Rahsia Flippa - Lubuk Duit Internet Tak Ramai Yang Tahu!
Powered by MaxBlogPress 

Zolkie dot Com

Aku menulis apa yang aku tahu..

Archive for April, 2009

combine Rahsia Lulus Temuduga SPA (Kerja Kerajaan)

400 Unit Jualan Pada Bulan Pertama Dilancarkan!!!

Wow! Itu luahan pertama saya tentang betapa laris + berkualitinya ebook ini yang ditulis & diterbitkan oleh rakan IM saya saudara Jamaluddin. Harga ebook ini RM30 x 400 = RM12,000 hanya dalam masa 2 bulan & hasil ini adalah 100% jualan di internet! Malah sehingga kini ebook ini masih mendapat permintaan tinggi di kalangan mereka yang sedang tercari-cari panduan untuk menghadapi temuduga di sektor awam. Begitulah hebatnya perniagaan internet yang semakin menjadi “kegilaan” kebelakangan ini.

Tahniah kepada Jamaluddin..itu belum termasuk lagi hasil jualan produk-produk beliau yang lain. Paling hebatnya Jamaluddin masih lagi berkerja dengan kerajaan & perniagaan internet ini hanya dilakukan secara part-time..bukti memang boleh buat duit di internet!

Kebetulan, niche yang dipilih oleh penulis bertepatan dengan kemelut kegawatan ekonomi & ramai di kalangan rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan. Pilihan terbaik pada masa ini adalah mengisi kekosongan jawatan di sektor awam yang telah disediakan oleh kerajaan yang akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan dan sebagai pegawai kontrak dalam pelbagai agensi kerajaan bagi membantu memastikan ketidaktentuan ekonomi global. Demikian juga kerajaan memutuskan membuat pengisian segera 50,000 jawatan kosong pada peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan. (Sumber: “Bajet Mini 2009″)

Di atas semangat ingin membantu mereka yang akan menghadiri temuduga SPA agar lebih mudah untuk lulus dalam setiap sesi temuduga & ujian yang akan ditempuhi, penulis telah berusaha keras menerbitkan ebook “Rahsia Lulus Temuduga SPA” ini. Ebook ini sangat praktikal kerana ianya berdasarkan pengalaman penulis sendiri , melalui temuramah dengan mereka yang telah menjalani temuduga bagi jawatan kerajaan, melalui kursus yang dibentangkan oleh penceramah bagi penemuduga-penemuduga (panel temuduga), melalui kajian & tinjauan beliau di internet & juga pelbagai sumber yang berkaitan.

Kalau nak dibandingkan, kerja kerajaan gajinya tidaklah selumayan seperti yang ditawarkan kebanyakan sektor swasta. Tetapi hakikatnya kepada mereka yang telah & sedang bertugas di sektor awam, ianya memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini. Kalau diimbas kembali, pada masa dulu-dulu di kalangan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Senario ini mungkin kerana penjawat awam ini sebenarnya memberikan & menyumbangkan khidmat mereka membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini.

Kenapa pada sekarang ramai yang berpusu-pusu untuk memohon kekosongan di sektor awam ini? Saya sebelum ini pun tidak mengetahui rahsianya, rupa-rupanya terlalu banyak kemudahan & kelebihan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Malah di sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat jawatan awam..contohnya CUEPACs. Dengan erti kata lain, kebajikan mereka diperjuangkan sepenuhnya! Nasib mereka terbela..

Faedah-faedah hebat yang dinikmati oleh mereka dalam sektor awam:

  • Elaun Perumahan
  • Cost of Living Allowance (Cola)
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Itka)
  • Kenaikan Gaji Setiap Tahun
  • Kemudahan Pinjaman Komputer & Kenderaan
  • Cuti Tahunan Mengikut Kelayakkan
  • Cuti Bersalin
  • Pinjaman Perumahan
  • Caruman KWSP atapun Pencen
  • Bersata umur 58 tahun
  • Peluang kenaikkan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Bekerja dalam jangkamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga)
  • Lebih mempunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia

Best kan kerja di sektor awam :) anda tidak teruja ker? Walaupun gaji basicnya tak ler selumayan berkerja di sektor swasta..tetapi kerana mendapat pelbagai kemudahan & faedah seperti senarai di atas yang menjadi sangat lumayan. Tetapi persoalannya sejauh mana peluang anda berjaya menembusi ujian & sesi temuduga untuk menjawat jawatan ini? Menurut statistik yang dapat dirujuk di lamanweb SPA http://www.spa8.gov.my didapati pemohonan bagi apa-apa jawatan yang diiklankan oleh SPA pada tahun 2007 adalah lebih 700,000 permohonan! Yang dipanggil temuduga adalah 350,000 orang! Wow..Ramainya!!!! Tetapi bilangan jawatan kosong cuma 38,000 sahaja..so, bagaimana peluang anda??? Persaingan yang terlampau sengit bukan?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, memang diakui bukannya mudah untuk melepasi sessi temuduga SPA terutamanya beberapa tapisan akan dilalui. Pada masa itu pelbagai sumber informasi panduan untuk lulus temuduga saya cari sama ada di internet atau kedai buku. Namun kebanyakkannya hanya asas & terlalu umum.

Syabas kepada saudara Jamaluddin kerana telah menerbitkan ebook “Rahsia Lulus Temuduga SPA” dan tidak pernah saya jumpa panduan untuk lulus temuduga  selengkap ini. Jika anda becita-cita untuk menjawat sebarang jawatan di jabatan kerajaan & tidak mahu gagal dalam sessi temuduga tersebut, saya sangat sarankan anda untuk memiliki ebook ini. Kandungannya dipenuhi dengan rahsia ekslusif yang membongkar satu-persatu langkah-langkah yang perlu anda praktikkan untuk ‘menemui jalan mudah’ melepasi ujian getir para penemuduga. Informasi dalam panduan ini sangat bernilai kerana ia adalah berdasarkan pengalaman sebenar & ia juga hasil daripada kajian terperinci yang telah dijalankan oleh penulis.

Tips & teknik yang tak pernah diketahui umum sebelum ini..rahsia untuk mendapat ‘markah bonus’ telah didedahkan saudara Jamaluddin dalam ebook ini. Jika anda mengetahui rahsia ekslusif ini, 1st impression daripada pihak penemuduga terhadap anda adalah..”Wow! Hebatnya calon ini!!”. Jika anda ingin mengetahui rahsianya jangan toleh ke belakang lagi, sila dapatkan ebook ini sekarang juga! Jaminan peribadi saya anda 200% akan berpuas hati tanpa banyak soal.

Ebook ini juga akan menukar persepsi anda yang kurang berminat berkerja di jabatan kerajaan, untuk lebih memahami beberapa kelebihan & keistimewaan yang tidak akan anda dapat di sektor swasta. Anda pasti akan berterima kasih kepada saudara Jamaluddin kerana keikhlasan beliau menerbitkan ebook yang sangat eklsusif ini & anda tidak akan memperolehinya  di kedai-kedai buku!

468x60 Rahsia Lulus Temuduga SPA (Kerja Kerajaan)

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 8% [?]

  • Share/Bookmark

Assalammu’alaikum wbth & Salam persahabatan,

Alhamdulillah akhirnya blog ini selamat dilancarkan. Telah lama dirancang tetapi kekangan masa membantutkan jadual pelancaran. Selain itu sebab tengah fokus menyiapkan beberapa buah laman web jualan produk rangkaian Zolkie dot Com yang juga telah selamat dilancarkan..syukran ia telah menjana pendapatan untuk saya.

Blog? Sebenarnya saya memang tak tahu langsung apa itu blog sebelum menerjah ke dunia IM ni. Jangan nak kata bina blog..bina laman website lagi ler saya tak tau. Saya sangat berterima kasih kepada saudaran SmartZul kerana ebook “Pakej Kit Blogger” telah banyak membantu saya membina blog dot com sendiri. Tidak lupa juga penghargaan saudara Amirol Zolkifli kerana “Video Tutorial Panduan Minisite” beliau telah memantapkan lagi kemahiran & pemahaman saya dalam membina laman web jualan atau minisite yang menguntungkan!

Buat Duit Di Internet? Bermula daripada suka-suka surf internet..akhirnya menimbulkan minat untuk mendapatkan duit daripada internet. Dulunya saya ni minat dengan bisnes MLM..dari situ ler start kenal apa itu bisnes internet. Masa tu yang tahu cuma laman web autodownline & memang pernah gak rasa dapat duit. Selepas tu mula ler joint pelbagai program reseller yang berkonsepkan autodownline..matrik..dan yang seumpamanya. Time tu memang main SPAM jerk email orang promote program..memang tak tau langsung etika dalam perniagaan internet ni..huk..huk.. :D

Ebook? Memang pada masa tu saya tak tau apa kejadahnya ebook tu :) huk..huk..! Ingat lagi ebook pertama saya order di internet pada masa “TsunamiWang” memang tengah hot & kontroversi masa tu terutamanya di forum WangCyber. Begitu juga masa era AutoSurf..topik-topik yang hangat didebatkan di WC. Jumpa WC pon tak sengaja..terjumpa masa dok surf web-web perniagaan internet & buat duit di internet. Beli “TsunamiWang” tu pon pasal nak tau rahsia buat duit banyak seperti yang dicanangkan dalam salesletternya..dan disebabkan isu kontroversi tu jugak ler! Hakikatnya forum WC lah tapak saya mula belajar selok-belok perniagaan internet & konsep buat duit yang sebenar..! Tidak lupa juga pakej ebook “Sistem Rahsia Amirul Faisyal” yang saya beli pada tahun 2008 juga telah banyak membuka mata saya untuk mempelajari lebih serius lagi ‘kuasa perniagaan internet’ & terus melangkah ke hadapan!

Bina Laman Web? Manakala panduan pertama yang membantu saya tau membina laman web adalah “1 Jam Membina Laman Web Perniagaan (asas)” oleh Fuad Latip. Selepas itu ebook kedua saya beli & popular juga pada masa tu “Chapter-M” oleh otai IM saudara Gobala Krishnan. Dari situlah saya kenal apa itu PayPal & betapa pentingnya buka akaun PayPal kalau nak serius buat duit di internet!

MRR vs Affiliate? Sebenarnya 3 buah ebook inilah titik permulaan saya mula merasai ‘dapat duit secara online’ yang mana “Chapter-M” saya mendapat lesen MRR (boleh jual balik & 100% keuntungan milik saya). Kebetulan pada masa tu di kalangan peminat bisnes internet memang sangat memerlukan ebook yang memberi panduan bagaimana nak CASH kan duit dari PayPal kerana pada masa tu tak boleh nak cashkan terus ke akaun bank di Malaysia. Manakala “1 Jam Membina Laman Web Perniagaan (asas)” saya telah mendapat kepercayaan daripada penulis saudara Fuad Latip & dilantik sebagai agen jualan yang sah. Dan ebook “TsunamiWang” income pertama saya daripada hasil program affiliate..pada ketika tu tak tau pon affiliate tu apa :D ha..ha..main hentam jerk daftar jadi agen dan promote gila-gila ke email orang tak dikenali (teknik SPAM ler tu!). Jangan buat tau..salah di sisi undang-undang IM!!

Inspirasi? Dipendekkan cerita, saya mengenali perniagaan internet ini sejak 2005 & buku pertama menjadi sumber inspirasi saya adalah “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” oleh Dr Irfan Khairi. Antara lainnya yang turut menarik minat saya dalam IM ni adalah buku “Rahsia Buat Duit Di Internet” (SaifulSham) yang saya beli pada tahun 2006, “15 Teknik Efektif Internet Marketing” (Fuad Latip) juga saya beli pada tahun 2006..dan pada tahun 2007 keyakinan saya untuk terus bergerak serius dalam perniagaan internet adalah buku daripada otai IM Shuth iaitu “Rahsia Blogger”.

Nekad? Bermula 2009, saya telah nekad untuk membina perniagaan internet dengan serius & saya bermula dengan menjual produk-produk digital yang saya dapatkan daripada penulis asal dengan Lesen Hak Jual Kembali (RR & MRR). Alhamdulillah, berkat usaha..tidak mudah berputus asa dengan trial & error kini saya dah mula merasa menikmati pendapatan hasil daripada web jualan saya sendiri. Itulah kepuasan peribadi yang tak boleh nak diungkapkan di sini..

Di antara produk-produk hot yang telah menjana pendapatan kepada saya, anda boleh lihat di sini..

Orait ler tu sebagai catatan pertama saya di blog ni. Insya’Allah saya akan update blog ni sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari seminggu dengan perkongsian info perniagaan internet & peluang-peluang buat duit di internet. Di samping tu, isu-isu semasa pon kita bincangkan bersama di sini.

Terima Kasih Kerana Membaca & Salam Suksess!

Zolkie Baki aka abgzol

Follow Me on Twitter: http://twitter.com/abgzol
Add Me on Facebook: http://www.facebook.com/abgzol

Popularity: 13% [?]

  • Share/Bookmark