Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

teknik pemasaran blog1 REVIEW: Teknik Pemasaran Blog v1.0

Kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah ebook yang aku dah download beberapa minggu yang lepas. Cuma dek kekangan waktu membataskan aku untuk post review di sini. “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ setebal 26 muka surat ini telah ditulis & diterbitkan oleh rakan IM aku Khairul Hakimi atau lebih dikenali di dunia internet ni sebagai KampungBoy.

Panduan yang dikongsikan di dalam ebook ini dikhususkan kepada blogger yang menggunakan platform WordPress atau blog yang dihostkan sendiri. Kemampuan menarik trafik yang tinggi ke laman blog kamu adalah sangat mustahak jika ia melibatkan ‘buat duit’ di internet. Terdapat banyak teknik untuk menzahirkan perkara ini sama ada yang percuma atau pun yang berbayar. Terima kasih kepada KampungBoy kerana telah mendedahkan pelbagai teknik percuma & berkesan dalam ebook ini untuk menarik ramai trafik ke blog kamu.

Terdapat 16 topik utama yang dihuraiakan di dalam ebook ini. Topik pertama yang dibincangkan adalah “Pemilihan Penyedia Hosting” yang mempunyai kreadibiliti & reputasi yang cemerlang untuk tapak blog dot com kamu saya sangat setuju dengan penulis. Ini kerana telah banyak juga berlaku jika tersilap pilih penyedia hosting ia akan memberi kesan buruk kepada reputasi diri dan blog kamu. Bayangkan setelah berbulan atau bertahun kamu membina brand & reputasi diri kamu melalui blog atau laman website..tetapi secara tiba-tiba sahaja laman web atau blog kamu HILANG & LENYAP begitu sahaja!!! Tidak kah ini menyebabkan kamu GILA dibuatnya..lebih-lebih lagi kalau masalah ini TIDAK dapat diselamatkan & kesemua data kamu di hosting tersebut HANCUSSSSSSSSSSS..berkubur begitu jerk! Uwaaaaaaaaaaaaa…

Topik kedua pula “Elakkan Grafik Yang Tinggi Resolusinya/size” juga perlu diambil berat oleh kamu jika tidak mahu kehilangan pelawat yang berpotensi membantu menarik trafik yang tinggi dan sekaligus mampu menjana duit di blog kamu. Perkara ini sering diabaikan oleh kebanyakkan blogger baru..apabila terlalu lama menunggu masa loading sesiapa pun akan hilang sabar dan meninggalkan laman blog tersebut. Kamu harus membaca topik ini yang telah dihuraikan oleh KampungBoy dengan ringkas, bersahaja & memberi impak terbaik untuk blog kamu kelak!

Apa yang paling ditekankan di dalam ebook ini adalah topik ketiga iaitu “Senarai Plugin Pilihan (trafik)” yang sangat bermanfaat untuk menarik trafik yang tinggi ke laman blog kamu. Saya sendiri pun tengah mempraktikkan apa yang penulis dedahkan di ebook “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ ini & mengharapkan akan mendapat hasil yang memuaskan. Semua blogger di dunia mengakui platform WordPress sangat ‘user friendly dari sudut SEO’ dan ini menyebabkan setiap mereka yang serius dalam membina kredibiliti di dalam berblog akan memilih WordPress. Seiring dengan kanduangan blog yang berkualiti..jumlah pengunjung atau trafik yang ramai akan memberi keuntungan kepada kamu. Sudah pasti akan mampu menarik DUIT ke blog kamu kelak!

Untuk pengetahuan kamu KampungBoy telah membocorkan 5 jenis plugin mesra SEO yang WAJIB kamu install di WordPress blog kamu kalau ingin mendapat trafik yang tinggi atau menarik ramai pengunjung. Maaf ya..saya tidak boleh membocorkan rahsia sulit KampungBoy di sini kerana SYARATNYA  kamu harus mendapatkan ebook ini sendiri daripada beliau. Bagaimana nak dapatkannya? Senang jerk kamu cuma perlu klik di pautan ini “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ Ikutkan hati memang aku nak bagitau jer kat sini..tapi nanti melanggar perjanjian pulak..nanti KampungBoy tak mau kawan lagi dengan aku la pulak..kui kui kui !!! Jangan risau kamu TIDAK perlu bayar sesen pun untuk ebook ini..ianya 100% PERCUMA daripada KampungBoy !!

Untuk mengetahui pendedahan teknik pemasaran blog yang efektif seterus iaitu topik ke 4 – 16 lagi..kamu tidak ada pilihan melainkan download jerk FREE ebook “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ ini dengan segera sebelum KampungBoy mengenakan sebarang bayaran!!! Paling best tu kamu juga akan mendapat versi yang seterusnya percuma jugak..so, jangan berlengah lagi download sekarang!

Cuma satu jerk aku nak komen di sini..harap KampungBoy dapat masukkan link untuk download beberapa plugin yang dicadangkan  di dalam ebook ini. Bukannya apa..aku sendiri pun kena search plugin tersebut untuk download. Kalau ler dah sedia ada link untuk download kan lagi senang..cuma klik jerk terus ke laman download. Walaubagaimana pun ribuan terima kasih kepada beliau kerana bermurah hati bagi ebook ini 100% FREE!! dan menunaikan permintaan aku agar ebook ini boleh di print-outkan. Bukan apa sebelum ini beliau dah lock fungsi print dan aku pulak jenis tak puas membaca kalau ebook tu tak diprint hehehehehehe..

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 40% [?]

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Review: Rahsia Flippa “Rahsia Newbie IM Menjana RM3,125.10 Dalam Masa 17 Hari Dengan Flippa”

Comments

There are 10 comments for this post.

  1. solehpolysas on June 9, 2009 10:15 pm

    wah bro, xubah seperti dulu.. memang power teknik review bro.. sy minat cara review ni.. hehe.. sy sendiri belum mahir membuat review.

    sy doakan semoga anak yg lahir nanti dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.. :)

    solehpolysas’s last blog post..Cara Terpantas Mendapatkan Jualan

  2. admin on June 10, 2009 9:54 am

    Hu hu hu..ntah ler aku sendiri pun tak tau yg selama ni ada bakat menulis :P ni penangan main blog ler ni! Alah..bro pun hebat dlm beraffiliate :D thank’s bro atas doa tu..amiin.

  3. KampungBoy on June 10, 2009 1:22 pm

    Terima kasih dengan review yang diberikan…
    yang berkenaan link itu saya akan masukkan dalam versi seterusnya selepas ini…..
    tunggu……….

  4. admin on June 10, 2009 2:01 pm

    Haa..tu dia tokey dah jawap :) makaseh KampungBoy. So, korg download versi 1.0 sekrg coz nanti akan dpt versi update FREE gak tu..

  5. mantra on June 11, 2009 2:38 am

    Blog walking dan jumpa blog yang cantik dan hasil tulisan yang mantap…
    thanks abgzol dan kampungboBoy….

  6. admin on June 11, 2009 10:28 am

    ..sama-sama mantra. theme blog bro pun ok smart & penuh informasi :) teruskan usaha..

  7. Nozi on June 13, 2009 8:13 am

    Salam.Saya pun kagum melihat review ni. Saya pun nak belajar menulis dengan lebih baik lagi. :)

    Nozi’s last blog post..Jom Bertukar Link

  8. admin on June 13, 2009 12:01 pm

    Senang jer Nozi..rajin2 ler melawat blog2 org lain yg buat review product ;) saya belajar daro situ ler. Kaji & study cara mereka buat review..lahirnya blog saya ni pon kerana saya memerhati blog2 yg lain. Sblm ini pun mcm2 yg saya trial & error yg saya buat. Alah..blog Nozi pun apa kurang hebatnya :D rajin menulis..

  9. Mantra on February 15, 2010 5:23 pm

    Review abang Zol memang power lah :)
    Mantra´s last blog ..SEO Content sangat penting untuk Blog Niche My ComLuv Profile

  10. Ballroom Dancing Instructional DVD on June 3, 2010 1:41 pm

    Thank you so much for your outlook, I totally concur with you. It is great to see a fresh outlook on this and I appear forward to more.

Write a Comment

Let me know what you think?

CommentLuv Enabled