Klik Di Sini Sekarang “7 Best Seller Video Series” 100% Percuma Untuk Anda!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

About Me

April 20, 2009

sayangku About MeNama saya Zolkie bin Baki &  saya dikenali dengan ID abgzol di forum-forum IM yang disertai..forum sering saya kunjung adalah WangCyber. Sebelum bergerak sepenuh masa bekerja sendiri hanya dari keselesaan dari rumah, saya pernah bertugas sebagai pereka grafik di Cosmopoint (pernah juga mengajar), Unitar & OUM. Pada desember 2006 saya telah meletak jawatan tetap sebagai pereka grafik di OUM & telah balik ke kampung halaman di Saratok, Sarawak duduk bersama keluarga.

Bermula Januari 2007, bermulalah  cabaran saya bekerja sendiri yang mana saya banyak membuat servis design kad bisnes, kad kahwin, banner, photo retouching & restoration, jual produk-produk direct selling..dan mula berjinak-jinak dengan aktiviti buat duit di internet.

Sebenarnya saya mengenali perniagaan internet ini sejak 2005 & buku pertama menjadi sumber inspirasi saya adalah “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” oleh Dr Irfan Khairi. Antara lainnya yang turut menarik minat saya dalam IM ni adalah buku “Rahsia Buat Duit Di Internet” (SaifulSham) yang saya beli pada tahun 2006, “15 Teknik Efektif Internet Marketing” (Fuad Latip) juga saya beli pada tahun 2006..dan pada tahun 2007 keyakinan saya untuk terus bergerak serius dalam perniagaan internet adalah buku daripada otai IM Shuth iaitu “Rahsia Blogger”. Oh, ya..tidak lupa juga buku sumber motivasi saya sehingga sekarang adalah “Dalam Kesempitan Ada Kesempatan” oleh Razzi Armansur penulis yang saya gemari.

Manakala ebook pula..macam-macam yang dah saya beli & termasuk juga yang didownload percuma dijadikan sebagai panduan untuk mula membina perniagaan internet atau buat duit di internet. Jutaan terima kasih kepada semua penulis..

Berkenaan pendapatan pula ialah daripada komisyen program affiliate & suatu ketika dulu income daripada penyertaan sistem MLM atau Autodownline secara online. Bermula 2009, saya telah nekad untuk membina perniagaan internet dengan serius & saya bermula dengan menjula produk-produk digital yang saya dapatkan daripada penulis asal dengan Lesen Hak Jual Kembali (RR & MRR). Alhamdulillah, berkat usaha..tidak mudah berputus asa dengan trial & error kini saya dah mula merasa menikmati pendapatan hasil daripada web jualan saya sendiri. Itulah kepuasan peribadi yang tak boleh nak diungkapkan di sini..

Antara boleh melihat produk-produk dari rangkaian Zolkie dot Com pada sidebar sebelah kanan tu..!!

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Blog: http://www.zolkie.com/blog
Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: unranked [?]

  • Share/Bookmark