Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Archive for June, 2009

7ppl terbaik20091 7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!

Alhamdulillah isteri & babyku telah selamat balik ke rumah. Cuma ada masanya geli hati juga dengan telatah anak pertamaku Nur Qurratu’aini yang kadang-kadang menunjukkan rasa cemburu kat adiknya Mohammad Kasyful Azhim. Inilah pengalaman yang paling indah bagi sesiapa pun yang mengimpikan cahaya mata..

Baiklah, dah lama sangat rasanya aku bercuti dari online kerana menemankan isteri & babyku di hospital. Inilah bestnya bekerja sendiri..tidak perlu memohon cuti kat boss! Bila-bila masa pun boleh cuti terutamanya dengan dalam situasi-situasi kecemasan & kekeluargaan. Untuk menampung beberapa siri review yang telah aku tangguhkan..kali ini aku ‘pakejkan’ 7 produk Pay Per Lead (PPL) Terbaik 2009 ke dalam entri kali ini. Semoga perkongsian ini membuka peluang untuk kamu sama-sama buat duit percuma di internet.

Secara ringkasnya definisi PPL adalah Pay (bayar) Per (setiap) Lead (prospek) yang mana ia adalah dalam keluarga program Affiliate. Hanya yang membezakan adalah prospek kamu tak perlu membuat pembelian untuk melayakkan kamu mendapat komisyen. Tugas kamu cuma sebarkan link affiliate yang diberi yang mana ia merupakan produk-produk percuma sahaja! Senang kan..hanya mengajak di kalangan rakan-rakan atau sesiapa sahaja mendownload produk percuma sama ada ebook, script atau software dan kamu dibayar untuk itu!

Sebaik sahaja prospek telah bersetuju memberi nama & email untuk mendownload melalui link affiliate kamu..maka bayaran komisyen biasanya sebanyak RM0.20, RM0.30, RM0.50 sehingga RM1.00 akan dimasukkan ke akaun kamu. Ia adalah win-win situation yang mana penganjur akan berjaya mengumpul senarai nama (mailing-list) & kamu pula menjana pendapatan cara mudah.

3 panduan rahsia 7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!PPL #1: 3 Panduan Rahsia Yang Bukan Lagi Rahsia
Penganjur: Raja Kamil aka RK
Komisyen: RM1.00 per lead & RM20 OTO
Tarikh Tamat: TIADA
Minimum Payout: 3 Jualan, Dibayar 15hb

Raja Mohd Kamil bin Raja Rosli atau lebih dikenali sebagai Raja Kamil (RK) telah bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan internet sejak 2006. Percaya tak RM pertama beliau di internet adalah hasil menjual handphone rosak..betul beb..handphone rosak yang telah berjaya dijual dengan harga RM150 di Lelong.com.my & sejak itu telah berjaya menjana 2-3 ribu macam angin jer! Kalau kamu nak mempelajari & mengetahui rahsia beliau buat duit dengan menjual barangan rosak di internet..ebook percuma “Duit Pantas Daripada Lelong.com.my” adalah rujukan yang harus kamu miliki.

“Ikan Kecil Untuk Ikan Besar” adalah siri cerita motivasi istimewa daripada RK yang sangat meberangsangkan semangat kamu untuk terus bergerak laju dalam membina empayar perniagaan internet. Dalam cerita ini seorang mamat yang bernama Atan telah berjaya memancing ikan besar..malah datuk ikan pun tunduk dengan ‘umpan’ Atan di sebuah lubuk yang sangat terkenal. Apa kaitannya cerita Atan, lubuk, pancing, umpan, ikan kecil,  ikan besar & datuk ikan dalam perniagaan internet kamu..??? Nak tau rahsianya..kena download percuma sekarang!!

RK juga salah seorang yang telah merasai nikmat buat duit 4 angka hanya dengan bersembang di forum WangCyber.com. Tetapi dalam siri ebuku percuma ini..RK membongkar 3 rahsia lubuk duit yang akan membantu kamu menjana pendapatan lumyan hanya dengan aktiviti berblog. Sebagai seorang blogger..aku juga sangat mengesyorkan kamu mendownload sekarang juga panduan percuma “3 Idea Buat Duit Di Blog” yang dikongsikan oleh RK.

NOTA: Untuk menyertai PPL ini kamu diwajibkan terlebih dahulu mendownload “3 Panduan Rahsia Yang Bukan Lagi Rahsia” iaitu hanya dengan memberikan nama & email sah kamu di dalam borang opt-in yang disediakan. Selepas itu pada ruang download kamu akan diberi info & arahan bagaimana mendaftar program ini untuk melayakkan kamu menjana wang mudah tanpa modal.

>> Sila klik di sini sekarang untuk download ebook & menyertai affilaite PPL Raja Kamil <<

————————————————————————————————————————————————–

kuasa pemasaran email 7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!PPL #2: Kuasa Pemasaran Email
“Strategi Pemasaran 5 Angka Terbukti Berkesan”
Penganjur: Team Aspirasi Cyber
Komisyen: RM0.30
Tarikh Tamat: 31 Jun 2009
Minimum Payout: RM6.00

“The Money Is In The List” adalah ungkapan yang menjadi azimat untuk mana-mana Internet Marketer di dunia dalam menjana pendapatan di internet. Memang sangat diakui kunci kejayaan jualan produk di internet adalah 80% – 90% berjaya dengan memaksimakan teknik pemasaran email. Jika kamu menggunakan teknik & strategi “Kuasa Pemasaran Email” ini sebaik-baiknya..hanya dengan beberapa klik sahaja kamu berjaya memenuhkan akaun bank dengan pendapatan boleh mencecah sehingga 5 angka dalam beberapa jam sahaja!

Untuk melayakkan kamu menyertai program PPL Team Aspirasi Cyber ini, langkah pertama kamu harus download “Kuasa Pemasaran Email” sekarang & segala penerangan pendaftaran affiliate akan diterangkan pada laman download. Jangan berlengah lagi..Klik Di Sini Untuk Download & Daftar Affiliate!

————————————————————————————————————————————————–

buat duit dari affiliate 7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!PPL #3: Buat Duit Dari Affiliate RM2,010 Sebulan Semudah 1-2-3
Penganjur: Mohd Fazdlie aka En Dlie
Komisyen: RM0.20
Tarikh Tamat: 31 Julain 2009
Minimum Payout: (mula bayar 1 Ogos 2009)

En Dlie adalah nama yang tidak asing lagi dalam kerancakkan perniagaan internet di Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang IM yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan hasil daripada program-program affiliate yang disertai.

Berdasarkan pengalaman ini, En Dlie telah bermurah hati membukukan step-by-step kejayaan beliau dalam menjayakan beberapa program affiliate yang telah memberikan keuntungan berganda-ganda kepada beliau.

Aku sangat mengesyorkan kamu mendapatkan panduan ekslusif ini sekarang & di antara kanduangan yang akan kamu pelajari adalah:

  • Pengenalan (Fast Track)
  • Langkah 1: Menetapkan Matlamat
  • Beli Domain & Hosting
  • Hasilkan atau Dapatkan Ebook PERCUMA
  • Membina Squeeze Page
  • Menyewa dan Memasang Sistem Autoresponder
  • Kumpulkan List (senarai email)
  • Sertai Program Affiliate
  • Promosi Melalui Email
  • Tips Menjaga List Anda

>> Download Buat Duit Dari Affiliate RM2,010 & Daftar Affiliate Sekarang! <<

————————————————————————————————————————————————–

rahsia rm3500 hanya dari forum 7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!PPL #4: Rahsia RM3,500 Hanya Melalui Forum
Penganjur: Hamid Salim
Komisyen: RM0.30 (PPL) & RM20 (jualan Kuasa Forum)
Tarikh Tamat: Sehingga mencapai sasaran
Minimum Payout: RM1.00 dibayar seminggu sekali

Hamid Salim adalah IM & Graphic Designer yang mula mencipta nama di persada perniagaan internet di Malaysia. Sebagai seorang pereka grafik aku juga sangat teruja dengan skill si Hamid ni dalam membuat kerja-kerja grafik. Setahu aku dia juga banyak dapat income hanya dari aktiviti berforum.

Aku dah baca ebook ni..kalau kamu nak tau skill buat duit dengan forum cepat-cepat download sekarang! Tak kira ler sama ada kamu dah ada laman web jualan atau tidak..sebenarnya telah ramai yang berjaya menjana pendapatan di forum walau pun takdek laman web jualan.

Bagaimana & apa rahsianya??? Pendedahan ekslusif “Rahsia RM3,500 Hanya Melalui Forum” adalah jawapannya kepada soalan kamu tu!

“RM3,500 diperolehi hanya dalam masa 13 hari, TANPA email-list, TANPA blog, TANPA program Affiliate, TANPA rakan JV..dan TANPA sebarang kos pengiklanan!

————————————————————————————————————————————————–

rahsia disebalik kad perniagaan 7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!PPL #5: Rahsia Di Sebalik Kad Perniagaan
Penganjur: Yoji & Razif Mohd
Komisyen: RM0.40
Tarikh Tamat: 31 Julai 2009
Minimum Payout: RM40.00

Sepanjang pengalaman aku mendownload pelbagai ebook & panduan, tak pernah lagi aku jumpa panduan yang membincangkan rahsia di sebalik kad perniagaan sebegini lengkap. Sesiapa sahaja yang membaca panduan ni sure panas punggung tak sabar-sabar nak buat kad perniagaan sendiri walau pun takdek kompeni lagi..

Kad bisnes menyimpan maklumat hubungan tentang diri & perniagaan kamu. Ini adalah teknik pemasaran yang paling ekonomi & berkesan..akan memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada kamu! Pelbagai bab yang akan dibongkarkan:

  • Apa itu kad perniagaan
  • Impak kad perniagaan
  • Kesalahan peniaga baru mengenai kad perniagaan
  • Nasihat Dr Mohd Fadzilah Kamsah tentang kad perniagaan
  • Ciri-ciri kad perniagaan yang perlu anda ketahui
  • 4 ciri penting yang wajib ada dalam kad perniagaan anda
  • 2 perkara yang akan menjahanamkan anda jika anda meninggalkannya
  • Cara mudah (amat-amat mudah!) menggunakan kad perniagaan anda
  • Apa yang anda perlu buat setelah anda memberi kad perniagaan kepada orang
  • Apa yang anda boleh buat untuk membezakan kad anda dengan kad orang lain
  • Kaitan blogger dengan kad perniagaan
  • Kesan yang akan anda terima daripada kad perniagaan

>> Muat-turun FREE Sekarang & Daftar Affiliate PPL Untuk Dapat Duit FREE Di Sini <<

————————————————————————————————————————————————–

rahsia blogging autopilot 7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!PPL #6: Rahsia Blogging 100% Auto Pilot
Penganjur: Khairilz
Komisyen: Refer 50 leads kamu akan dapat versi 2.0 percuma! (bernilai RM90)
Tarikh Tamat: n/a
Minimum Payout: n/a

Saudara Khairilz dah 3 tahun menggunakan strategi blogging secara auto pilot sejak tahun 2006 & pada masa tu tak silap Wordpress pun baru versi 1.7. Malah beliau telah menjana duit di internet hanya dengan strategi rahsia yang telah beliau dedahkan dalam ebook Rahsia Blogging 100% Auto Pilot versi 1.0 ini.

Sebenarnya aku dah buat review details panduan hebat ini. Kamu boleh baca di sini..

Report ini menerangkan bagaimana…

  • Membina Blog Auto Pilot Dalam Masa 5 Minit Dan Ia Akan Bekerja Untuk Anda Tanpa Henti!
  • Bagaimana Untuk Install Blog Wordpress Dalam Masa 2 Minit Sahaja!
  • Bagaimana Untuk Mendapatkan Ranking Yang Tinggi Di Google Untuk Blog Auto Pilot Anda!
  • Ketahui Rahsia Bagaimana Blog Auto Pilot Saya Menjana RM 1,500 Sebulan Daripada Google Adsense Dan Saya Tidak Berbuat Apa-Apa Kerja!

Klik Di Sini Rahsia PRO Blogger Yang Disimpan Rapi & Ia Akan Menjadi Milik Anda Hari Ini!

————————————————————————————————————————————————–

pakej tips percuma2 7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!PPL #7: Pakej Tips Percuma
Penganjur: Solehpolysas
Komisyen: RM0.25
Tarikh Tamat: n/a
Minimum Payout: n/a

Satu lagi produk percuma khusus panduan untuk newbie telah dilancarkan oleh saudara Solehpolysas. Aku sendiri telah download pakej ini..dan memang sangat sesuai untuk newbie, tetapi tidak sesuai untuk yang dah otai tu! Kamu boleh baca review details ‘Pakej Tips Percuma’ dengan klik di sini..

Sepanjang pengamatan aku, Solehpolysas adalah salah seorang IM yang aktif di Malaysia ni.

Apa yang anda akan pelajari & perolehi daripada pakej ini adalah..

  • Panduan PERCUMA Membuat Blog
  • Traffik Dengan Feedjit
  • Panduan SEO
  • 7 Hari Mahir Affiliate oleh Raja Lelong
  • Tip Mempromosikan AFFILIATE!!
  • Jana wang Dengan Google Adsense
  • Rahsia Google Adsense
  • Software Photoshop CS3Tips Antivirus Percuma Seumur Hidup

Buat blog –> Tarik traffik ke blog –> SEOkan blog –> Jana pendapatan dengan blog (affiliate atau adsense) –> dan akhir sekali protect laptop atau komputer dengan antivirus.

Jadi, aku sangat rekemenkan anda untuk mendowload pakej ini sementara ia masih dibuka untuk percuma! Bukan apa..nanti Solehpolysas letak harga pulak!! Melepas lerrrrr…

>> Download Pakej Tips Percuma & Buat Duit Percuma Sekarang! <<

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 52% [?]

  • Share/Bookmark

Muhammad Kasyful Azhim

Maaf dalam beberapa hari ini aku offline tak sempat nak online kerana ada hal kecemasan. Aku menemani isteri melahirkan anak kedua kami di Hospital Besar bandar Sibu. Dapat online sekejap ni pun sebab kebetulan aku terpaksa balik sekejap ke rumah untuk mengambil dokumen bagi urusan pendaftaran anakku yang baru dilahirkan. Minta maaf kepada rakan pembaca blog ini & juga pelanggan Zolkie dot Com kerana kelewatan hantar produk pesanan kamu. Mungkin dalam sehari dua ini aku masih offline kerana masih menemani isteriku & anaku di hospital. Banyak entri & review produk yang dirancangkan terpaksa aku tangguhkan buat sementara waktu ini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Yang Maha Agung, pada 14 April 2009, jam 3:44am permata hatiku dan isteri, Muhammad Kasyful Azhim 3.87kg (Yang Terpuji Pembukaan pintu hati dari Allah Yang Maha Besar) telah selamat dilahirkan dengan kaedah cesarean. Ini kali kedua isteriku melalui saat-saat genting & mendebarkan kerana anak pertama kami Nur Qurratu’aini (Cahaya penyejuk hatiku) juga dilahirkan dengan kaedah yang sama.

Sebenarnya anak yang kedua ini isteriku mahu melahirkan cara normal kerana ingin melalui pengalaman tersebut. Pada hari Sabtu 13 Jun  2009 isteriku telah merasai tanda-tanda akan melahirkan anak. Pada sebelah malamnya kesakitan bahagian pinggang & perut semakin terasa lantas terus kami pergi ke Hospital daerah Saratok. Setibanya di hospital setelah pemeriksaan dibuat oleh doktor, isteriku harus di hantar ke Hospital Besar bandar Sibu (2 jam perjalanan dari kampungku) kerana masalah ketiadaan doktor pakar di hospital Saratok & kekurangan bank darah.

Pada malam itu juga isteriku ditemani adikku Mislia dibawah oleh ambulan dan aku pula follow dengan kereta sendiri bersama seorang lagi adikku perempuanku Madinah. Setibanya di hospital Sibu, doktor juga mengesahkan yang isteri tidak dapat melahirkan cara biasa kerana katanya ‘big baby’ & risiko yang terpaksa isteriku hadapi kerana sebelum ini juga telah melahirkan anak dengan kaedah cesarean. Kami sama-sama setuju demi keselamatan isteriku & anak kami.

Saat-saat menunggu kelahiran anakku sangat mendedabarkan sama seperti yang aku lalui semasa anak pertama dilahirkan. Pengubat kerisauan di hati adalah membaca surah Yassin yang aku bawa..sehingga dalam jam 4 lebih pagi anakku telah di bawah keluar dari bilik pembedahan. Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa bersyukur & gembiranya aku apabila melihat keadaan anakku yang selamat..sehat..comel..saat mendengar tangisannya yang paling mengembirakan bagi sesiapa sahaja yang pernah melalui saat ini.

Kerisauan aku pula kembali kepada isteriku yang belum lagi keluar dari bilik pembedahan..sehingga jam 5 lebih pagi barulah aku lega & bersyukur kerana isteri telah selamat keluar..dia tersenyum memandangkan. Jelas keriangan di wajahnya..berseri & tidak ada langsung tanda-tanda kesakitan yang baru sahaja dia lalui. Mana-mana wanita pun yang pernah melalui saat-saat genting melahirkan anak terutamanya anak pertama faham situasi ini..hilang segala kesakita setelah melihat wajah comel & tangisan si baby!

Baiklah, ikutkan hati banyak lagi yang nak aku kongsikan di sini. Tetapi masa tidak mengizinkan..lantaran aku terpaksa bertolak semula ke Hospital Besar Sibu menguruskan pendaftaran kelahiran anakku dan menemani mereka sementara dibenarkan keluar wad. Berita gembira aku baru jer bercakap dengan isteriku di telefon..doktor mengesahkan anak kami sihat & dibenarkan keluar wad hari ini. Cuma keadaan isteriku je masih dalam pemeriksaan doktor..kalau sehari dua ini ok maka kami akan balik ke rumah. Berdoalah semoga kesihatan isteri & anakku di tahap cemerlang ya :)

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 100% [?]

  • Share/Bookmark

teknik pemasaran blog1 REVIEW: Teknik Pemasaran Blog v1.0

Kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah ebook yang aku dah download beberapa minggu yang lepas. Cuma dek kekangan waktu membataskan aku untuk post review di sini. “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ setebal 26 muka surat ini telah ditulis & diterbitkan oleh rakan IM aku Khairul Hakimi atau lebih dikenali di dunia internet ni sebagai KampungBoy.

Panduan yang dikongsikan di dalam ebook ini dikhususkan kepada blogger yang menggunakan platform WordPress atau blog yang dihostkan sendiri. Kemampuan menarik trafik yang tinggi ke laman blog kamu adalah sangat mustahak jika ia melibatkan ‘buat duit’ di internet. Terdapat banyak teknik untuk menzahirkan perkara ini sama ada yang percuma atau pun yang berbayar. Terima kasih kepada KampungBoy kerana telah mendedahkan pelbagai teknik percuma & berkesan dalam ebook ini untuk menarik ramai trafik ke blog kamu.

Terdapat 16 topik utama yang dihuraiakan di dalam ebook ini. Topik pertama yang dibincangkan adalah “Pemilihan Penyedia Hosting” yang mempunyai kreadibiliti & reputasi yang cemerlang untuk tapak blog dot com kamu saya sangat setuju dengan penulis. Ini kerana telah banyak juga berlaku jika tersilap pilih penyedia hosting ia akan memberi kesan buruk kepada reputasi diri dan blog kamu. Bayangkan setelah berbulan atau bertahun kamu membina brand & reputasi diri kamu melalui blog atau laman website..tetapi secara tiba-tiba sahaja laman web atau blog kamu HILANG & LENYAP begitu sahaja!!! Tidak kah ini menyebabkan kamu GILA dibuatnya..lebih-lebih lagi kalau masalah ini TIDAK dapat diselamatkan & kesemua data kamu di hosting tersebut HANCUSSSSSSSSSSS..berkubur begitu jerk! Uwaaaaaaaaaaaaa…

Topik kedua pula “Elakkan Grafik Yang Tinggi Resolusinya/size” juga perlu diambil berat oleh kamu jika tidak mahu kehilangan pelawat yang berpotensi membantu menarik trafik yang tinggi dan sekaligus mampu menjana duit di blog kamu. Perkara ini sering diabaikan oleh kebanyakkan blogger baru..apabila terlalu lama menunggu masa loading sesiapa pun akan hilang sabar dan meninggalkan laman blog tersebut. Kamu harus membaca topik ini yang telah dihuraikan oleh KampungBoy dengan ringkas, bersahaja & memberi impak terbaik untuk blog kamu kelak!

Apa yang paling ditekankan di dalam ebook ini adalah topik ketiga iaitu “Senarai Plugin Pilihan (trafik)” yang sangat bermanfaat untuk menarik trafik yang tinggi ke laman blog kamu. Saya sendiri pun tengah mempraktikkan apa yang penulis dedahkan di ebook “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ ini & mengharapkan akan mendapat hasil yang memuaskan. Semua blogger di dunia mengakui platform WordPress sangat ‘user friendly dari sudut SEO’ dan ini menyebabkan setiap mereka yang serius dalam membina kredibiliti di dalam berblog akan memilih WordPress. Seiring dengan kanduangan blog yang berkualiti..jumlah pengunjung atau trafik yang ramai akan memberi keuntungan kepada kamu. Sudah pasti akan mampu menarik DUIT ke blog kamu kelak!

Untuk pengetahuan kamu KampungBoy telah membocorkan 5 jenis plugin mesra SEO yang WAJIB kamu install di WordPress blog kamu kalau ingin mendapat trafik yang tinggi atau menarik ramai pengunjung. Maaf ya..saya tidak boleh membocorkan rahsia sulit KampungBoy di sini kerana SYARATNYA  kamu harus mendapatkan ebook ini sendiri daripada beliau. Bagaimana nak dapatkannya? Senang jerk kamu cuma perlu klik di pautan ini “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ Ikutkan hati memang aku nak bagitau jer kat sini..tapi nanti melanggar perjanjian pulak..nanti KampungBoy tak mau kawan lagi dengan aku la pulak..kui kui kui !!! Jangan risau kamu TIDAK perlu bayar sesen pun untuk ebook ini..ianya 100% PERCUMA daripada KampungBoy !!

Untuk mengetahui pendedahan teknik pemasaran blog yang efektif seterus iaitu topik ke 4 – 16 lagi..kamu tidak ada pilihan melainkan download jerk FREE ebook “Teknik Pemasaran Blog Versi 1.0″ ini dengan segera sebelum KampungBoy mengenakan sebarang bayaran!!! Paling best tu kamu juga akan mendapat versi yang seterusnya percuma jugak..so, jangan berlengah lagi download sekarang!

Cuma satu jerk aku nak komen di sini..harap KampungBoy dapat masukkan link untuk download beberapa plugin yang dicadangkan  di dalam ebook ini. Bukannya apa..aku sendiri pun kena search plugin tersebut untuk download. Kalau ler dah sedia ada link untuk download kan lagi senang..cuma klik jerk terus ke laman download. Walaubagaimana pun ribuan terima kasih kepada beliau kerana bermurah hati bagi ebook ini 100% FREE!! dan menunaikan permintaan aku agar ebook ini boleh di print-outkan. Bukan apa sebelum ini beliau dah lock fungsi print dan aku pulak jenis tak puas membaca kalau ebook tu tak diprint hehehehehehe..

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 40% [?]

  • Share/Bookmark

Kali ini aku nak berkongsi dengan kamu tips yang sangat berguna khususnya jika kamu baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Terus terang aku akui tips ini aku copy & paste 100% daripada email yang dihantar oleh rakan IM aku iaitu Mazli Nadzri yang sekarang sedang suksess dalam niche beliau graphic design.

Aku telah mendapat kebenaran daripada Mazli untuk memuatkan artikel ini di blog aku & dikongsikan dengan kamu. Bak kata omputih “Sharing is Caring”..terima kasih Mazli.

(Psstt..kalau kamu tersenarai dalam mailing-list Mazli Nadzri, kamu juga telah menerima email ini)

—————————————————————————————————————————————————-

from: Mazlie Nadzri
to: Zolkie
date: Wed, Jun 3, 2009 at 11:55 PM
subject: Tips&Panduan : Tiada lagi hasil? Mungkin berikut antara sebabnya…

1. Tidak tahu dimana kekuatan/minat Zolkie

Selalunya kita gagal sebab apa yang kita buat bukanlah datang dari jiwa kita sendiri. Banyak yang GAGAL buat kerana orang lain. Maksudnya, ‘terpengaruh’ dengan kejayaan orang lain.

Saranan saya, jangan mudah terpengaruh. Kalau dapat, cari rakan yang boleh selidik dimana kekuatan Zolkie.

Saya, sebelum ini, macam-macam buat, buat web sewa iklan, buat adsense, semuanya tak menjadi.

Kemudian, sahabat saya sarankan saya buat design, dan kini, alhamdulilah, inilah sumber pendapatan saya sekarang disamping menyertai program affiliate dan produk sendiri.

2. Fokus

Kemudian adalah FOKUS. Jangan ghairah mencuba perkara yang banyak dalam satu-satu masa. Saya pekakkan sahaja telinga mendengar kisah orang yang berjaya dengan Clickbank, eBAY dan sebagainya. Bukan iri hati tetapi saya fikir saya harus tetap dengan apa yang saya sedang buat sekarang.

Saya tak nak benda lain menganggu FOKUS saya. Kalau anda sedang belajar Clickbank berikan komitmen 110% tanpa perlu memandang kiri dan kanan anda. Jangan tamak.

3. Kaedah

Ini salah satu perkara yang penting juga, kalau kaedah anda salah, bagaimana anda hendak berjaya mendapatkan duit di internet.

Kalau mempromosikan produk sendiri/affiliate dengan kaedah SPAM, bagaimana mahu mendapat hasil yang diharapkan. Orang naik menyampah adalah. Salah satu kaedah yang berkesan adalah membina mailing list anda sendiri.

4. Promosi

Ini nadi perniagaan. Promosilah dengan pelbagai cara. Juga, lihat dimana tempat anda ingin promosi sesuatu produk.
Adakah ‘tempat’ berkenaan sesuai untuk produk anda? Saya selalu lihat kadang-kadang sesetengah orang promosi membuta tuli.

Contohnya, saya ahli berdaftar di forum multimedia, saya lihat ada ahli yang baru mendaftar, terus mempromosikan produk yang tiada langsung kaitan dengan forum tersebut. Alih-alih, kena warning dengan ahli forum. Jadi, lihat dimana anda ingin membuat promosi, pastikan ianya adalah tempat yang betul

5. Ingin mudah

Dalam hati bukan main hebat ingin mendapatkan sekian, sekian jumlah, tetapi MALAS atau KEDEKUT mencari ilmu. Malas mengeluarkan modal. Mereka mudah meminta tanpa usaha. Malas nak mencari sebelum bertanya. Jangan bergantung 100% dengan orang lain.

Carilah RM1 dahulu, kemudian barulah target sedikit demi sedikit. Ianya untuk memastikan motivasi anda berterusan.

Itu antara sebab mengapa anda tidak berjaya mendapat hasil di internet. Ianya juga pesanan untuk diri saya sendiri. Sama-sama kita memperbaiki apa yang silap.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri | http://mazlienadzri.com/

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 55% [?]

  • Share/Bookmark

Hari ini aku nak kongsi rakaman temubual Mohd Suhaimy atau Shuth iaitu founder forum WangCyber.com (komuniti usahawan internet yang paling popular di Malaysia) di rancangan “Respons, TV 1: Jutawan Internet”. Rancangan “Respons” adalah sebuah bual bicara terbitan tv1 yang disiarkan setiap hari pada pukul 6.oo pagi.

Rancangan temubual bersama Shuth ini adalah pada 30 April 2009. Aku sangat menggalakkan kamu tonton video ini sehingga habis kerana terlalu banyak tips kejayaan perniagaan internet & konsep buat duit dengan blog yang Shuth kongsikan. Kalau kamu masih keliru..Shuth ada menjelaskan perbezaan di antara perniagaan internet, pelaburan internet & program internet.

Selamat menonton & mencedok ilmu daripada pakar IM di Malaysia..

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca Zolkie dot Com. Anda juga boleh terus menonton video ini terus dari blog MohdSuhaimy.com & memang aku copy video ini daripada blog Shuth coz aku rasa video ini sangat-sangat bagus untuk dikongsikan bersama ;)

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 40% [?]

  • Share/Bookmark

Huh! Alhamdulillah akhirnya ‘Wajah Baru’ blog Zolkie dot Com telah selamat dilancarkan. Transformasi konsep theme ini adalah semata-mata untuk memantapkan lagi misi & visi (cewah!) blog saya aku dilahirkan di dunia siber yang penuh persaingan, onak & duri..kui..kui..kui.. -:)

Oh! ya..bermula entri kali ini aku akan menggunakan kata ganti diri ‘aku’ berbanding ’saya’ yang sangat formal sebelum ini. Rasa-rasanya ‘aku’ adalah lebih dekat & santai kepada peminat rakan-rakan yang mengikuti blog ini. Aku mahu ikatan ukhwah di antara kita lebih mesra..jalinan talian persahabatan lebih kepada long-term!

Kebetulan pulak Jun adalah bulan kelahiran aku dan anak kedua aku akan dilahirkan..so ini salah satu sebab transformasi dilakukan (err..apa lak kaitannya? Sebab aku happy ler! Heee..). Bukan tu jerk..struktur bisnes juga akan aku perbaiki lagi agar lebih ‘memberangsangkan’ & meyakinkan. Insya’Allah..sempena bulan kelahiran ni ada beberapa ‘VIP Offer’ akan aku lancarkan untuk rakan Newsletter Zolkie dot Com & pembaca blog ini.

Kalau sebelum ini income aku lebih kepada jualan produk-produk digital..tetapi kali ini dah masuk ke fasa untuk aku menawarkan ’servis & perkhidmatan’ pulak. Sebagai langkah pertama..aku akan buat servis setup blog dot com platform Wordpress dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Selain itu..dengan bakat senireka grafik yang aku ada, servis buat design grafik jugak akan aku buka..nanti aku akan update di sini bila semuanya dah ready.

Kesempatan ini aku juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sering mengunjung blog aku yang umpama baby baru nak pandai tersenyum ni. Tidak lupa juga thank you khusus untuk kamu yang sering meninggalkan komen walaupun simple tetapi ia menjadi ‘azimat’ untuk aku terus berblog. Penghargaan ini juga ditujukan khas buat pelanggan-pelanggan VIP Zolkie dot Com.

Kadang-kadang ada masanya aku rasa malas nak menulis di sini..alasan kuno ‘takdek idea’ uhuk! uhuk! Aku yakin kamu juga pernah begitu kan? Apa yang kamu lakukan bila penyakit ini datang? Kalau aku..biasanya hantuk kelapa kepala kat meja! Huhu..huhu.. -:D takdek ler sampai macam tu beb! Sebenarnya..blog Zolkie dot Com ni diinspirasikan daripada blog Rohaizad dot Com. Bila rasa tak bersemangat jer..aku aku berkunjung ke blog Rohaizad dot Com & pasti akan kembali membara untuk berblog..kui..kui..kui..!!!

Kepada bro Ijad kalau terbaca entri ini..aku nak mengucapkan ribuan lemon terima kasih di atas dua komen di bawah yang sangat mengujakan & memberi semangat kepada aku untuk menjejaki kejayaan bro yang dah mencapai tahap dewa pro-blogger & syok buat duit ribu-ribu hanya dok depan laptop di rumah!

comment1 Transformasi Blog Zolkie dot Com

comment2 Transformasi Blog Zolkie dot Com

Ok ler jarum jam pun dah nak cecah 12 malam ni..eeeeeeeeeeeeeee -:( JANGAN pandang belakang! Takooooooooooooooot!!!! Sehingga kita jumpa lagi di lain entri -;) Salam ukhwah & salam bahagia..

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 48% [?]

  • Share/Bookmark