Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Archive for March, 2010

Panduan Autoresponder

Panduan Autoresponder

Salam suksess buat rakan-rakan pembaca,

Lama rasanya aku tak buat review ebuku & hari ni aku nak kongsi sebuah ebuku yang sangat berfaedah untuk kamu khususnya yang terlibat dengan ‘pemasaran email’.

Sebelum itu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Rahman Basri penulis ebuku ini kerana telah bermurah hati memberi panduan yang sangat bernilai ini percuma kepada semua pembaca. Beliau telah berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan beliau dalam menjana pendapatan lumayan di internet di dalam ebuku ini yang mana beliau telah mengupas strategi/skill dalam pemasaran email.

Ebuku Panduan Autoresponder ini mengandungi 37 muka surat termasuk cover. Rahman Basri mula dikenali dipersada internet marketing sekitar bulan Ogos 2009 yang mana beliau telah melancarkan ebuku berbayar pertama beliau “Pakej Kit Photoshop” dan November 2009 pula ebuku kedua iaitu “Rahsia Mahir Excel”.

Terdapat 6 bab yang akan kamu pelajari & ianya sangat-sangat memuaskan. Terlalu banyak skill & strategi penggunaan autoresponder yang akan didedahkan. Malah penulis juga telah membuat perbandingan setiap autoresponder berbayar seperti AWeber, GetResponse & Norabots. Berikut adalah bab yang akan kamu pelajari:

  • Mukadimah Ringkas
  • Tentang Penulis
  • Bab 1: Mengenali Autoresponder
    • Kenali apa itu mailing list?
    • Bagaimana mengumpul senarai email?
    • Mengapa mengumpul email melalui autoresponder dianggap sah?
    • Apakah sistem autoresponder?
    • Mengapa kita perlukan sistem autoresponder?
    • Jenis-jenis autoresponder
  • Bab 2:  Perbezaan AWber, GetResponse & Norabots
  • Bab 3: Cara Melanggan Autoresponder Berbayar
  • Bab 4: Menjana Pendapatan Melalui Autoresponder
    • Kita bakal kerugian RM20,000 setahun!
    • Menjana pendapatan melalui produk sendiri
    • Menjana pendapatan melalui produk affiliate
  • Bab 5: Beralih Autoresponder
    • Bagaimana mengekalkan subscriber anda
  • Penutup

Nah! Berbaloi tak download ebuku ini? Aku rasa kalau penulis menjualnya dengan harga RM30 pon berbaloi-baloi..! Selama ini aku menggunakan sistem autoresponder percuma yang dipasang di hosting, tetapi setelah aku membaca ebuku ini aku rasa dah tiba masanya untuk aku beralih kepada autoresponder berbayar. Persoalannya, nak ambik yang mana satu ya?

Mungkin semasa kamu membaca review ini program PPL untuk ebuku ini telah tamat. Sebab itu aku berikan link untuk kamu download  Panduan Autoresponder ini terus daripada sini tanpa mengisi borang opt-in. Klik di sini untuk download sekarang!

Casestudy Rahsia Kejayaan Newbie Affiliate

Casestudy Rahsia Kejayaan Newbie Affiliate

Malah sebuah lagi ebuku perkongsian kejayaan Rahman Basri dalam menjana pendapatan tanpa modal ialah “Casestudy Rahsia Kejayaan Newbie Affiliate” (ebuku berbayar) yang mana dalam ebuku ini beliau telah mendedahkan rahsia ekslusif bagaimana dalam setiap pertandingan affiliate telah menjana menjadi top 2. Paling aku respek tu bagaimana Rahman berjaya menyertai cabaran affiliate tertutup “Tips Penjimatan” yang syaratnya sekurang-kurangnya mesti memiliki  4000 list subscriber. Sebagai newbie dah tentu list subscriber beliau tidak sebanyak tu!  Yang dahsyatnya Rahman berjaya menduduki tempat ke-2 dalam cabaran Affiliate Tips Penjimatan selain mendapat komisyen beliau telah dihadiahkan RM500 daripada penganjur..tahniah bro! Heee..terliur aku!!!

Dalam ebuku ini yang mahalnya Rahman telah mendedahkan rahsia email marketing beliau dan setiap screenshot email broadcast yang beliau gunakan disertakan. Ianya sangat praktikal..skill dan strategi beliau dalam menghantar email kepada list subscriber telah terbukti membuahkan kejayaan. Senang cakap rahsia beliau “sambil menyelam, minum air”..nak tau maknanya kena ler dapatkan ebuku ini daripada Rahman sendiri. Sila ler berkungjung di blog beliau untuk info lanjut. Selain strategi email marketing..dalam ebuku ini beliau juga berkongsi triks & keberkesanan forum marketing. Ini turut membantu kejayaan Rahman dalam menjana pendapatan lumayan hanya sebagai agen affiliate. Screenshot bagaimana beliau menjalankan promosi di forum WangCyber.com juga disertakan di dalam ebuku ini.

Kesimpulan yang boleh aku buat..dengan mempraktikkan email marketing & forum marketing semaksimanya semua orang mampu menjana pendapatan lumayan di internet meskipun jika tidak memiliki produk sendiri. Cukup sekadar mempromosikan produk orang lain iaitu sebagai agen affiliate..kamu & aku boleh menjadi Rahman & IM yang lain menjana pendapatan lumayan di internet hanya dari keselesaan di rumah! Dan jangan lupa..memilih sistem autoresponder yang berkaliber & meyakinkan juga adalah faktor terpenting dalam kejayaan email marketing.

“Kalau Berminat Nak Jadi Agen Affiliate Klik Di Sini Untuk Lubuk Duit Di Internet”

Sekarang aku tengah memilih mana satu sistem autoresponder berbayar yang akan aku langgan. Jika sebelum ini hanya dengan sistem autoresponder percuma aku masih mampu merasai pendapatan di internet..sudah tentu dengan melanggan sistem autoresponder berbayar kelak lebih luas rezeki aku dalam menjana pendapatan di persada internet.

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 51% [?]

  • Share/Bookmark

Assalammu’alaikum wbth & Salam hormat,

Pada pagi ini aku telah mendapat email daripada admin Kuasa100.com bro Ayoy dan  secara jujurnya beliau telah menjelaskan keputusan beliau untuk menarik diri sekaligus berhenti daripada mempromosikan Kuasa100.com ATAU Infinitydownline.com. Pada mulanya terkejut juga aku dengan keputusan drastik beliau ini..mana tidaknya sebagai admin dah tentu bro Ayoy mampu menjana ribuan ringgit daripada program yang telah beliau perjuangkan.

Setelah meneliti email tersebut..aku turut akur & aku bersetuju dengan keputusan nekad bro Ayoy. Aku TIDAK marah sama sekali kat beliau malah aku memuji tindakan yang telah dibuat walaupun aku dah laburkan RM100 untuk joint Kuasa100.com pada akhir Februari yang lepas. Aku menyertai Kuasa100.com @ Infinitydownline bukan semata-mata kerana program buat duit mereka tatapi kerana ingin akses ke library audio & video di situ kerana banyak yang aku nak pelajari. Oleh kerana mereka telah menyediakan progam atau pelan pemasaran buat duit di internet dah tentu secara tak langsung aku turut mempromosikan program tersebut!

Tentu kamu masih ingat yang sebelum ini aku pernah buat artikel di sini bertajuk “Rahsia Lubuk Video & Lubuk Duit Di Internet” dan artikel ini turut mempromosikan Kuasa100.com @ Infinitydownline.com maka di sini secara terbuka aku juga mengikut jejak langkah bro Ayoy untuk TIDAK lagi mempromosikan program atau produk ini. Kenapa? Aku tidak akan menghujahkan sebab-musababnya di sini kerana aku tidak arif dalam hukum-hakam atau halal-haramnya sesuatu produk atau program tersebut.

Tetapi keputusan ini dibuat berlandaskan artikel yang telah di keluarkan oleh Ustaz Zaharuddin di blog beliau bertajuk “Status Hukum Infinity Downline @ login Facebook Dapat RM100″. Beliau adalah pakar kewangan Islam dan apa yang beliau hujahkan sudah tentu berlandaskan nas-nas yang sahih. Kamu boleh terus membaca artikel ini pada pautan berikut http://www.zaharuddin.net/content/view/915/32/

Maka sekali lagi secara terbuka aku di sini memohon maaf kepada rakan-rakan yang telah membaca artikel aku sebelum ini kerana turut mempromosikan Kuasa100.com atau Infinitydownline.com dan aku juga telah MENDELETE artikel serta banner yang telah aku masukkan di blog ini.

MORAL: Berhati-hati dengan program buat duit di internet. Jangan main terjah jer walaupun produknya agak bagus..tetapi program di sebaliknya mungkin bercanggah dengan prinsip & hukum. Ini pengajaran paling berguna untuk aku :-( uhuk..uhuk…

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 74% [?]

  • Share/Bookmark