Bongkar Rahsia Pakar Ebook Menjana Ratusan Ribu Di Internet!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Archive for April, 2010

Salam suksess buat rakan pembaca,

Agak-agaknya apa yang korang buat ya di hari Ahad ni? Bagi yang berkeluarga dah tentu ini ler masanya bersantai bersama isteri & anak-anak tersayang. Bagi yang bujang trang-tang tu..dah tentu tengah dok seronok berjalan-jalan di shopping complex kalau tak membeli pon cukup ler sekadar window shopping tak pon sekadar menyantaikan mata. Mungkin juga yang dah berteman tu di hujung minggu begini gi tengok wayang ke..gi taman-taman bunga ke..atau menghabiskan masa bersama orang tua tersayang di rumah kan :-) Mungkin juga macam aku tengah surfing internet..

Aku lak..dok menaip kat depan laptop nih. Masa yang ada ni aku gunakan sebaik-baiknya membaik-pulih hati yang lara bisnes internet yang sedang aku usahakan. Insya’Allah sedikit masa nanti aku akan lancarkan ebook terbaru & mana-mana ebook sebelum ini yang aku jual dah tak relevan lagi dengan permintaan semasa aku berhentikan jualan. Sekarang ni tengah siapkan laman web jualan & edit mana-mana bahagian yang patut..sambil tu tengah kumpul bonus-bonus tambahan yang akan dipakejkan sekali nanti. Tunggu jer lah ye hari pelancarannya!

Rahsia Flippa

Rahsia Flippa - Syed Akmal

Okey ler berbalik kepada topik asal, jika kamu tergolong dalam mereka yang sentias dahagakan kopi tongkat ali ilmu perniagaan internet dah tentu kamu pernah terjumpa laman web jualan ebook yang tengah hangat sekarang ni iaitu “Rahsia Flippa- Rahsia Newbie IM Menjana RM3,125.10 Dalam Masa 17 Hari Dengan Flippa”. Produk hebat ini ditulis & diterbitkan oleh saudara Syed Akmal. Aku memang respek betul beliau kerana walaupun newbie dalam IM tetapi telah menjana 4 angka hanya dengan teknik ‘website flipping’ dan ini ler satu-satunya ebook panduan dalam bahasa Melayu yang membongkar rahsia langkah demi langkah bagaimana semua orang mampu menjana pendapatan dengan teknik jual beli website – satu lagi lubang duit di internet. Syed Akmal telah membuktikannya..

RM5287.30 DALAM MASA 23 HARI SAHAJA!!!

Bukti Pendapatan Rahsia Flippa Syed Akmal

Bukti Pendapatan Rahsia Flippa Syed Akmal

Kalau kamu berminat untuk membeli ebook panduan Rahsia Flippa yang setebal 84 muka surat & mengandungi 13 bab ini tetapi masih was-was lagi ada baiknya kamu luangkan sedikit masa dengan membaca review ringkas daripada aku ni.

Tak payah ler aku dedahkan detail latar-belakang penulis Syed Akmal sebab yang penting adalah ilmu yang beliau kongsikan. Cuma yang aku tahu beliau berada di bumi kenyalang, Kuching & jobless (oooooooooooopss! Sorry Akmal) tapi itu ler yg aku tau sehingga post ini ditaip. Walau pon jobless @ sedang menunggu tawaran kerja Syed Akmal dah boleh tersenyum riang income daripada internet jerk mencecah 4-5 angka..buktinya beliau berjaya flip blog yang disetup dalam masa kurang daripada 5 jam dengan nilai $197!!! Itu baru satu blog..dah tentu banyak yang Akmal berjaya jual!!! Masyuuuuuuuuuuuuk tu bro…

Berikut adalah apa yang akan kamu pelajari daripada ebook Rahsia Flippa:

Bab 1 Pengenalan kepada Flippa & website flipping

Dalam bab ini kamu akan diterangkan apa itu flippa.com iaitu sebuah pusat dimana berlakunya proses jual beli domain & hosting. Dahsyatnya yang mana setiap bulan pengunjung (visitor) yang datang ke flippa.com mencecah 1 juta..bayangkan betapa besarnya peluang yang ada untuk kamu menghasilkan jualan di sini. Secara ringkasnya “website flipping” merujuk kepada usaha kamu membina blog dari membeli domain & hosting, setup, installation & monetization. Dengan langkah & strategi yang betul setup blog yang kamu boleh siapkan dalam masa kurang 24 jam mampu memberi kamu pulangan $100-$300 atau lebih terpulang kepada niche atau permintaan di pasaran. Kalau nak tau rahsianya..kena ler dapatkan ebook Rahsia Flippa – Syed Akmal kerana aku tak boleh ler huraikan panjang-lebar di sini nanti takde ler rahsianya lagi kan :-)

Bab 2 Tools

Manakala pada bab 2 ini kamu akan didedahkan kepada 11 tools/software yang wajib kamu miliki jika nak suksess dalam strategi menjana wang mudah dengan berurusan di Flippa.com

Bab 3 5 Teknik Untuk Niche

Seterusnya penulis akan membincangkan 5 teknik & kaedah paling mudah (Nice Selection) menarik minat visitor Flippa untuk membida listing blog kamu. Istimewanya teknik ini walaupun blog yang kamu bina itu 0 profit, 0 visits & PR 0 tetapi masih mampu dijual dengan harga tinggi. Malah Akmal juga telah senarai 10 niche yang demand di flippa..ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar beliau berurus niaga di flippa.

Bab 4 Langkah-langkah register domain

Setelah kamu memilih niche yang mempunyai potensi permintaan yang tinggi, tiba lah masanya untuk kamu mendapatkan domain name yang sesuai. Pada bab ini kepada newbie yang tak tau nak beli domain, penulis telah menerangkan step-by-step siap dengan screenshot lagi. Memang sangat mudah untuk difahami.

Bab 5 Hosting, cPanel & Setup blog

Jika kamu memang dah biasa buat pembelian atau pendaftaran domain & hosting boleh jer langkah bab ini. Sama seperti bab sebelumnya, penulis memberi tunjuk ajar langkah demi langkah untuk mendaftar atau membeli hosting dengan screenshot satu-persatu..sesiapa sahaja mampu faham tuturial mudah ini. Apa yang Akmal tunjuk adalah baca, ikut & terus buat..real-time tu!

Bab 6 9 Plugins Yang Anda Wajib Ada

Tahniah blog kamu dah siap disetup. Tetapi tunggu dulu..itu belum memadai jika kamu ingin medapat nilai harga yang tinggi untuk blog kamu. Ketahulah 9 plugin yang akan penulis senaraikan di dalam buku Rahsia Flippa yang mana 8 plugins free & 1 plugin berbayar. Kesemua plugins ini akan membantu meningkatkan lagi nilai blog yang kamu bina..dan lebih mudah untuk kamu mendapat permintaan di flippa.com

Bab 7 Teknik memilih theme yang sesuai

Manakala pada bab 7 ini penulis telah senaraikan sumber 4 templates theme percuma & 1 theme berbayar untuk blog kamu bina. Themes yang dipilih ini mempunyai potensi permintaan yang tinggi kerana designya yang simple & colour yang smart. Apa yang Akmal kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang beliau menjalankan perniagaan ini di flippa.com & ia adalah perkongsian yang sangat bernilai.

Bab 8 Langkah-langkah untuk monetize blog anda

Ini adalah bab paling penting dalam Rahsia Flippa kerana tanpa  mengetahui langkah-langkah & strategi betul monetize blog kamu..adalah sukar untuk kamu menjualnya di flippa waima di mana-mama pusat jualan domain/hosting pun! Kalau berjaya jual pun..mungkin harganya sangat rendah & tidak berbaloi. Kalau ikutkan nak jer aku dedahkan di sini..tapi kang kena saman lak oleh Syed Akmal pasal informasi ini adalah versi berbayar dan harganya hanya ler RM60 sangat murah berbanding pulangan yang akan kamu dapat daripada rahsia yang Akmal dedahkan di dalam ebuku Rahsia Flippa

Bab 9 Tips dan langkah list blog anda di flippa

Kalau kamu baca kat laman jualan produk ini atau mengikuti perkembangan jualannya di forum WangCyber.com ramai yang telah memberi testimoni positif. Malah ada yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan dengan teknik & strategi yang Akmal kongsikan dalam ebook Rahsia Flippa dan di dalam bab ini juga penulis telah memberi tunjuk-ajar yang sangat berkesan step-by-step dibantu lagi dengan screenshots yang sangat mudah difahami. Tidak hairanlah sesiapa sahaja yang telah membaca ebook ini dan terus buat apa yang Syed Akmal ajar memang 99.9% akan suksess..aku tak berani ler nak bagi jaminan 100% heeee..nanti aku lak korang saman!!!

Bab 10 Website dah berjaya dijual..lepas tu?

Setelah website atau blog kamu berjaya dijual..jangan terus bersorak-sakan kerana masih ada langkah-langkah keselamatan perlu kamu ikuti agar tidak terkena tipu. Biasa ler kan kita berurusan tanpa bersemuka..hanya di alam maya..so daripada pengalaman sebenar yang telah dilalui penulis telah mendedahkan langkah-langkah & peringatan keselamatan yang perlu kamu ikuti. Kesemuanya kamu boleh baca di bab 10..

Bab 11 Website transfer

Syabas kerana kamu telah berjaya menjual website atau blog kamu di flippa.com Jangan lupa ya berterima kasih kepada Syed Akmal kerana sudi mendedahkan rahsia & strategi beliau di dalam ebuku Rahsia Flippa. Apabila pembeli talah membuat pembayaran, tibalah masanya untuk kamu menyerahkan segala-galanya hak kamu kepada pembeli. Untuk memudahkan kamu faham, penulis juga mengajar dalam bentuk screenshot langkah demi langkah dari A-Z..bagaimana untuk kami tranferkan semua fail website atau blog tu kepada pembeli.

Bab 12 Langkah-langkah untuk install blog..untuk pembeli blog anda

Biasanya setelah semua fail-fail website atau blog selamat pelanggan kamu terima, mereka akan meminta bantuan dalam proses file installation. Jangan risau jika kamu takde pengalaman dari segi teknikal ini..Akmal telah menerangkan langlah-langlah melakukannya dengan mudah sekali..kamu pasti akan faham terutamanya ia diajar dalam bentuk screenshot. Ini ler kelebihan ebook yang Akmal terbitkan..selain ianya kaya dengan informasi berbentuk text ia juga dipersembahkan dalam bentuk grafik atau screenshots.

Bab 13 Apa itu Escrow?

Bab terakhir ini kamu didedahkan apa itu Escrow..sebelum membaca ebook ini aku pon tak tau apa itu Escrow :-) kui..kui..! Sebenarnya Escrow ni fungsinya sama macam PayPal ia adalah platform untuk kita berurusniaga di internet. Cuma kelebihannya seperti yang Akmal cerita ia lebih selamat..dan di dalam bab ini beliau ada membuat perbandingan antara Escrow vs PayPal.

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhh..lenguh rasanya belakang aku menaip review Rahsia Flippa Apa yang aku dapat??? Kalau itu soalan kamu..jawapannya kepuasan menjadi penulis blog itu ler yang aku dapat dan kalau ada rezeki jika kamu membeli dari pautan link affiliate aku dah tentu komisyen daripada Syed Akmal..ribuan terima kasih dari aku :-)

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

468x60 Review: Rahsia Flippa Rahsia Newbie IM Menjana RM3,125.10 Dalam Masa 17 Hari Dengan Flippa

Popularity: 43% [?]

  • Share/Bookmark

Assalammu’alaikum wbth & Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah akhirnya hari ni aku berkesempatan update blog setelah beberapa hari tertangguh. Tak lama lagi aku & famili akan berpindah ke rumah sendiri..lagi ler mati akal aku pasal kat sana takdek line internet! Dah ler streamyx tak dapat..broadband pon 2×5=10..adusssssssssssssssss!!!

Sebenarnya 08 April yang lepas aku nak update blog ni seiringan pelancaran produk terbaru & tengah panas sekarang ni iaitu ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional – Cara mula ebiz dengan pantas!’. Pakej ekslusif khas untuk newbie ini telah diterbitkan rakan IM aku yang memang tak asing lagi di kalangan usahawan internet Malaysia terutamanya peminat-peminat produk digital iaitu bro Mohd Fazdlie aka En Dlie.

Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional

Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional

Aku sangat berterima kasih kat En Dlie ni coz ebook beliau “Rahsia Jutawan Reseller Terbongar – Cara paling cepat dapat duit di internet!” yang aku beli pada 2008 hanya dengan harga RM20 (sekarang versi 2 RM37) banyak membantu aku dalam memahami konsep buat duit di internet dengan produk-produk yang mempunyai lesen PLR, MRR & RR. Sejak itu aku mula mengumpul produk-produk tersebut sama ada yang free atau berbayar dan dijadikan pula sebagai produk untuk aku jual kembali atau sekurang-kurangnya dijadikan bonus tambahan produk aku yang lain & produk affiliate. Senang cakap..walaupun kamu takdek produk sendiri tetapi dengan menjadi reseller atau agen affiliate produk yang telah sedia ada dipasaran kamu juga mampu buat duit di internet. Sekarang ini pula aku lebih berminat dengan produk yang berlesenkan PLR – Private Label Right iaitu kamu diberi hak sepenuh mengawal produk tersebut & paling best tu boleh letak nama kamu sebagai penulis & penerbit..

Pssst! Aku sekarang dalam proses mengemaskini koleksi ebook yang ada dalam simpanan aku selama ini yang mana aku ada kongsikan dengan kamu di laman ‘Ebuku Percuma’ yang mana kamu boleh download free jer! Rajin-rajin ler singgah di situ kerana aku akan sentiasa update nanti. Semoga perkongsian aku tu memberi manfaat kepada kamu..

Okey ler kita kembali ke topik asal ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional’..aku sangat rekomenkan kamu memiliki pakej ini kerana ianya sangat lengkap untuk kamu berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Panduan ini bukan teori semata-mata tetapi ianya adalah berdasarkan pengalaman sebenar & kajian beliau 100% dalam bidang perniagaan internet sejak tahun 2006. Cuma aku rasa sebagai newbie dah tentu agak berat untuk kamu laburkan RM60 semata-mata untuk memiliki produk digital ini kan? Ho ho ho..sebab aku dulu pon sama gak. Baik beli buku fizikal boleh pegang & lebih meyakinkan. Sebenarnya pada masa tu aku kurang paham konsep produk fizikal (buku) vs produk digital (ebuku).

Kebiasaannya produk fizikal atau buku yang dibeli di kedai tu selepas kita beli, tiada apa-apa perkhidmatan susulan daripada penulis atau penerbit untuk pembeli. Sebaliknya produk digital atau ebuku, selepas memilikinya pihak penulis atau penerbit akan menyediakan khidmat nasihat, sokongan, pelbagai bonus sampingan yang sangat bernilai & disertakan jaminan wang dikembalikan jika pembeli tidak berpuas hati. Jika ada versi kemaskini kesemua pembeli akan mendapatkannya secara percuma daripada penulis tanpa dikenakan sebarang kos!!! Nah..di situ ler kelebihannya ebuku berbanding buku. Malah sesetengan penulis tu bermurah hati menyediakan ‘personal coaching’ percuma kepada mereka yang terpilih. Sebab tu ler harganya kadang-kadang lebih tinggi daripada buku kat kedai tu!

‘Panduan Bisnes Internet Profesional (PBIP)’ ini yang mempunyai 48 muka surat tidak terhad untuk newbie semata-mata tetapi juga sangat sesuai untuk semua peringkat. Malah ebook ini tidak mengajar bagaimana nak bermula semata-mata, tetapi ianya merupakan teknik, strategi dan rahsia yang beliau sendiri gunakan untuk menjadi usahawan internet yang telah berjaya menjana income sehingga 5 angka setahun. Walaupun masih berkerja makan gaji & perniagaan internet hanya dibuat part-time, pendapatan En Dlie di internet sentiasa maintain 4 angka sebulan! Malah kebanyakan cabaran affiliate yang disertai berjaya menempatkan diri top 5 – top 10!!! Kamu boleh lihat sendiri bukti screenshot pendapatan beliau di sini…

Zolkie..apa yang aku dapat dengan pelaburan RM60 ni??? Sure tu ler soalan kamu kan? Heee…

Modal RM60 yang kamu belanjakan untuk PBIP ini dah tentu sangat-sangat berbaloi kerana ia bukan sahaja sebuah ebook yang akan mengajar kamu langkah demi langkah  membina online bisnes dengan pantas, tetapi ianya dipakejkan sekali dengan 4 nota sampingan yang akan membantu kamu menjayakan perniagaan internet yang bakal kamu usahakan kelak. Di dalam ebook utama kamu akan didedahkan rahsia 4 sumber ‘lubuk emas’ di internet yang sebenar yang mana ia adalah lubuk duit En Dlie & semua usahawan internet di dunia. Keistimewaan ebook ini ia tidak menggunakan sistem bab tetapi lebih praktikal iaitu langkah demi langkah seperti mana yang boleh kamu lihat seperti kandungannya di bawah:

Pendahuluan…
Step 1: ‘Mindset’ Usahawan Internet..
Step 2: Jadikan Hobi, Minat atau Kemahiran Anda Satu Bisnes..
Step 3: Sediakan Laporan Percuma (Free Report)
Step 4: Melaggan Sistem Autoresponder (sewa)..
Step 5: Membeli Domain Name dan Hosting (sewa)..
Step 7: Mempromosikan Opt-In Page..
Step 8: Menjual Produk Kepada List..
Step 9: Membina Minisite dan Surat Jualan..
Step 10: Simpan Data dan Maklumat Pembeli..
Step 11: Cipta atau Dapatkan Produk Panas (killer product)..
Step 12: Review atau Testimoni Dari Pakar..
Step 13: JV (joint venture) Bersama Usahawan Internet Lain..
Step 14: Senjata Pemasaran – Sistem Affiliate & Autoresponder..
Step 15: Teknik Pemasaran Berterusan..
Step 16: 4 ‘Lubuk Emas’ Pendapatan Dari Internet..
Kesimpulan..

Aku yakin dengan mengikuti Step-by-Step yang diajar kamu pasti akan berjaya menghasilkan RM1 pertama kamu di internet dan seterusnya akan terus berkembang ke RM10, RM100, RM1,000..atau berapa sahaja yang kamu sasarkan! Yang penting kamu berusaha & mempraktikkan segala ilmu yang En Dlie curahkan..

Manakala 4 nota lagi yang turut membantu kamu dalam melancarkan bisnes internet kamu nanti adalah:

Nota #1 : Panduan Maybank2u dan PayPal.
Didalam panduan ini akan ditunjukkan cara-cara bagaimana membuka akaun PayPal seterusnya mengintegerasikan (hubungkan) Kad Debit Maybank (Visa) anda dengan akaun PayPal anda. Langkah demi langkah akan ditunjukkan satu persatu.

Nota #2 : Panduan Autoresponder
Anda pasti tahu, sistem Autoresponder merupakan nadi penting dalam perniagaan internet. Panduan ini akan mengajar anda cara-cara menggunakan sistem Autoresponder yang murah tetapi profesional (bukan GetResponse atau Aweber). Setiap langkah ditunjukkan dengan jelas.

Nota #3 : Panduan Minisite & Opt-In Page
Anda akan diajar cara-cara membina Minisite dan Opt-In Page dengan cara yang mudah dan pantas. Juga terdapat 2 jenis Squeeze Page yang akan saya tunjukkan di dalam panduan ini. Format membina surat jualan dan script membina Order Form (Borang Tempahan) juga disertakan.

Nota #4 : Panduan Blog WordPress
Blog merupakan salah satu teknik pemasaran yang paling ramai menggunakannya. Saya akan ajar cara membina blog sendiri, bukan blog percuma seperti Blogspot.com, tetapi blog anda sendiri atas nama domain anda!

Bukan itu jer..kamu juga akan dihadiahkan 5 BONUS PERCUMA berikut:

BONUS 1# Ebook “Killer Sales Letter” dan “A-Z of Super Effective Sales Page” – panduan bagaimana menghasilkan surat jualan yang mampu membunuh!

BONUS 2# Ebook Panduan “Sistem e-Protect” – script yang akan melindungi halaman download bagi produk digital anda.

BONUS 3# Perisian NVU Open Source – Open Source dan ianya khas untuk membina laman web, minisite, Opt-In Page atau Squeeze Page.

BONUS 4# Bimbingan Personal Melalui Email dan YM

BONUS 5# Hadiah Misteri! – Anda hanya akan ketahui setelah mendapatkan pakej PBIP.

Kalau kamu tanya aku bagus sangat ke pakej PBIP ini Zolkie? Jawapan aku dari kacamata seorang newbie sukar untuk aku mencari kekurangan dalam pakej ini kerana ianya begitu lengkap & praktikal terutamanya ia dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis sejak tahun 2006 sehingga sekarang di dalam menjalani perniagaan internet atau menghasilkan pendapatan di internet.

Walaubagaimana pun takdek benda yang 100% perfect kan..dah tentu masih ada sedikit kekurangan atau kelemahan di dalam panduan ini. Kalau boleh harap En Dlie akan huraikan dengan lebih details lagi 4 lubuk emas menghasilkan pendapatan di internet untuk versi update nanti atau ditambah lagi sumber-sumber lain selain apa yang dah didedahkan di dalam ebook utama PBIP. Tetapi jika kamu masih lagi bersikap bertangguh untuk memiliki PBIP ini..alangkah ruginya kamu kerana tidak akan mengetahui 4 lubuk emas di internet yang telah digunakan pakai oleh semua internet marketer seluruh dunia dalam menghasilkan pendapatan lumayan di internet!

Huiskkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..hu la la la!!! Tak perasan lak dah panjang bebenor aku menaip kan? Patutpon terasa lenguh jari-jemari aku nih!!! Semoga review ikhlas dari aku yang dah membaca keseluruhan isi-perut ‘Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional – Langkah demi langkah  membina online bisnes dengan pantas’ dapat membantu kamu dalam membuat keputusan sama ada nak memiliki panduan ekslusif yang hebat ini atau hanya sekadar tunggu dan lihat.

JANGAN lupa..aku juga dipahamkan oleh En Dlie yang pakej ini hanya untuk 500 orang bertuah sahaja! Dan kemungkinan besar akan dinaikkan harga dari RM60 kepada RM70-RM80 dalam Mei 2010 kelak!!!

Aku rasa RM60 kalau kamu belanjakan untuk enjoy 1 minit pon habis..tetapi jika kamu bertindak bijak pada hari dan laburkan RM60 tu untuk ilmu yang sangat bernilai ini dah pasti suatu hari nanti kamu akan berterima kasih kepada En Dlie kerana telah membuka jalan dan membantu kamu melipat-gandakan pendapatan kamu! Tak mustahil dengan langkah pertama ini..kamu akan berjaya menyelesaikan segala masalah bebanan kewangan yang sedang kamu hadapi pada hari ini dengan sumber pendapatan dari internet yang kamu perolehi kelak. Ketahuilah rezeki di internet ini sungguh luas jika kamu memanfaatkan kelebihan internet sebaik-baiknya. Bertindak ler bijak hari ini untuk kegemilangan kamu nanti!

Sebagai menghargai kamu membaca review aku ni sehingga perenggan terakhir ini..aku juga ada hadiah istimewa untuk kamu jika mendapatkan PBIP daripada link aku di bawah iaitu ebook yang akan membantu kamu dalam mendapatkan list yang berkualiti iaitu “Panduan Bina List Responsif” dan kesemua bonusnya yang kamu boleh lihat di dalam sales letter di sini. Istimewanya ebook ini juga disertakan lesen MRR yang mana kamu diberi hak menjualnya kembali & 100% keuntungan masuk poket kamu! Ia boleh dijadikan produk pertama kamu..

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

banner5 Pelancaran Panduan Bisnes Internet Profesional

Popularity: 12% [?]

  • Share/Bookmark