarik kepada pengunjung-pengunjung anda dengan memberikan tawaran bonus kepada mereka yang membeli daripada anda. Sebaik-baiknya, cuba berikan bonus percuma yang boleh membantu untuk mempromosikan produk utama yang sedang anda promosikan.
Satu perkara penting lagi, sebelum anda bertindak untuk membuat review produk dan mempromosikan sebarang produk terbaru kepada pengunjung dan subscriber anda, sebaik-baiknya anda mencuba sendiri produk tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan kebarangkalian anda mempromosikan produk-produk sampah yang boleh menjejaskan keyakinan pembeli anda untuk membeli lagi daripada anda di kemudian hari. Kesilapan kecil ini boleh menjejaskan reputasi anda untuk jangkamasa yang panjang. Sebaik-baiknya, cuma promosikan produk-produk yang anda betul-betul 100% yakin terhadap keberkesanannya.
“Jika anda mampu menghasilkan review produk yang mantap dan jelas, maka ia akan mampu menjana hasil yang berterusan untuk anda pada satu jangkamasa yang panjang”.
Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!
Zolkie Baki aka abgzol
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol
Popularity: 16% [?]
Related posts:
















teknik yang betul ni bro..
memang teknik inilah yang paling berkesan..
saya tengok bro sekarang ini seperti mendalami teknik ini..
hehe, pasti lepas ini berjaya mendapatkan jualan terhangat…
cayalah abgzol…mmg ni salah satu teknik yg berkesan…
walaupun hasil ni tak sehebat teknik2 lain spt mailing list tp tetap masyuk…
solehpolysas..yup kalau kena dengan gayanya memang boleh buat duit terutamanya dgn program2 affiliate. Tu ler pasal produk RCB Gobala Krishnan & Zamri Nanyan meletop tu..padahal main productnya adalah review site utk produk2 ClickBank.
Yuzmir..cayalah jugak kat yuzmir pasal dah kembali online -:)